Monday 3 September 2012

‘JANJI DITEPATI' YANG GAGAL DITUNAIKAN?




Saudara Pengarang,

Kerajaan seharusnya menamatkan kontrak Syarikat KUMPULAN KALASAHAN SDN. BHD, di atas kegagalan menyiapkan Jambatan ke Hospital, Kingfisher Kota Kinabalu. 

Syarikat milik Ab Habi Bin Mustapha @ Badderi, Nismah Binti Abdul Nisfu dan Sumiyati Binti Latip Karim; proksi seorang Menteri Kabinet Malaysia telah memperoleh projek berkenaan melalui kontrak HQ.173/2010(S) iaitu Projek Pembinaan Jambatan Ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kingfisher pada 19 Julai 2010 bernilai RM 9,766,581.

Bagaimanapun pada 27 Februari 2012, syarikat berkenaan memperolehi satu lagi kontrak iaitu HQ.84/2012(S)-Emergency Works (AP55): Remedial Works for Existing Jambatan Kingfisher, Kota Kinabalu, Sabah bernilai RM 2,635,220.09; namun tidak kelihatan sebarang kerja dijalankan melainkan kontrak HQ 173/2010 (S).

Pada Papan tanda jelas menyatakan bahawa projek yang bermula pada 2 Ogos 2010 sepatutnya telah pun siap sebelum sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55 baru-baru ini 31 Ogos 2012 dengan tema ‘Janji DiTepati’.

Walaupun tarikh siap yang dijanjikan pada 10 Ogos 2012, namun apa yang berlaku keadaan Jambatan tidak menunjukkan sebarang kemajuan ketika memasuki bulan september 2012. Persoalannya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan kepada kontraktor terbabit yang jelas GAGAL?

Salam Hormat,

MAREEFH AD


No comments:

Post a Comment