Tuesday 4 September 2012

JANGAN CETUS SENGKETA DALAM BN




KENINGAU: Pergerakan Pemuda UMNO Pensiangan tidak mencetus sengketa dalam BN dan sepatutnya menghormati janji Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yasin yang sentiasa menyokong penuh sesiapa sahaja calon Barisan Nasional di kawasan Pensiangan.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sook, Sanon Sambikin (sisipan kanan) berkata Pemuda Umno Pensiangan, khususnya Penolong Setiausaha Pemuda Umno Pensiangan, Mohd Khairil Abdullah, perlu menghormati Ketua Bahagian mereka.

“Bagi kita di peringkat AJK, kita amat patuh dan hormat dengan segala kenyataan pucuk pimpinan parti, dan ini termasuklah juga Ketua Pemuda kami yang sekeras-kerasnya mempertahankan dua kerusi kepunyaan PBRS.

“Kami akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Pemuda PBRS N37 Sook, Kahirin Bador yang sentiasa mempertahankan kerusi N.37 Sook dan kerusi P.182 Pensiangan yang dituntut oleh Pemuda UMNO Pensiangan.

“Kami sedar bahawa ini saja yang kami ada dan pentadbiran PBRS dikawasan Pensiangan ketika ini berada pada kedudukan terbaik untuk mewakili BN dikawasan ini pada PRU -13,” jelasnya.

Sanon juga turut mengesahkan bahawa dia dan AJK yang lain akan terus setia bersama Kahirin dalam apa juga tindakan beliau sekiranya salah satu daripada dua kerusi PBRS hilang dari tangan parti berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Sanon menggesa kepada semua pihak agar lupakan persengketaan yang hanya akan merugikan BN dan memanggil semua komponen agar kembali berjuang bersama dalam keluarga BN.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Pemuda PBRS N.37 Sook tidak tertarik dengan tawaran Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mempelawa PBRS untuk keluar daripada BN.

“Ketika ini PBRS berada pada landasan yang tepat berada dalam BN kerana BN sememangnya telah terbukti mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negara ini,“ jelasny lagi.

Sementara itu, Kahirin (sisipan kiri) menggesa semua Pergerakan Pemuda parti-parti komponen BN Pensiangan agar berkerjasama dalam perjuangan untuk menghadapai PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja lagi.

“Kita ibaratkan perjuangan ini sebagai amalan tradisi KDM ketika memburu binatang, sesiapa yang bernasib baik dan mendapat hasil binatang buruan di ageh-agehkan sama rata dan sama adil agar tidak ada yang akan berkecil hati atau mengaus.

“Apa juga keadaan nasib itu adalah ketentuan takdir dan konsep menang-menang amat sesuai dalam situasi ini,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda PBRS N.37 Sook pada hari Jumaat sebagai.

Sementera itu, Kahirin mengakui kenyataannya dalam akhbar agak sedikit emosinal ekoran usul Khairil yang menuntut salah satu daripada tiga kerusi di Pensiangan di berikan kepada UMNO sedangkan hanya satu kerusi Dun dan satu Kerusi Parlimen yang dimiliki PBRS.

No comments:

Post a Comment