Tuesday 18 September 2012

JAMBATAN, 3,500 EKAR TANAH LABUAN LESAP?




Saudara Pengarang,

TIDAK dinafikan bahawa Jambatan Labuan akan membawa manfaat yang besar kepada semua lapisan masyarakat di tanah besar Sabah dan Labuan. Apa yang dipersoalkan ialah adakah perlu Labuan menggadaikan tanah seluas 3,500 ekar yang akan diwujudkan kelak kepada pelabur semata-mata untuk menampung pembiayaan kos jambatan Labuan-Menumbok sebagai pertukaran?

Labuan yang hanya mempunyai keluasan 98 km2 selayaknya menyambut baik cadangan  untuk mewujudkan tanah baru seluas 3,500 ekar tersebut tetapi harus diingat kerajaan tidak sepatutnya memperjudikan nasib pulau Labuan dan rakyatnya yang terpaksa berhadapan dengan risiko yang agak tinggi.

Ini kerana tanah baru tersebut akan diserahkan kepada pelabur yang sanggup membina jambatan tesebut dengan percuma dan secara logiknya mempunyai kuasa mutlak untuk mengusahakan tanah baru tersebut yang semestinya hanya berdasarkan 'commercial value' demi mengaut keuntungan semata-mata.

Di atas persepsi ini, apakah ada kemungkinan pembangunan yang akan dibuat di tanah baru oleh pelabur itu kelak akan turut mempertimbangkan kebajikan rakyat bawahan di pulau ini?

Bayangkan tanah seluas 3,500 ekar yang dicadangkan untuk diwujudkan bagi pulau yang hanya mempunyai keluasan 98 km2 akan diserahkan kepada pelabur begitu sahaja. Cadangan seperti ini hanya membuktikan UMNO begitu terdesak?

Cadangan mewujudkan tanah baru seluas 3,500 ekar tersebut sepatutnya digunakan untuk projek yang dapat membantu meringankan beban rakyat Labuan yang kian meruncing akibat kos sara hidup yang kian meningkat berbanding pendapatan majoriti rakyat Labuan yang menyedihkan.

Sebagai satu contoh, penggunaan sebahagian dari tanah baru tersebut untuk pembinaan perumahan rakyat mampu milik jelas merupakan satu projek yang akan membantu meringankan beban rakyat.



 


Tidak salah jika kita cuba mengikut jejak langkah Singapura jika keluasan daratan pulau itu dibesarkan dari 581.5 km2 (224.5 batu²) pada 1960-an, kepada 704 km2 (271.8 batu²) pada masa kini.

Namun kita harus ingat bahawa kerajaan Singapura tidak pernah menggadaikan walau seinci pun tanah baru yang mereka wujudkan kepada mana mana pihak sebagai pertukaran untuk menampung kos pembangunan Pulau tersebut.

Apakah Labuan terlalu daif sehingga terpaksa mewujudkan tanah baru semata-mata untuk digadaikan kepada pelabur untuk membina sebuah jambatan demi kesejahteraan rakyat merangkumi Tanah Besar sabah dan Labuan?

Apakah sumbangan pulau Labuan yang mencecah RM1 billion setahun hasil minyak dan gas Labuan yang diusahakan oleh Petronas, Shell, Murphy Oil dan sebagainya tidak harus diambil kira?

Kerajaan selayaknya menjadi 'Payung Rakyat' bukan menjadi 'Along Negara' yang menghambat rakyat. Kerajaan sepatutnya menggunakan kekayaan sumber alam anugerah Allah kepada pulau ini untuk rakyat dan bangunkan Labuan melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni.

Sejarah  Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk 'bailout' dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap.

Selama ini, di bawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak.


Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. 

Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat apatah lagi kalau hanya sekadar pembinaan sebuah jambatan.

Kalau keadaan seperti ini masih belum mampu untuk membuka mata rakyat Sabah dan Labuan, saya percaya Labuan dan Sabah akan terus diperbodohkan, dulu, kini dan selamanya.

Saya amat yakin PR mampu menunaikan janji untuk membina jambatan ini tanpa perlu melakukan tindakan terdesak seperti ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di majlis ceramah PR Labuan 15 September yang lepas di hadapan ribuan hadirin menegaskan akan menunaikan janji tersebut jika PR menang dalam PRU akan datang.

Anwar sendiri akan mempastikan kos pembinaannya tidak akan membabitkan walau sesen pun komisyen kepada mana-mana pihak seperti lazimnya dilakukan oleh kerajaan pada hari ini untuk mendapatkan kos minimum. Apakah pandangan anda?

Salam Hormat,

PKR LABUAN

11 comments:

  1. Pembangkang cuba untuk memutar belitkan cerita mengenai tanah 3,500 ekar ini dengan jambatan cadangan mereka itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang akan sentiasa cuba memutar belitkan cerita agar pemikiran rakyat pun terpusing.

      Delete
    2. Janji untuk buat jambatan ke Labuan tapi masalah air di Selangor masih belum pula selesai sampai hari ni.

      Delete
    3. ada saja benda pembangkang nak manipulasikan.

      Delete
  2. Rakyat sendiri yang akan menilai mengenai perkara ini. Maka kita harap rakyat akan menilai sebaiknya tanpa dipengaruhi oleh hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. Anwar akan sentiasa sengaja memarakan api kebencian rakyat kepada kerajaan

    ReplyDelete
  4. Apa2 isu yang masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan, itulah yang diketengahkan oleh pembangkang sebagai bahan politik mereka.

    ReplyDelete
  5. pembinaan jambatan labuan menumbok perlu dibina.

    ReplyDelete
  6. Rakyat mahukan pembangunan tapi dalam masa yang sama hak serta kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

    ReplyDelete
  7. siapa tidak kenal dengan Anwar? kalau dia buat janji, mana pernah dia kaji dulu.. dia ungkap dulu, dapat dilaksanakan atau tidak belakang kira.. yang penting dia dapat jawatan PM..

    ReplyDelete
  8. lihat saja apa sudah jadi dengan janji air percuma di selangor?? inilah kesannya bila buat janji secara membuta tuli..

    ReplyDelete