Wednesday 12 September 2012

KEMARAU DI LUMADAN AKAN BERAKHIR



RIANG...Kamarlin turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sempana majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID JAW

BEAUFORT:  Masalah kemarau bekalan air bersih di beberapa buah kampung di kawasan dewan Undangan negeri Lumadan dijangka akan dapat diselesaikan sebelum penghujung tahun ini.

Ahli Dewan undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berkata, antara kampung-kampung yang bakal menikmati bekalan air bersih kelak kampung Bintuka, Bintuka Laut, Jabang dan beberapa buah kampung lagi yang sebelum ini belum mendapat bekalan air bersih.

"Kerja-kerja memasang paip -paip ke kampung berkenaan ketika ini sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor  dan dijangka siap penghujung tahun ini dan penduduk di kampung terlibat dijangka akan mendapat bekalan air bersih seawal-awalnya penghujung tahun ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program rayamerdeka di kampung Lago dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Kamarlin isu bekalan air bersih yang menghantui beberapa buah kampung di kawasan ini yang belum menikmatinya dapat diselesaikan oleh kerajaan yang berpegang kepada "Janji Ditepati" selaras dengan konsep kerajaan BN mendahulukan kepentingan rakyat.

Selain itu, Kamarlin menambah beberapa buah kampung khususnya ke kawasan kampung Bintuka juga akan turut menikmati kemudahan telefon apabila kerja-kerja memasang talian ke kampung berkenaan kini sedang giat dijalankan selesai.

"Semua kemudahan insfrastruktur ini dapat disediakan oleh kerajaan selaras dengan tranformasi kerajaan yang ingin melonjakkan pembangunan demi kesejehteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar," katanya.

Sehubungan dengan itu beliau turut meminta rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN kerana hanya kerajaan BN yang mampu menyediakan segala kemudahan berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu berjanji namun tidak mampu melaksanakannya untuk kepentingan rakyat.

Ketika berucap merasmikan majlis tersebut Kamarlin memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk kampung Lago yang menganjurkan program yang mampu menyuntik semangat patriotisme di kalangan  penduduk setempat.

Katanya melalui penganjuran majlis seperti itu boleh dijadikan wadah untuk memperkukuhkan perpaduan eleman penting bagi kerajaan terus merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi kepentingan rakyat.


No comments:

Post a Comment