Saturday 22 September 2012

JAWATANKUASA RCI SABAH KUNJUNGI NAJIB




ANGGOTA.... Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat mengenai kebanjiran pendatang asing di Sabah, Pengerusinya, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Setiausaha, Datuk Saripuddin Kassim, Datuk K.Y Mustafa. (Gambar bawah dari kiri) Tan Sri Herman Luping, Datuk Henry Chin Poy-Wu, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menerima kunjungan hormat pengerusi dan anggota Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Yang hadir ialah Pengerusi suruhanjaya, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim.

Yang lain adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyerahkan watikah pelantikan kepada mereka yang disaksikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, sebelum meneruskan pertemuan selama kira-kira setengah jam bermula 5 petang.

Hadir sama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Suruhanjaya itu diberi tempoh enam bulan bagi menyiapkan siasatan mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri itu.

Sementara itu, Shim berkata dalam pertemuan itu mereka memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai apa yang dilakukan mereka.

"Saya rasa Perdana Menteri telah menyuarakan pandangannya dan kami mengambil perhatian pandangannya," katanya kepada pemberita selepas pertemuanitu.

Shim berkata RCI sudah memulakan siasatan kes-kes tertentu dan pada masa ini mereka tidak menghadapi masalah dalam melakukan siasatan.

"Kami mempunyai sepasukan pegawai yang efisien untuk menyiasat. Sebaik kami selesai siasatan, kami akan teruskan dengan pendengaran saksi-saksi," katanya.

Menjawab soalan sama ada mereka boleh mengemukakan laporan dalam tempoh enam bulan, beliau berkata mereka akan berusaha sebaik mungkin.

"Sudah pasti di bawah peruntukan (tertentu) kami boleh meminta tempoh lanjutan jika ia tidak dapat diselesaikan," katanya. (BERNAMA)

15 comments:

  1. Semoga masalah RCI ini akan dapat ditangani di Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
  2. Pertemuan ini bagi memastikan jawatankuasa ini tahu akan apa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh mereka bagi memastikan RCI ini akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  3. Diharap dalam tempoh 6 bulan ni mereka dapat laksanakan siasatan dengan cekap dan padat.

    ReplyDelete
  4. Tempoh 6 bulan mungkin tidak mencukupi.

    ReplyDelete
  5. kami menantikan pengumuman sah dari Najib.

    ReplyDelete
  6. Panel RCI tidak harus dikuasai atau dikawal mana-mana jabatan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Syabas Najib mengambil langkah selanjutnya.

    ReplyDelete
  8. Semoga PATI akan dihantar balik agar tidak membawa masalah yang tidak terjangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pati punca segala masalah di Sabah. ia perlu dibanteras.

      Delete
  9. RCI on immigrants is necessary for Sabah's own good. The need for the initiative has been consistently raised by Sabah-based BN parties, and often used by the opposition to undermine government efforts at addressing illegal immigrant issues and gaining popular support.

    ReplyDelete
  10. moga RCI akan dilaksanakan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  11. rakyat sabah hari ini sangat bergantung dengan suruhanjaya ini bagi menyelesaikan masalah2 kritikan di sabah terutamanya berkaitan dengan PATI dan projek IC,,

    ReplyDelete
  12. saya yakin dibawah pentadbiran Najib dan Musa Aman, saya yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan..

    ReplyDelete
  13. pembangkang yang sejak dari dulu mengkritik penubuhan RCI sebenarnya tidak mahu RCI ditubuhkan.. mereka tidak mahu masalah ini diselesaikan selagi mereka belum merampas kerajaan..

    ReplyDelete