Monday 3 September 2012

ADUN KARAMUNTING BELUM TEPATI JANJI?




WAWANCARA….Hj Asshed sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai masalah kerosakan jalan dan lampu.

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Kerosakan jalanraya Kampung Bokara yang pernah dibaik pulih oleh  pihak yang berkenaan kira-kira tiga bulan yang lalu kini rosak semula dan telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk setempat

Menurut seorang penduduk kampung berkenaan, Haji Asshed Fairuz Datu Gulam, jalan yang baru sahaja diselenggarakan kembali berlubang-lubang semula  kerana masalah saliran dan perparitan.

Haji Asshed menjelaskan, keadaan ini berpunca  daripada kecuaian pihak kontraktor yang gagal membuat saluran air daripada mata air supaya terus mengalir ke parit yang sedia ada ini.

Kata Hj Asshed  lagi, selain kerosakan jalan yang membawa pelbagai masalah kepada penduduk setempat, kerosakan lampu jalan (Street Light) sejak bertahun turut membingungkan mereka sekalipun telah dimaklumkan kepada SESB.






ROSAK….Inilah keadaan Jalanraya Kampung Bokara yang membawa pelbagai masalah.

Kegelapan yang menyelubungi sepanjang jalan kampung berkenaan kata Hj Asshed juga membawa pelbagai masalah  khususnya kepada orang tua yang berjalan di waktu malam selepas kembali daripada mengerjakan solat di masjid berhampiran.

Tambahnya lagi, kerosakan jalan dan lampu yang dimaksudkan sudahpun disiarkan di akhbar tempatan  dan perkara ini sudahpun diketahui oleh ADUN Karamunting yang kononnya berjanji akan diambil tindakan, tetapi sehingga kini janji berkenaan belum ditepati.

"Memandangkan penduduk Kampung Bokara 100 peratus penyokong tegar BN/UMNO, maka saya bagi pihak penduduk kampng Bokara di bawah DUN Karamunting dan Parlimen Batu Sapi agar kedua-dua wakil rakyat berkenaan mengambil inisiatif untuk menangani masalah tersebut sebelum pengundi mula bosan dan berpaling tadah," ujar Haji Asshed yang tidak terkilan jika pembangkang menjadikan isu ini untuk menghentam kerajaan negeri disebabkan kecuaian Wakil Rakyat yang malas turun padang.

No comments:

Post a Comment