Saturday 8 September 2012

CALON BANKRAP BOLEH BERTANDING?




Oleh : AWANGKU HALIM PG TENGAH

PENGESAHAN Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia bahawa Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal yang telah disahkan dijatuhi hukuman 'Muflis' oleh Mahkamah Tinggi Labuan boleh menghadiri Sidang Dewan Rakyat pada 24 September akan datang; memberikan nafas baru kepada calon yang telah diisytiharkan bankrap tetapi belum diwartakan; untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini, mengikut undang-undang calon yang telah dijatuhi hukuman 'Muflis' dan belum dilepaskan, tidak boleh menjadi Calon, Pencadang dan Penyokong dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia.

Keputusan Speaker Dewan Rakyat ini menunjukkan bahawa UMNO telah mentranformasi Mahkamah dan Jabatan Insolvensi sebagai 'Mahkamah Kangaroo' iaitu sebagai tempat menjatuhi hukuman kepada 'Musuh Politik' pemimpin UMNO seperti yang dialami oleh Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang direka pelbagai tuduhan palsu termasuk 'Muflis' sehingga bukan sahaja tidak dipilih sebagai calon PRU-12 dan tidak dapat bertanding; malah dilucutkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan.

Mungkin agak menarik untuk dikaji siapakah yang telah memfailkan permohonan perintah untuk memufliskan Yusof Mahal; sama seiras dengan kes Suhaili yang kesnya difailkan oleh 'Tangan Ghaib' yang dikaitkan untuk menghalang Najib menjadi Presiden UMNO di era Pak Lah sebagai Presiden UMNO.



 



Tidak ada siapa yang tahu sama ada Sabah Development Bank (SDB) milik kerajaan negeri Sabah diarahkan mengutip pinjaman daripada Yusof Mahal sejumlah lebih RM8  juta yang masih tertunggak memfailkan permohonan perintah berkenaan atas pengetahuan Najib atau sekurang-kurang Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Nong Chik atau mereka bertindak sendiri setelah Yusof Mahal tidak melayan prosiding mahkamah; sehinggalah Mahkamah memutuskan meluluskan permohonan SDB dan Jabatan Insolvensi mengiklankan Perintah Muflis di Daily Express.

Persoalan sama ada Speakar Dewan Rakyat menggunakan kuasa khas yang diperuntukkan kepadanya atau menggunakan 'Imuniti Politik UMNO' menghalalkan cara sehingga membenarkan 'Si Muflis' menghadiri Sidang Dewan Rakyat dan membahaskan Bajet 2013 yang bakal dibentang Najib; tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini.






Lazimnya apabila perintah Muflis telah dijatuhi, dikeluarkan dan diiklankan, Si Muflis telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan kelayakan lain termasuk kemudahan perbankan dan perlu segera mendaftarkan diri di Jabatan Insolvensi untuk pengurusan dan pentadbiran segala harta dan hutang piutangnya.

Namun dalam kes Yusof Mahal, beliau bercadang memfailkan rayuan? Penghakiman terpilih untuk Suhaili dan Yusof Mahal menunjukkan 'Tangan Ghaib' yang dimaksudkan Suhaili selama ini tidak lain tidak bukan ialah Setiausaha Agung UMNO, Adnan Mansor yang memalsukan identitinya sebagai 'Tengku' sedangkan bukan kerabat Di Raja Melaka?

Mungkinkan Najib meneruskan perkhidmatan Adnan sebagai Setiausaha Agung UMNO sedangkan selama ini merupakan 'Gunting Dalam Lipatan' yang dibayangkan Suhaili sebelum ini atau menamatkan perkhidmatan tokoh yang dikhabarkan terpaksa berlutut dan mencium kasut seorang tokoh agar terus menjadi Setiausaha Agung?

11 comments:

  1. Mengenai calon yang telah diistiharkan Bankrap rasanya tidak layak lagi untuk menjadi calon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya carilah calon yang statusnya baik.

      Delete
  2. Kalau boleh keluarkan orang yang telah bankrap ini dari terus menjadi calon PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk pimpinan pasti tidak memilih calon yang tidak berkelayakan dan tidak mendapat sokongan rakyat setempat.

      Delete
    2. tunggu saja keputusan tentang status muflis Yusof Mahal ni.

      Delete
  3. Semuanya bergantung pada pucuk pimpinan Umno, calon-calon yang dipilih harus adalah calon boleh menang. Jadi, tidak mungkin pucuk pimpinan akan mencalon mereka yang tidak layak.

    ReplyDelete
  4. jika boleh bertanding sekalipun, pasti sokongan rakyat akan brkurangan kerana statusnya.

    ReplyDelete
  5. It is more proper to put a winnable candidate who has clean background.

    ReplyDelete
  6. I believe BN Labuan has more winnable candidate to be listed on besides Yusof Mahal.

    ReplyDelete
  7. jika dalam undang2 beliau masih boleh bertanding, biarkan saja la dia bertanding..

    ReplyDelete
  8. suka atau tidak, rakyat tetap mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan politik beliau..

    ReplyDelete