Sunday 16 September 2012

JUBLI EMAS, MASA KITA UNTUK MENILAI





Saudara Pengarang dan Rakyat Sabah yang dihormati,

SAYA, Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah dan Presiden UBF, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE-49 kepada seluruh rakyat Malaysia di Sabah atau di mana saja anda berada.

Seperti mana yang kita tahu,  16 September 2012 merupakan Ulangtahun Malaysia yang ke-49, manakala 31 Ogos 1963 sebagai Hari Kemerdekaan Sabah.

Semasa pembentukan Malaysia, Sabah adalah sebuah negara yang baru dan pemimpin-pemimpin kita masih mentah dalam politik kerana kita telah dimerdekakan:-

-Sebelum bersedia untuk mentadbir negara dalam suasana dunia yang tidak menentu termasuklah:-
*Perang Dunia Kedua yang baru berlalu;
*Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak semua jajahan dibebaskan dan diberi kemerdekaan; serta
*Isu keselamatan;

-Pemimpin kita yang belum berpengalaman telah dipujuk rayu untuk bergabung dengan negara-negara lain membentuk  Persekutuan Malaysia secara bersyarat;.
-Pemimpin-pemimpin kita telah memberi kepercayaan penuh kepada pemimpin-pemimpin Malaya;
-Terpaksa bergantung kepada pemimpin-pemimpin Malaya kerana belum bersedia untuk memimpin Negara;
-Bagaimanapun, dua tahun kemudian konsep Malaysia telah berubah setelah Singapura ditendang keluar dari Malaysia mengakibatkan senario baru dalam Malaysia;
-Sabah telah  terdedah kepada penguasaan Malaya;
-Malaya mengambil kesempatan penuh untuk memanipulasikan keadaan untuk kepentingan dan agendanya;
-Perjanjian Malaysia, 20-Perkara, syarat-syarat, janji-janji dan jaminan-jaminan telah diketepikan dan tidak dilaksanakan;
-Sabah kehilangan kedudukannya sebagai rakan kongsi sama taraf dan menjadi negeri yang dikuasai penuh oleh Malaya;
-Malaya seolah-olah telah mengambilalih Sabah dari penguasaan British sebagai tanah jajahan dari segi politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial;
-Sabah telah mula kehilangan kuasa kemerdekaannya.

Selepas 49 tahun dalam Malaysia, Sabah telah  mengalami banyak kerugian:-
-Hilang kuasa kemerdekaan dan autonomi;
-Hilang kekayaan minyak dan gas;
-Kehilangan hasil cukai dan ekonominya;
-Hilang kuasa politik kepada parti Malaya ia itu Umno kerana sekali lagi pemimpin-pemimpin kita di Sabah telah diperdaya kononnya parti besar dan nasional lebih baik daripada parti kecil tempatan dan terkorbanlah USNO;

-Hari ini kita tahu kebenarannya apabila disebaliknya yang telah berlaku.
Pertama agenda Malaya tidak sama dengan agenda kita, kepentingan mereka tidak sama dengan kepentingan kita. 
Harapan dan kepercayaan kita sekali lagi menjadi kekecewaan kita.
-Anak negeri atau orang asal telah kehilangan hak dan terpinggir;
-Pendatang asing pula membanjiri negeri Sabah tanpa kawalan dan diberi kerakyaatan sertamerta secara songsang dan diberi hak mengundi mengakibatkan rakyat Sabah kehilangan hak demokrasi untuk menentukan kuasa politiknya;
-Pemimpin-pemimpin politik Sabah pula kehilangan semangat juang dan menjadi sekadar boneka dan barua Malaya;
-Sabah menjadi Negeri termiskin di Malaysia kerana hasil dan pelbagai sumber kekayaan kita dirampas;
-Masalah kita di Sabah bukan pula diselesaikan malah bertambah parah;
-Rupa-rupanya parti besar ini hanya memperalatkan orang Sabah untuk kepentingan politik mereka;
-Sekarang, Sabahan dihina dengan menganggap Sabah sebagai “fixed-deposit” atau simpanan tetap Umno/BN dan Malaya;
-Di manakah maruah dan harga diri apabila identiti kita tidak diiktiraf dan hanya dirujuk sebagai bangsa ‘lain-lain’?

Menjelang 2013, Sabah akan menyambut Golden Jubilee (Jubli Emas) kewujudan Malaysia.
-Sabahan harus menilai kedudukan kita, di mana kita sekarang dan apa yang telah kita lalui  serta ke manakah halatuju kita?

-Sabahan harus belajar dari sejarah, jangan lagi diulangi kesilapan kita – menjelang tahun ke 50 pembentukan Malaysia kita harus mengambil kesempatan ini untuk menyedari 3 perkara, iaitu

1. Ini lah masa untuk membebaskan diri kita dari neo-kolonialisma:-
-Bebaskan diri kita dari cengkaman politik Umno/BN dan Malaya;
-Bebaskan diri kita dari kebergantungan kepada Kuala Lumpur/Malaya;
-Bebaskan diri kita dari kemiskinan dan membebaskan diri kita dari belenggu kekolotan minda (ignorance).

2. Masa ini lah juga  untuk  menuntut dan memulihkan hak-hak, kemerdekaan dan maruah kita. Kita harus berjuang untuk mendapatkan semula:-
-Autonomi kita;
-Hak dan kuasa politik kita;
-Hasil ekonomi dan sumber kekayaan kita;
-Identiti kita sebagai Sabahan.

3. Masa untuk Sabahan memulakan era baru untuk Sabah, memperkukuhkan identiti bersama kita sebagai Sabahan:-
-Sabah Borneo/Borneo Utara Malaysia;
-Kita harus membuat keputusan untuk masa depan sendiri;
-Mencorakkan sendiri pembangunan politik, ekonomi, sosial dan lain lain berasaskan potensi-potensi negara kita;
-Kita harus menguasai dan mengurus politik kita sendiri;
-Kita harus menyusun semula dan mempertingkatkan pentadbiran kita demi mempercepatkan pembangunan sesuai dengan keperluan semasa;
-Kita juga harus memperkenalkan dasar-dasar dan program-program sosio-ekonomi, pembangunan dan pendidikan yang baru;
-Dan keselamatan kita harus dipertingkatkan supaya lebih selamat;
-Institusi-institusi yang lain perlu juga kita majukan.

4. Jangan kita lupa bahawa masa depan di tangan kita. 
Untuk mencapainya kita harus melalui proses-proses berikut, iaitu kita bermula dengan:-
-Kesedaran, selepas itu pemahaman; dan 
-Seterusnya diikuti dengan tindakan.
-Maka dengan proses ini kita bolehlah memperbaharui dan membina semula masa depan negeri kita yang baru;  dan 
-Seterusnya dapat menghayati dan menikmati erti kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar.
-Jangan lagi kita terlalu bergantung kepada orang lain untuk memimpin dan mengurus negeri kita. 
-Kerana kini kita sudah dewasa dalam politik. 
-Kita harus bersatu dan bertanggung jawab;

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi…. Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi…. Ini Kali Lah.

Sekian, SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.


DATUK DR. JEFFREY KITINGAN,
Pengerusi STAR Sabah

No comments:

Post a Comment