Thursday, 27 September 2012

D'ONE MART LABUAN LUBUK WARGA ASING?



Saudara Pengarang,

TIDAK siapa menyangka bahawa Pasaraya D'ONE Mart yang terletak Lot 11, 12, 13, 14, 15, 16, Lazenda Shophouse, Jln. Tun Mustapha, 87000 Labuan milik syarikat bumiputera (LPM Corporation Sdn. Bhd) yang mula beroperasi pada 3 Mei 2009 lebih mengutamakan pekerja asing daripada rakyat tempatan.

Tidak tahu bagaimana dan kenapa Jabatan Imigresen boleh meluluskan Kuota Menggaji Pekerja Asing dan membenarkan pekerja asing dari sektor Pembantu Rumah bekerja di Sektor Perkhidmatan Pasaraya yang sewajarnya dilakukan oleh pekerja tempatan.

Hanya pekerja asing yang sesuai bekerja di Pasaraya ini kerana Pengurusnya, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah ialah Warga Filipina yang mendapatkan kad pengenalan projek dan memberikan layanan buruk kepada pekerja tempatan.

Baru-baru ini, seorang pekerja tempatan telah mengadu ke Jabatan Tenaga Kerja kerana tidak dibayar elaun lebih masa dan pelbagai elaun lain termasuk gaji berganda kerja pada cuti umum, SOCSO dan KWSP; malangnya pekerja tersebut telah dibuang kerja serta merta.

Kini, Pasaraya ini menjadi koloni Warga Asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menyalahguna pas kerja kerana terbukti setiap kali ada serbuan Imigresen; Pasaraya ini kekurangan pekerja kerana mereka disembunyikan dalam tempoh tertentu sehingga operasi selesai.

Mungkin agak menghairankan kerana ketika Kerajaan Persekutuan berhempas pulas mahu menjayakan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI); Pasaraya milik bumiputera ini bebas menggaji pekerja asing tanpa permit.

Tambahan pula, seluruh rakyat Labuan tahu bahawa Emelda Doliente ini memperolehi MyKad dengan cara tidak sah atas bantuan suaminya, Hj Mohd Alias Hj Abd Rahman dan turut memiliki beberapa pasport palsu sebagaimana yang telah didedahkan media alternatif sebelum ini.

Salam Hormat,

LABUAN INTERPOOL

33 comments:

  1. Kenapa perlu mengambil perkerja daripada warga asing untuk mengisi kekosongan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena utamakan orng temapatan untuk bekerja.

      Delete
    2. Ada juga sebilangan warga negara amat memilih kerja.

      Delete
    3. Banyak peluang pekerjaan telah diberi oleh kerajaan, belia harus menghargai dan membaiki diri agar dapat offer yang lebih baik.

      Delete
    4. Tidakkah orang Sabahan juga ada yang boleh mengisi tempat kosong?

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tambahan lagi menjadi masalah adalah mengambil mereka yang tidak ada permit. Ini satu kesalahan undang-undang. Maka perlu disiasat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 majikan yang mengambl pekerja asing tanpa permit harus dikenakan tindakan.

      Delete
  3. Kalau perkara ini betul, memang tidak hairanlah kalau ia jadi topik hangat.

    ReplyDelete
  4. Harap perkara ini dapat disiasat dan sebolehnya utamkanlah pekerja tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tempatan juga harus menghargai peluang pekerjaan yang ada.

      Delete
  5. Employers have been reminded to register their legal foreign workers under the State Immigration's Legal Foreign Workers' Registration biometric programme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. About 25% or 59,331 legal foreign workers have registered out of the total 237,338 as of Oct 24 2011.

      Delete
    2. Mentek said it was important to know which worker is still working for which company, or whose employees have already returned to their countries or changed their names and so forth

      Delete
    3. most foreign workers come from the plantation industry, with about 51 per cent or 52,506 of them already registered under State Immigration's Legal Foreign Workers' Registration biometric programme from a total of 102,735 statewide.

      Delete
    4. The agriculture, manufacturing, construction and service sectors recorded a total of 67,228, 30,480, 12,847, and 9,911 legal foreign workers as of last Monday, respectively, with each sector having 3.24%, 10.32%, 4.38% as well as 2.1%t registered under the Pasah programme.

      Delete
  6. The resource-rich east Malaysian state is dependent on thousands of Filipino and Indonesian immigrants to work in plantations, restaurants and coffee shops, and on construction sites.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yet they are ironically frowned upon by the local people who have blamed their socio-economic problems on them.

      Delete
    2. Finding a solution has thus far been elusive. But the Malaysian navy, coast guards, and the marine police have done a great job in policing the coast to keep the waters safe for shipping.

      Delete
    3. Before this, immigration department in Sabah was stopped from banning foreign workers from working as waiters, waitresses and kitchen helpers at restaurants and coffee shops after their employers protested.

      Delete
    4. Foreign workers cannot be pampered too much, or else they will step our head.

      Delete
  7. Warga Sabah harus diberi keutamaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak, taraf hidup dan isu kemiskinan juga tiada perkembangan juga.

      Delete
  8. Jabatan imigresen harus menjalankan tugas untuk menyekat golongan yang tidak mempunyai dokumen sah masuk ke Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Golongan yang tiada dokumen sah harus dihantar balik.

    ReplyDelete
  10. Jika nak guna pekerja asing, gunakanlah dengan cara mengikuti undang-undang yang betul.

    ReplyDelete
  11. Pekerja asing yang tiada dokumen sah harus dihantar balik.

    ReplyDelete
  12. kalau betullah pasaraya ini menggaji pekerja asing tanpa permit, sepatutnya pengadu buat laporan polis.. bukannya membuat laporan sabahkini..

    ReplyDelete
  13. pengadu juga patut buat follow up berkenaan dengan aduan bekas pekerja di jabatan tenaga kerja..

    ReplyDelete
  14. kadang2 kita tidak boleh percaya disebelah pihak sahaja.. banyak kemungkinan yang boleh dijadikan sandaran kenapa aduan ini timbul.. mungkin juga sebab persaingan perniagaan..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Janganlah menilai atau mengambil pandangan daripada segelintir pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan masalah peribadi semata-mata. Jika kes ini benar-benar berlaku kenapa Pihak Berkuasa iaitu Perbadanan Labuan masih lagi meneruskan lesen perniagaan kedai ini? Saya orang Labuan lebih arif dan mengetahui keadaan sekitar saya.

    ReplyDelete
  17. Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

    Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete