Monday 3 September 2012

'AKAUN SUARAM SANGAT MENCURIGAKAN'



           
Oleh : LEE WAY LOON

             

SESUATU yang 'sangat mencurigakan' telah ditemui dalam akaun Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang didakwa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 'ada kaitan' dengan NGO hak asasi  manusia terkemuka, Suaram.

Maklumat ini diperolehi daripada penemuan awal siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Berdasarkan penemuan awal itu, katanya, pihaknya mendapati ada sesuatu yang mencuriga dan mengelirukan, dan oleh itu beliau memberitahu satu sidang akhbar bahawa siasatan lebih terperinci akan diteruskan. (MKINI)

No comments:

Post a Comment