Saturday 15 September 2012

ISU TARIAN SUMAZAU, HINDARI TAKTIK KOTOR




Oleh : LESAYA LOG SORUDIM

AHLI Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing merayu pihak berkuasa, khususnya Polis untuk bekerja sama dengan mana-mana badan membuat siasatan terperinci mengenai artikel oleh seorang penulis blog yang didakwa sebagai telah memperkecil-kecil, malah telah menghina bukan sahaja tarian Sumazau; tetapi juga suku kaum KadazandusunMurut.

Bumburing berkata beliau telah melihat artikel tersebut dan sememangnya terdapat unsur-unsur yang menghina banga KDM.

"Saya meminta pihak polis untuk membuat siasatan terperinci berdasarkan kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan agar orang yang bertanggungjawab dapat di ambil tindakan yang sewajarnya," kata Bumburing yang turut menyarankan  agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan media massa elektronik agar memperkasakan pemantauan dan pengawalan sebarang terbitan media melalui internet; bagi memastikan sebarang bentuk penulisan tidak melanggar mana-mana undang yang sedia ada.

Bumburing turut menggesa agar pihak tertentu yang berkepentingan, terutama parti-parti politik supaya menghindari taktik kotor dalam usaha menjatuhkan pengaruh politik pihak lawan; apatah lagi mencetus suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat Majmuk Malaysia.

"Walaupun blog yang memuatkan artikel kontroversi itu menggunakan nama 'Suara Pakatan Rakyat', ini tidak bermakna bahawa sokongan masyarakat KDM kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat akan terjejas. Jika benar blog ini milik Pakatan Rakyat, saya yakin pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang gaya penulisan seperti ini agar tidak berulang," kata Bumburing yang kesal dengan pihak yang memanipulasi isu berkenaan bagi menangguk pengaruh politik.

15 comments:

  1. Memang itulah yang terbaik sekarang ini membuat siasatan mengenai perkara ini. Kita tidak boleh membiarkan orang yang menghina budaya orang lain begitu saja.

    ReplyDelete
  2. Blog Pakatan rakyat ini memang sudah keterlaluan cuba menghina tarian sumazau dan pada masa sama terhinalah KDM Sabah ini. Memang tidak patut pemilik blog tersebut memburukan kerana kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. makin byk penghinaan kepada Sabah. kini tarian masyarakt KDM pula dihina.

    ReplyDelete
  4. mereka yang lakukan penghinaan harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  5. Harus jugs meminta maaf atas membuat hinaan kepada tarian sumazau.

    ReplyDelete
  6. Ada pihak sengaja nak jadi famous.

    ReplyDelete
  7. They are free to give comment, but comment that intentionally insulting should avoid.

    ReplyDelete
  8. Jika tindakan tidak diambil, hinaan seperti ini akan berterusan.

    ReplyDelete
  9. Harus menghormati satu sama lain, cuma ini perpaduan dapat dieratkan.

    ReplyDelete
  10. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang suka mainkan sentimen kaum dan agama. Mereka tidak akan takut jika pihak berkuasa tidak serius menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  11. pura2 lagi si Bumburing kunun hindari taktik kotor.. bukan taktik Pakatan ka tu?? akur saja la parti yang dia sokong sekarang sebenarnya anti sabahan..

    ReplyDelete
  12. memang penyokong2 Pakatan di semenanjung anti sabahan sebab Sabahan tidak pernah memberikan parti itu peluang untuk memerintah sabah..

    ReplyDelete
  13. tidak perlulah Bumburing cuba melindungi parti yang menggalakkan provokasi kaum ini.. dan tidak perlu Bumburing menuduh BN mendalangi penghinaan ini.. bukankah peimpin pakatan juga yang menghina kaum asli di sarawak?

    ReplyDelete
  14. itu adalah blog umno yang menyamar... sudah lama dikesan... baca sini.

    http://tukanglawan.blogspot.com/2012/08/2-blog-palsu-pro-pakatan-dikesan.html

    ReplyDelete
  15. eleh! blog palsu konon.. jadi kenapa dari awal lagi blog tu serang Najib?? kenapa banyak link2 PR dalam blog tu.. yang terang lagi bersuluh pun mau cover2 juga Tukang lawan..

    ReplyDelete