Tuesday 18 September 2012

APA RAKYAT DAPAT SEJAK 18 TAHUN LALU?




Oleh : MUHAMMAD FAIZAL

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai Timbalan Menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku, terutamanya dalam soal kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Katanya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka. Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya.

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno, apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat, namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa. Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa. Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'Jambatan Ajaib'.

"Yang mana di Kampung Berunai, jambatan telah disiapkan namun jalan tidak ada dan rakyat terpaksa menggunakan jambatan yang lama. Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama," ujarnya lagi. (Harakah Daily)

26 comments:

  1. Ini menunjukkan UMNO perlu perbaiki kepincangan yang berlaku. pemimpin perlu berjalan selari dengan perjuangan asal.

    ReplyDelete
  2. Lajim lompat parti tu sebab tau beliau tidak dicalonkan pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tk dicalonkan, jadi keluar join pembangkang.

      Delete
    2. dan jg kerana dpt tawaran baik dari pambangkang.

      Delete
    3. Biarkan Lajim lompat parti. Lajim dalam parti baru belum tentu boleh menang.

      Delete
    4. Lajim ada misi untuk dicapai, mungkin misi ini tidak sehaluan dengan UMNO?

      Delete
  3. Apa yang rakyat dapat? Kita dapat lihat sendiri usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dalam keadaan yang baik. Kerajaan telah berjaya memastikan rakyatnya tidak kebuluran dan sebagaiknya.

    ReplyDelete
  4. Perlu fikirkan juga yang mana sebab kenapa Lajim keluar daripada UMNO juga ada sebab lain. Kerana Datuk Azizah lebih menyerlah daripada Lajim dan ada berita yang mana mengatakan Datuk Azizah akan mengantikan tempat Lajim dan ini antara sebab kenapa Lajim keluar Parti.

    ReplyDelete
  5. lajim ni dulu pun cakap benda yang serupa masa beliau lompat dari PBS ke UMNO..sekarang pun cakap benda yang sama juga...

    ReplyDelete
  6. dulu tiada PPRT, sekarang ada...dulu tiada baucer buku sekolah, sekarang ada...dulu tiada KR1M, sekarang ada..dulu tiada rangkaian jalur lebar, sekarang ada..dulu peruntukkan untuk sabah sikit, sekarang antara yang terbesar..dulu tiada 1Malaysia, sekarang ada...dan banyak lagi yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jg perubahan sejak 18 tahun lalu.

      Delete
    2. Pada keseluruhannya, NKRA Infrastruktur Luar Bandar telah mendapat manfaat Sabah dengan perbelanjaan sebanyak RM3 bilion

      Delete
  7. orng ckp kalau takut dilambung ombak jngn brumah di pantai kan,
    kalau takut rugi pula jnganlah berjudi sakan,
    mana yg baik kita teruskan,
    mana yg diragui kita elakkan...
    Pandangan 5 sen seorang Sabahan ;)

    ReplyDelete
  8. Lajim sengaja butakan mata untuk melihat segala kemajuan yang kerajaan telah lakukan.

    ReplyDelete
  9. Datuk Seri Najib Tun Razak membuat jaminan bahawa Sabah akan sentiasa menjadi keutamaan dalam pembangunan Malaysia dan berharap rakyat negeri ini akan terus menyokong dia ke arah matlamat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let see whether the people are please with Najib commitment to develop Sabah.

      Delete
  10. kerajaan sedang berusaha ke arah meningkatkan bekalan elektrik di Sabah dan membangunkan MASwings daripada syarikat penerbangan khidmat masyarakat untuk perkhidmatan serantau yang meliputi Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan untuk membangunkan Sabah dibukti.

      Delete
  11. Banyak bah rakyat dapat walaupun tidak menyeluruh. BN bukannya ada magic untuk tunaikan semua permintaan dalam sekelip mata. Lajim kecewa tidak dapat jadi KM bah ni.

    ReplyDelete
  12. Semoga Lajim masih ikhlas untuk memperjuangkan hak milik penduduk.

    ReplyDelete
  13. Semua tunai yang dibuat juag memerlukan masa untuk direalisasikannya.

    ReplyDelete
  14. apa pula sumbangan Lajim kepada rakyat Sabah sepanjang 18 tahun lalu?

    ReplyDelete
  15. sepanjang 18 tahun ini kenapa hanya ketika dekat2 pilihanraya baru Lajim keluar BN?? kenapa bukan ketika ada ura2 bahawa beliau akan keluar meninggalkan BN awal tahun ini??

    ReplyDelete
  16. Lajim menyalahkan kerajaan BN kerana gagal membangunkan negeri ini, tapi bukankah dia juga sebahagian dari kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negeri ini??

    ReplyDelete
  17. jika betul Lajim berjuang untuk rakyat sabah, kenapa tidak sokong saja parti tempatan sabah? kenapa sokong parti luar yang telah menghina budaya kaum di sabah??

    ReplyDelete
  18. jika Pakatan bagus sangat, kenapa parti itu gagal menunaikan janji air percuma di selangor? kenapa masih berlaku rasuah dan penyelewengan projek di negeri2 Pakatan??

    ReplyDelete