Thursday 27 September 2012

BUDAYA BERBOHONG MAKANAN PEMBANGKANG




Oleh : WAN HAFIZ WAN HAMZAH

KUALA LUMPUR : Kenyataan yang bercanggah antara sama satu lain yang diberi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, Tian Chua, Nurul Izzah dan Anwar sendiri dalam menghadapi isu jet peribadi mewah yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu,  bukanlah satu perkara yang pelik dan menghairankan.

Menurut bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berdasarkan pengalamannya ketika bersama parti tersebut selama lebih lima tahun, jawapan yang bercanggah seperti ini dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya PKR merupakan satu perkara biasa.

“Perkara ini senang saja untuk kita nilai. Sekiranya adanya dua tiga jawapan yang berlainan dari pucuk kepimpinan Pakatan Pembangkang tentang sesuatu isu, sudah terang lagi bersuluh ini bermakna ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

“Inilah budaya pembohong itu sudah jadi asam garam dan makanan bagi mereka. Apabila ada satu-satu isu yang timbul, Anwar selalu ingatkan para pemimpinnya agar menafikan dulu perkara itu, kemudian baru kita fikirkan bagaimana untuk mencari alasan dan jawaban yang munasabah untuk menjelaskan isu-isu tersebut,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sebagai contoh, satu peristiwa  yang berlaku kepada YB Zulkifli Nordin ketika terlibat menyoal siasat saksi-saksi dalam kes Altantuya dulu, melaporkan kepada Anwar bahawa tidak ada sebarang hujah  dan keterangan dari saksi-saksi tersebut yang boleh mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes tersebut.

“Namun, apabila perkara ini dibawakan oleh YB Zul kepada beliau, Anwar ternyata memberikan arahan kepada YB Zul, kalau takda bukti, cipta bukti! Ini membuktikan bahawa bagi saya Anwar sebenarnya adalah pengamal dan penganut kepada falsafah teori Machiaevelli iaitu matlamat menghalalkan cara. Jadi untuk mencapai matlamatnya menjadi Perdana Menteri, maka segala cara dihalalkan untuk mencapai matlamat tersebut,” jelas beliau.

Justeru itu, beliau meminta agar semua rakyat, terutamanya ahli-ahli PKR agar membuka mata dan jangan terus ditipu dan tertipu dengan hujah-hujah pemimpin mereka yang cakap tidak serupa bikin.

“Zaman pemimpin mengatakan jangan lihat apa yang saya buat tapi dengar dan ikut apa yang saya kata, zaman kepimpinan seperti itu sudah berlalu. Zaman sekarang ini adalah zaman yang di mana rakyat mahu melihat apa yang pemimpin buat, barulah nak dengar, percaya dan ikut apa yang pemimpin itu suruh. Kita mahu kepimpinan melalui tauladan, dan bukannya kepimpinan yang cakap tidak serupa bikin,” akhiri beliau. (MediaUMNO)

23 comments:

  1. Pakatan Rakyat = Protest Rally ,Promises Ridiculously , Populist Romantically ,Plain Ruthless, Play Racial , Political Rhetoric , People Rebel just to accomplish Pas Reality to be Putrajaya Robber that end up the Public Rebel will happen because it will just end up with People Regret. Don't be misled by these opportunists!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, what a major breakdown of PR. Great job.

      Delete
    2. rakyat perlu menilai dengan bijak dan tidak mudah dipengaruhi.

      Delete
  2. Kenapa perlu ada percanggahan dalam parti? Nampak sangat yang mana penipuan tidak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Look what happened btween PKR and DAP now.

      Delete
  3. Kita dapat lihat juga sekarang akan perkara ini. Pembangkang sering membohongi rakyat dengan pelbagai cerita yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak isu yang mereka mainkan adalah bermotifkan politik.

      Delete
  4. The oppositions are splitting up now. This is the truth!

    ReplyDelete
  5. PR is full of liars and betrayers. We all can figure it out.

    ReplyDelete
  6. Let them be the crocodile eat another crocodiles.

    ReplyDelete
  7. pembangkang sejak dulu mmg byk berbohong.

    ReplyDelete
  8. jgnlah percaya pada pembangkang.

    ReplyDelete
  9. pihak yang suka berbohong tidak patut disokong.

    ReplyDelete
  10. Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.

    ReplyDelete
  11. Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.

    ReplyDelete
  12. Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza. Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.

    ReplyDelete
  14. Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan.

    ReplyDelete
  15. Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

    ReplyDelete
  16. Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR. Dan begitulah seterusnya, sepatutnya.

    ReplyDelete
  17. Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya. Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros. Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.

    ReplyDelete
  18. Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah. Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya. Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan.

    ReplyDelete
  19. kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR? Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.

    ReplyDelete