Friday 21 September 2012

JELAJAH MUHIBBAH KRT PAHAT NOSTALGIA





MAHKOTA....Sebahagian peserta bergambar dengan pimpinan Al Jannah 'Mahkota Dewa' Dato Zulkifle MD Esa di Bandar Uda Utama, Johor Baharu.

Oleh:  KREW SABAHKINI.NET

TUARAN : Sebahagian daripada 30 peserta Lawatan Jelajah Muhibbah dari Kampung Kota Tuaran  ke Semenanjung Malaysia dan Republik Singapura baru-baru ini menyatakan bahawa program itu telah memberikan peluang kali yang pertama kepada mereka untuk ke luar negeri dan akan menjadi satu kenangan abadi yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Mereka adalah di antara peserta lawatan selama seminggu anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota Tuaran yang telah bermula dari Taman Medan Kuala Lumpur, Taman Monyet di Bukit Malawati, Selangor, Tanjung Karang Selangor dan seterusnya ke Bandaraya Bersejarah Negeri Melaka. Selanjutnya bermalam selama 2 hari di Bandaraya Johor Baharu serta melawat sekitar Zoo serta Lorong Arab di Bandaraya  Singapura.

Pengerusi KRT Kampung Kota Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih memberitahu, lawatan Muhibbah ini  adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada penduduk yang tidak berpeluang menyertai sebarang lawatan ke luar negara untuk memperolehi pengalaman baru serta untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan peserta yang terlibat.

"Memang Program Lawatan adalah menjadi satu ketetapan dalam program KRT Kampung Kota Tuaran yang pada setiap musim cuti di hujung tahun kami akan mengadakan lawatan ke mana-mana destinasi dalam dan luar negeri.

"Pada tahun-tahun sebelumnya kami telah mengadakan lawatan dalam negeri seperti di Kg Benoni Papar, Beaufort, Sipitang, Wilayah Persukutuan Labuan dan Daerah Lawas di Sarawak.

"Sesunggunya peluang menyertai lawatan ke negeri-negeri  di Semenanjung dan Negara Singapura ini adalah merupakan pengalaman kali pertama bagi peserta melihat dengan lebih dekat suasana persekitaran dan sedikit sebanyak budaya kehidupan penduduk di tempat yang dilawati itu," kata Haji Ghulabdin yang menyertai bersama program Lawatan Jelajah Muhibbah itu.

Melalui Program Lawatan Jelajah itu para peserta telah sempat dibawa singgah untuk berkunjung di Sekitar tempat-tempat bersejarah di Negeri Melaka termasuklah Telaga Hang Tuah dan Rumah Tradisi Melayu di Bukit Katil.

Rombongan ini yang  telah berada selama 2 hari di Bandaraya Johor Baharu telah juga berpeluang menikmati keindahan sekitar Pusat Peranginan Danggar Bay dan mereka juga telah bersama-sama dalam Program Kesihatan yang dianjurkan oleh Kumpulan Al Jannah pimpinan Dato' Zulkepli MD Esa yang mengeluarkan pek  minuman Mahkota Dewa.

Di samping itu, sebahagian daripada peserta rombongan telah juga mengadakan lawatan ke  Singapura; termasuklah di sekitar Zoo dan paling menarik peserta juga berpeluang untuk menjamu selera di kawasan Arab Street di Singapura.

Kata Haji Ghulabdin, pengalaman yang meninggalkan kesan mendalam di hati para peserta sememangnya amat sukar diperolehi di mana-mana dan ia merupakan satu pengalaman yang sungguh berharga dan pasti akan menjadi kenangan manis untuk selama-lamanya.

Lawatan Jelajah Muhibbah itu juga turut disertai oleh Timbalan Pengerusi KRT Kampung Kota Tuaran, Ali Shakbar Amin; Pengerusi Masjid Baitul Makmur Kampung Kota Tuaran Haji Adis Enjih yang juga Ketua Penerangan KRT kampung itu; Bendahari KRT Kampung Kota Tuaran, Suffian Su; Ketua Kelengkapan dan Persiapan, Osman Gapai; Ketua Jiran Usia Emas, Isuail Setuh; Setiausaha KRT Kampung Kota Tuaran, Adzrizan Ali Taugan dan Ketua Perhubungan KRT Kampung Kota Tuaran, Radin Bidin.

Menurut beberapa orang peserta yang sempat ditemui menyatakan, kenangan semasa berada di tempat-tempat yang dilawati pada kali ini memang merupakan kenangan yang sukar dilupakan.

"Sesungguhnya kami amat menghargai peluang yang diberikan oleh KRT Kampung kota Tuaran yang telah berjaya dilaksanakan atas kekuatan pimpinan Pengerusi kami, Haji Ghulabdin," kata mereka yang mengharapkan berpeluang lagi menyertai lawatan sedemikian.

Malah keriangan terpancar di wajah setiap peserta kerana mereka beranggapan bahawa peluang yang dianjurkan oleh KRT Kampung Kota Tuaran yang diketuai oleh Haji Ghulabdin itu hanya akan hadir sekali dalam kehidupan mereka. Meskipun mereka berpeluang menyertai lawatan serupa di lain kali, namun tempat dan masanya akan tetap tidak sama seperti lawatan ini.

No comments:

Post a Comment