Friday 7 September 2012

KEMISKINAN DI SABAH TERUS MENURUN





KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin kadar kemiskinan di Sabah akan terus menurun berdasarkan kajian bagi tempoh lima tahun yang menunjukkan penurunan 4.5 peratus daripada 24.2 peratus pada 2004 kepada 19.7 peratus pada 2009.

Musa berkata penurunan tertinggi dicatat di kawasan pedalaman sebanyak 13.2 peratus iaitu 29 peratus pada 2004 kepada 15.8 peratus pada 2009.

“Kerajaan negeri dan pusat sentiasa berusaha mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dengan melaksanakan pelbagai program dan semua agensi terbabit telah diarahkan menjalinkan kerjasama mantap agar segala projek yang dirancangkan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di sini, kelmarin.

Katanya, antara program terbabit ialah Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Agropolitan, 1 Azam, Program Bantuan Rumah (PBR), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilaksanakan bagi meliputi ketua isi rumah miskin (KIRM) dan ketua isi rumah miskin tegar (KIRMT) yang tersenarai di bawah Sistem e-Kasih.

Musa berkata setakat ini, sekurang-kurangnya dua belas Mesej dan enam buah Mesej Mikro siap sepenuhnya daripada 29 buah Mesej sawit dan getah, akuakultur yang diwujudkan selain empat Mesej baharu sedang dalam proses pengukuran dan permohohan tanah untuk pelaksanaan bermula 2013.

“Kesemua projek Mesej dijangka dapat melibatkan lebih 2,000 KIRMT. Di samping itu, kerajaan negeri sedang menimbang pelaksanaan satu lagi Ladang PPRT di Nabawan sebagai tambahan kepada dua buah Ladang PPRT di Tongod dan Kalabakan, Tawau,” katanya.

Menurutnya, seramai 1,167 KIRMT kini menerima dividen bulanan sebanyak RM400 sebulan daripada Ladang PPRT Tongod dan Kalabakan di samping peluang pekerjaan dan kemudahan perumahan di ladang-ladang tersebut.

Musa berkata sejumlah 1,143 buah daripada 1,400 buah rumah bina baru di bawah PBR yang dilaksanakan oleh Pejabat-pejabat Daerah, daerah kecil, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis-Majlis Perbandaran Sandakan dan Taway disiapkan sehingga 5 Sept lepas.

“Tambahan 600 buah lagi rumah bina baru sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan menjadikan jumlah kelulusan bagi tahun 2012 sebanyak 2,000 buah dengan kos RM100 juta.

Jumlah keseluruhan rumah bina baru yang diluluskan sejak program tersebut pada 2010 ialah 7,149 buah,” katanya.

27 comments:

  1. Kekurangan kemiskinan memang dapat kita lihat dari hasil usaha yang dibuat oleh Kerajaan. Kita tidak nafikan yang kemiskinan masih ada. Tapi yang pasti kadar berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan banyak memperkenalkan pelbagai program untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

      Delete
  2. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Negeri dan PErsekutuan kerana mencari pelbagai usaha dan program untuk memastikan ekonomi pendapatan rakyat akan terus meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan rakyat Sabah amat penting dalam menjayakan segala program dan rancangan kerajaan.

      Delete
    2. Program seperti E-Kasih dan BR1M adalah usaha kerajaan membantu mengurangkan bebanan rakyat. Ramai rakyat yang menerima manfaatnya di Sabah.

      Delete
    3. Betul, usaha semua lapisan rakyat amat diperlukan.

      Delete
  3. Kadar kemiskinan di Sabah semakin menurun, pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengeluarkan Sabahans daripada garis kemiskinan.

    ReplyDelete
  4. Minister in the PM's Department Tan Sri Nor Mohamed says the poverty level in Sabah has dropped from 24.2% in 2004 to 19.7% in 2009, except in Sandakan which recorded an increase from 18.7% to 19.1%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kadar kemiskinan di Sandakan akan dikurangkan selepas ini.

      Delete
  5. CM in last year said RM168.95m will be provided to curb poverty in Sabah.

    ReplyDelete
  6. teruskan lagi usaha membasmi kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. semoga kemiskinan dpt dibasmi sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. kemiskinan di Sabah memang terus menurun.. ramai sekarang belia2 sabah yang telah berpendidikan dan bakal memecahkan tradisi kemiskinan di negeri ini dalam masa beberapa tahun akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah..apa lagi kalau masalah PATI di Sabah ni segera selesai. pasti kemiskinan mudah dibasmi.

      Delete
  9. jika ada pihak2 yang tidak puas hati dengan kenyataan Datuk Musa Aman ini, tolong sediakan statistik yang boleh dipercayai untuk menyangkal dakwaan datuk Musa..

    ReplyDelete
  10. jika semua projek2 kerajaan dapat dilaksanakan di negeri ini tanpa sebarang bantahan dari pihak pembangkang, saya yakin kemiskinan di negeri ini telah lama pupus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain itu individu sendiri perlu berusaha untuk majukan diri mereka.

      Delete
  11. syabas kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa.. walaupun berhadapan dengan pelbagai bantahan dipihak pembangkang setiap kali ada projek pembangunan ekonomi dilaksanakan, namun semua itu bukan halangan untuk kerajaan terus menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini..

    ReplyDelete
  12. bagaimana pula tahun 2010 hingga 2012, berapa peratus kadar penurunan?

    ReplyDelete
  13. Penurunan kadar kemiskinan 4.5 peratus daripada 24.2 peratus pada 2004 kepada 19.7 peratus pada 2009 adalah satu kemajuan, moga kerajaan teruskan usaha membanteras kemiskinan dalam negeri.

    ReplyDelete
  14. Diharapkan kadar kemiskinan boleh jatuh kepada sifar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika usaha berterusan, kadar kemiskinan pasti akan terus menurun.

      Delete
  15. ini menunjukkan pelbagai program yang dibuat memberikan hasil yang baik.

    ReplyDelete
  16. Isu kemiskinan memerlukan bantuan dan kerjasama semua golongan.

    ReplyDelete
  17. Semoga program membasmi kemiskinan akan berhasil.

    ReplyDelete
  18. Apakah sebab Sabah dalam kemiskinan sedangkan perkembangan industri pembalakan, pertainian, petroleum, gas, pelancongan dll cukup membantu pendapat negeri.

    ReplyDelete
  19. Waiting to know what the latest poverty rate in Sabah.

    ReplyDelete