Thursday 6 September 2012

INJUNKSI UNTUK HENTIKAN NADIR BUMI





Oleh : LISA J. ARIFFIN

KUALA LUMPUR : Kumpulan anti-Lynas hari ini berkata mereka akan mendapatkan injunksi untuk menghentikan lesen sementara (TOL) yang dikeluarkan awal minggu ini kepada syarikat Australia tersebut.

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet (gambar) berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memberikan TOL kepada Lynas walaupun terdapat penentangan hebat daripada orang ramai yang bimbang dengan dengan isu keselamatan dan kesihatan.

“Kami akan bawa perkara ini ke mahkamah tinggi Kuantan untuk menyemak semula TOL akan tetapi sebelum perbicaraan bermula, AELB sudah berikan TOL,” kata Tan kepada The Malaysian Insider.

“Kami merasakan tindak ini tidak profesional, tidak beretika dan tidak sah,” katanya lagi.

Tan merujuk kepada dua semakan undang-undang SMSL yang masih tertangguh di mahkamah tinggi Kuantan.

Semakan undang-undang pertama tentang pemberian TOL kepada LAMP oleh AELB dan kedua daripada menteri sains, teknologi dan maklumat, Datuk Seri Maximus Ongkili untuk menghalang rayuan mengenai keputusan tersebut.

Kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dijangka memulakan operasinya Oktober ini selepas Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lynas) mendapat kelulusan Lesen Pengendalian  Sementara (TOL) daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga).

Dengan kelulusan ini, Lynas akan beroperasi mengilang bahan mentah pekatan lanthanid secara berperingkat dan terhad bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa dari 3 September 2012 sehingga 2 September  2014.

“Lesen yang diterima ini sangat bermakna buat Lynas,” kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis hari ini.

Kelulusan tersebut bagaimanapun disertakan dengan beberapa syarat tambahan yang dibuat di bawah Akta 304 dan perundangan subsidiarinya dan perlu mematuhinya.

No comments:

Post a Comment