Monday 17 September 2012

KUASA IMIGRESEN DALAM 20 PERKARA?




Saudara Pengarang,

SEJAK akhir-akhir ini ramai pemimpin politik dan NGO mempersoalkan isu 'Penyalahgunaan Kuasa Imigresen' Ketua Menteri Sabah dan Sawarak yang bertindak menghalang kemasukan rakyat Malaysia dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan menyifatkan tindakan berkenaan tidak demokratik dan mencabul hak asasi manusia.

Ramai yang menyifatkan tindakan berkenaan di luar batas perikemanusiaan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan; malah mencabar Ketua Menteri dari Borneo ini agar menghalang PATI dari memasuki negara ini kalau berani.

Sebagai rakyat Sabah, saya ingin menarik perhatian anda berhubung Autonomi Imigresen yang diperjuangkan rakyat Sabah selama ini. Tanpa siapa menduga dan tidak ramai yang mengetahui bahawa Ketua Menteri di Borneo ini hanya mempunyai 'Locus-Standi' untuk menyekat kemasukan sesiapa sahaja 'Orang Malaya'  yang dianggap boleh memudaratkan pentadbiran negeri; termasuk sekatan memasuki negeri-negeri ini yang dikenakan terhadap pemimpin Parti Pembangkang.

Perlu diingat, Ketua Menteri di Borneo tidak langsung mempunyai kuasa atau diberi kuasa undang-undang untuk menyekat kemasukan atau mempunyai kuasa Imigresen ke atas Warga Asing (termasuk PATI) kerana kuasa ini tertakluk kepada Kerajaan Pusat iaitu Jabatan Imigresen Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya.

Rakyat Sabah yang selama ini hidup aman damai bukan tidak menyukai 'Orang Malaya' yang datang secara beradat dan pulang tanpa mengumpat; tetapi bukan datang ke Sabah atau Sarawak membawa budaya LGBT, demonstrasi atau hasutan kaum dan agitasi agama.

Kami sayang pemimpin dan rakyat kami; tetapi 'Orang Malaya' sentiasa mengintai peluang untuk menjajah kami termasuk mengklonkan warga asing sebagai Pengundi dan Ahli Parti Politik yang membuatkan kami tersisih; dari dulu, kini dan selamanya.

Jika mengikut peraturan, tidak ada siapa boleh menghalang kerajaan Sabah dan Sarawak menguatkuasa pemakaian 'Pasport' dan 'Menghendaki Orang Malaya' Menggunakan Permit Kerja' kerana mereka merampas semua pekerjaan daripada rakyat Sabah yang kini terpaksa berhijrah keluar dari Sabah dan Sarawak.

Mungkin kami boleh bertimbang rasa dengan menutup sebelah mata berhubung peraturan menggunakan pasport dan permit kerja kerana membantu kami dalam sektor kesihatan, perguruan, kepolisan, ketenteraan dan pentadbiran; tetapi kami tidak dapat memejamkan mata kami berhubung isu agehan kek ekonomi, peluang belajar, adab sopan 'Sakai' yang dibawa 'Orang Malaya' ke Sabah sehingga hidup kami berada di dalam dilema.

Oleh itu, kami merayu agar 'Orang Malaya' tidak lagi mempersoalkan beberapa hak istimewa kami yang masih tinggal dan akan terus diperjuangkan sehingga Borneoninasi bukan lagi 'Surah Al-Ikhlas' daripada kami; sebaliknya impian menjadi realiti bagi mentadbir negeri kami mengikut cara dan kehendak kami.

Jangan cuba bermain api dengan membangkitkan isu sensitif seperti Tarian Tradisi, Agama Rasmi, Bahasa dan Budaya kami agar kami tidak perlu lagi kembali di zaman Ngayau ketika majoriti rakyat Sabah 'Celik IT' dan melepaskan kemarahan kami melalui 'Dota' kerana 'Broadband' yang dilambakkan di Sabah adalah 'Sampah Sarap Komunikasi' yang menjadi alat membuat wang rakyat oleh Menteri yang setaraf besi buruk!

Salam Hormat,

KAMAL ISHAK JURIJ

20 comments:

  1. Kita tidak pasti juga apa sebab perkara ini berlaku. Jadi kita tidak patut salahkan pihak lain tanpa ada kepastian lagi.

    ReplyDelete
  2. Jangan cuba bermain api dengan membangkitkan isu sensitif seperti Tarian Tradisi, Agama Rasmi, Bahasa dan Budaya penduduk Sabah. Itu yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saling menghormati perlu bagi memastikan keharmonian terjamin.

      Delete
  3. Isu ni timbul semula sebab baru2 ni 14 anggota PKR yang diketuai Azmin Ali dilarang masuk ke Sabah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan itu saja malah penghinaan dari orang malaya ke atas sabah di laman sosial dan blog yang hangat diperkatakan,...

      Delete
  4. kuasa imigresen ni perlu diberikan sepenuhnya kepada Sabah untuk memudahkan mengurus soal kemasukan PATI di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jabatan imigresen adalah punca kemasukan PATI, ini juga merisaukan jika lebih kuasa akan diberi.

      Delete
  5. berkenaan dengan PATI, kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani masalah ini...diharap RCi akan segera berfungsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerjasama semua pihak perlu bagi atasi isu PATI.

      Delete
  6. Sabah dan Sarawak mmg ada kuasa imigresen dan berhak menyekat sesiapa dari memasuki Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  7. Tentu tindakan menghalang kemasukan Azmi and the gang pasal blog suara pakatan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakn menyekat kemasukan mereka yang boleh memudaratkan Sabah memang patut.

      Delete
  8. Pembangkang dari semenanjung banyak memberi kesan negatif di Sabah

    ReplyDelete
  9. Kemasukan PATI akan menjejas perkembangan ekonomi untuk jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  10. Isu pati adalah isu semua pihak dan golongan. Kerjasama untuk mengatasi isu ini amat diperlukan.

    ReplyDelete
  11. Isu sensitif berkait dengan bangsa dan agama harus dielakkan.

    ReplyDelete
  12. Need to study more whether to give mroe power to Imigration Department.

    ReplyDelete
  13. syabas kepada Kamal kerana tampil memberikan penjelasan secara panjang lebar seperti diatas..

    ReplyDelete
  14. isu penghinaan orang Malaya terhadap sabah juga bermula dari peimpin2 pembangkang.. setiap kali mereka berkempan, tidak akan lari ucapan2 mereka tentang kemiskinan di Sabah dan kedaifan infrastruktur di negeri ini.. kemuncak hasil kempen mereka ini disempurnakan oleh blogger suara pakatan rakyat..

    ReplyDelete