Wednesday 5 September 2012

HOSPITAL SANDAKAN PERLUKAN DARAH





AJK......Barisan AJK Petugas program  Merdeka Blood Donation Campaign 2012.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI pengisian sambutan Hari Kemerdekaan 55, Pergerakan Pemuda Bahagian LDP Sandakan akan mengadakan  program Merdeka Blood Donation Campaign 2012 bertempat di  Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 23 September ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Pengerusi Penganjur program tersebut, Siau Ket Hiung memberitahu Sabahkini.Net kelmarin, tujuan mengadakan program itu selain sebagai aktiviti tahunan  pergerakan pemuda sempena sambutan hari Kebangsaan Negara Malaysia; di samping  untuk membantu pihak Tabung Darah Hospital berkenaan bagi mendapat darah daripada orang ramai disebabkan tabung darah hospital tersebut kekurangan bekalan.

Ahli Parlimen Kawasan Sandakan yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dijangka akan menyempurnakan Majlis Perasmian program tersebut.

Orang ramai yang berminat untuk menderma darah amat dialu-alukan, terutama sekali anggota-anggota berunifom seperti Polis, Tentera, Rela dan Pasukan Pertahanan Awam.

Kata Siat lagi, para penderma darah akan diberikan sijil penghargaan dan buah  tangan  daripada pihak penganjur sebagai menghargai penglibatan mereka selain menjayakan program berkenaan.

No comments:

Post a Comment