Tuesday 18 September 2012

BN SENARAI PENDEK 2,181 CALON




Oleh : FAIZA ZAINUDIN

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.

Jumlah keseluruhan DUN ialah 576, tetapi hanya 505 dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri April tahun lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon UMNO dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan.

Terpulang kepada PM Beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.

Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen. Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan UMNO dan presiden komponen BN.

Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada Perdana Menteri. Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya, katanya kepada BH semalam.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.

Mahu calon bersih

Nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan. Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak. Dalam keadaan sekarang kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih, katanya.

Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Ahmad Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincang-kan antara Perdana Menteri dan presiden parti komponen.

Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.

Komponen parti menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi, katanya.

20 comments:

  1. Mengenai perletakan calon tu terserah pada pucuk pimpinan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap calon yang bakal bertanding tidak pentingkan diri sendiri dan mengutamakan rakyat.

      Delete
    2. They are still screening of the candidates.

      Delete
  2. Sebagai ahli BN kita harus menyokong keputusan pucuk pimpinan dan memberi sokongan pada calon2 PRU13

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerjsama penting dalam memastikan parti terus kukuh.

      Delete
    2. unsur sabotaj perlu dielakkan.

      Delete
    3. New faces are highly recommended.

      Delete
  3. Datuk Najib perlu bijak menilai calon-calon yang patut bertanding pada PRu13 akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muungkin Najib perlu meminta pandangan yang lebih daripada rakyat sendiri.

      Delete
    2. He will be smart enough to determine the best candidates in the next GE.

      Delete
  4. Jika tersilap meletakkan calon maka ini akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN. Jadi buat kajian dengan lebih terperinci mengenai calon yang dipilih.

    ReplyDelete
  5. Setiap calon hendaklah mempunyai latar belakang yang baik dan tidak mempunyai latar belakang yang buruk. Kerana ini juga akan menjejaskan sokongan.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana yang dimaksudkan 'bersih dan kelihatan bersih' tu?tidak pernah ada apa2 kes seperti rasuah?

    ReplyDelete
  7. biar kepimpinan parti tentukan siapa akan dicalonkan.

    ReplyDelete
  8. apa2 keputusan kena diterima dgn hati terbuka.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya BN sudah mula siap sedia untuk hadapi PRU 13 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.

      Delete
  10. Personally, all I want is someone who is capable of handling issues that are affecting the country.

    ReplyDelete
  11. We will see who will turn up.

    ReplyDelete
  12. pasal isu calon la beberapa pemimpin BN Sabah keluar meninggalkan parti..

    ReplyDelete