Monday 3 September 2012

AMT SAPP NAFI SERTAI PBS




Oleh: MAIL MATHEW

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar), menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang mengatakan beliau telah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) serta bersamanya seramai 300 orang adalah tidak benar dan karut semata mata.

Beliau berkata, adalah dipercayai bahawa khabar angin tersebut sengaja direkacipta oleh kumpulan tertentu yang tidak bertanggung jawab bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya termasuk untuk memusnahkan masa depan politiknya.

“Saya masih berada dalam SAPP dan terus berkhidmat kepada parti selaku AMT selagi pucuk pimpinan memerlukan khidmat saya...(saya) tiada masalah untuk berjuang dalam SAPP,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang tersebar luas dekat sini termasuk paparan dalam laman sosial facebook mengatakan bahawa beliau bersama 300 penyokong setianya menyertai PBS sebuah parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, beliau percaya maklumat tersebut salah satu strategi pihak tertentu untuk mematahkan semangat pembangkang supaya mengikut jejak langkahnya berhijrah/ berpindah ke kem BN secara beramai-ramai ketika pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sudah sampai di ambang pintu.

“Pendirian saya cukup jelas apabila mula terjun ke dalam arena politik di mana budaya lompat melompat merupakan satu-satunya sifat terlarang bagi diri saya,” tegasnya.

Dalam pada itu, Roger yang juga merupakan seorang Profesional (Peguam) ingin menasihatkan pihak pihak yang terbabit dalam kegiatan tersebut agar segera insaf dan memberhentikan kerja kerja yang tidak berfaedah itu kerana budaya tersebut adalah suatu budaya sempit, kejam dan melangkaui batas kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment