Saturday 8 September 2012

ISU BALAK HARAM DI SABAH GIMIK PEMBANGKANG





Oleh : IDA LIM

KUALA LUMPUR : Kerajaan Sabah mendakwa tuduhan pembalakan haram dalam negeri sebagai 'liar dan tidak berasas' selepas pendakwa dari Switzerland memulakan siasatan jenayah pengubahan wang haram ke atas bank UBS yang didakwa mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Siasatan tersebut dijalankan ekoran aduan sekumpulan pejuang alam sekitar yang menuduh bank tersebut menyimpan hasil daripada pembalakan di Malaysia.

Kumpulan tersebut menerusi kumpulan Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland memfailkan aduan ke atas Musa pada Mei atas pertuduhan melakukan pembalakan haram dan pengubahan lebih daripada AS$90 juta menerusi UBS.

“Kami mempercayai dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik dan tidak didorong oleh cinta ke atas alam sekitar,” kata Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata dalam satu kenyataan kelmarin.

Mannan bagaimanapun mengakui dia menyedari tentang pembalakan haram yang berlaku dalam negeri tetapi mendakwa isu itu 'diperbesarkan' dengan alasan dakwaan AS$90 juta bersamaan dengan 20,000 hektar hutan ditebang.

Dia juga menambah dengan mengatakan pihak negeri mengamalkan amalan pengurusan hutan yang mapan malahan 'bertambah baik' sepanjang di bawah kepimpinan Musa.

“Lesen jangka pendek yang menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar kredibiliti pengurusan hutan di Sabah berada di peringkat tertinggi.

“Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO.”

Beliau juga berkata bahawa lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010” dan menegaskan “juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku.”

Bagi menyangkal dakwaan itu lagi, beliau juga berkata jumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah”, melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus.

Mannan menambah bahawa kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa.

Beliau berkata bahawa “sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).”

Sabah sasar untuk memiliki “perakuan yang penuh di semua kawasan berlesen jangka panjang” menjelang tahun 2014, kata Mannan lagi.

Ketua Jabatan Perhutanan tersebut turut mendakwa tuduhan tersebut bakal akan menyebabkan penurunan dalam jualan balak dan menyebabkan hutan Sabah kehilangan nilai ekonomi.

Beliau berkata akibatnya ia akan “mengganggu” usaha pemuliharaan hutan di Sabah kerana ia mungkin akan “digugurkan” sebagai salah satu polisi negeri.

35 comments:

  1. Memang itu yang kita tahu. Semua ini gimik semata-mata untuk menjatukan ekonomi Sabah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan pihak pembangkang memburuk burukkan keadaan di Sabah memberi persepsi yang negatif untuk orang luar mengenai keadaan dalam negeri kita.

      Delete
  2. Kalau kita lihat pun ini sengaja direka-reka dari dulu hingga sekarang. Rakyat macam bosan sudah dengar cerita ini kerana tidak ada yang pasti akan kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka cerita adalah kepakaran pembangkang

      Delete
    2. isu ni hanya kitar semula. pandai2lah rakyat nilaikan.

      Delete
    3. Sudah lama isu yang sama diulang di Internet, tiada yang baru?

      Delete
    4. yang penting, kerajaan telah berusaha untuk melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
    5. Benar atau tidak, buatlah siasatan terperinci.

      Delete
  3. Pembangkang akan membuat bermacam-macam gimik untuk menarik perhatian rakyat kepada pembangkang

    ReplyDelete
  4. ni teknik politician, tuduh dulu dan langsung tidak mengena budi yg diberi dari Musa...

    ReplyDelete
  5. Musa mengingatkan rakyat2 Sabah jgn percaya cerita pembangkang yg ingin sabotaj keyakinan rakyat terhadap Musa..

    ReplyDelete
  6. Harap2 semua rakyat dpt memberi sokongan kpd Musa,krn dia memang sudah banyak menyumbang kpd tanah Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuduhan dibuat hanya untuk beri imej buruk kepada Musa.

      Delete
  7. Under the leadership of CM Musa, Sustainable Forest Management policy which has managed to curb the issue of illegal logging in Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan Sabah dalam perlindungan perhutanan juga diiktiraf oleh banyak pihak seperti Sam Mannan.

      Delete
    2. Pasangan diraja Britain juga bakal datang ke Sabah untuk melawat Danum Valley, salah satu hutan simpanan kita.

      Delete
  8. Musa said the people should not be taken in by the issues raised by the opposition as their aim was only to weaken the ruling coalition.

    Musa added that BN on the other hand not only talked but worked, served the people and fulfilled the promises made to them.

    ReplyDelete
  9. Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak berasas dan dibuat dengan niat tidak baik (Mala- Fide) untuk merosakkan nama dan meremehkan usaha dan pengorbanan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Sabah, terutama bagi mencapai tadbir urus hutan yang baik dan Pengurusan Hutan Mapan (SFM) dalam jangka masa yang sesingkat mungkin; walaupun dengan pelbagai cabaran kewangan, ekonomi dan sosial.

    ReplyDelete
  10. Tuduhan pembalakan haram (1 juta m3) yang seluas ini tidak mungkin terlepas daripada perhatian dunia secara umumnya. Suatu kawasan hutan yang kaya seluas 20,000 hektar yang telah dibalak dengan teruk secara haram akan dengan mudahnya dikesan melalui satelit-satelit dan menarik perhatian para NGO, pakar-pakar alam sekitar dan komuniti yang tinggal berhampiran. Tidak mungkin langsung kemungkinan yang membolehkan perbuatan tersebut dilakukan dan diluluskan tanpa disedari. Melainkan dan sehingga bukti kukuh dapat ditunjukkan, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.

    ReplyDelete
  11. Jika 50% pengeluaran tahunan balak dari Sabah didakwa dibuat secara haram, pasaran-pasaran dunia terutamanya yang peka seperti Eropah, Amerika Utara dan Jepun sepatutnya telah lama berhenti daripada membeli balak dari Sabah dan implikasi-implikasi ekonomi dan kewangan yang besar sepatutnya telah memberi kesan teruk kepada negeri secara keseluruhannya. Ini tidak terjadi kerana pembalakan haram pada skala besar seperti yang didakwa tidak pernah berlaku.

    ReplyDelete
  12. Lesen-lesen jangka panjang Sabah telah tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak tahun 2010, di bawah Malaysia-EC TLAS (Program Jaminan Balak Disahkan). Juruaudit Bebas sepatutnya telah mengesan penebangan haram pada skala seumpama itu. Sebaliknya, Sabah sentiasa telus dan membiarkan pengurus hutannya terbuka kepada penelitian umum dan pihak Juruaudit ketiga bagi mencapai kredibiliti yang diiktiraf dunia.

    ReplyDelete
  13. RIL (Impak Pembalakan Dikurangkan) telah diperkenalkan dalam tahun 2009 dengan pelaksanaan penuh dalam tahun 2010, sekali lagi disahkan secara bebas oleh Juruaudit pihak ketiga. Sehubungan itu tuduhan penebangan haram yang berleluasa (20,000 hektar sekurang-kurangnya) amat mustahil terlepas daripada perhatian Juraudit antarabangsa yang memang terkenal.

    ReplyDelete
  14. kalau betul skandal pembalakan haranm tu, kenapa di bawah pemerintahan MA pengurusan perhutanan di Sabah merupakan yang terbaik di Malaysia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahaja yang terbaik di Malaysia, malah di dunia.. sebagai pengetahuan, taman kinabalu tersenarai antara hutan paling besar dan popular sebaris dengan Amazon..

      Delete
  15. memang terang2 gimik pembangkang.. banyak perkara yang boleh diragui dan bertentangan dengan realiti sebenar tentang apa yang telah dilakukan oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  16. bagi saya, kerajaan pimpinan Musa hari ini banyak menyelesaikan masalah2 berkenaan dengan hutan, bukannya memusnahkan hutan.. banyak media yang melaporkan berkenaan dengan usaha2 kerajaan dalam memelihara dan memulihara hutan di negeri ini..

    ReplyDelete
  17. selain NGO alam sekitar antarabangsa, pembangkang2 di negeri ini juga sibuk memainkan isu ini sedangkan mereka lupa bahawa ketua menteri sebelum Musa Aman (kini bergelar pembangkang) lebih banyak melakukan kemusnahan hutan berbanding dengan konservasi..

    ReplyDelete
  18. jika benar dakwaan NGO alam sekitar antarabangsa ini, bagaimana mereka boleh melihat pemusnahan hutan 20000 hektar tetapi tidak nampak pemusnahan hutan 300000 hektar oleh kerajaan pimpinan YTL?? bukankah ini menunjukkan double standard yang bersifat politik?

    ReplyDelete
  19. Jika benar dakwaan Sarawak Report bahawa hutan di Sabah adalah yang paling buruk di dunia, bagaimana kerajaan negeri Sabah mampu memperolehi pelbagai anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia, Forest Stewardship Council (FSC) dan the Prince Charles Charity, bagi menghargai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam usaha pemuliharaan hutan??

    Borneo Bullet

    ReplyDelete
  20. tuduhan yang tidak berasas tidak perlulah dilayan.

    ReplyDelete
  21. Rakyat harus bijak menilai dan menentukan kerajaan Musa adalah pilihannya?

    ReplyDelete
  22. Isu perhutanan bukan isu baru, harus juga mengambil langkah yang wajar.

    ReplyDelete
  23. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

    ReplyDelete
  24. Kes rasuah banyak dikaitkan dengan Musa.

    ReplyDelete