Sunday 23 September 2012

LAWAN FILEM DENGAN FILEM




BERDEMONSTRASI sahaja tidak akan menghalang penerbitan filem anti-Islam seperti Innocence of Muslim pada masa akan datang, sebaliknya pengkarya Islam mesti "melawan seni dengan seni", kata kartunis terkenal Zunar.

Beliau atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque berkata, karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang Barat yang tidak peka dan tidak tertakluk kepada peraturan Islam.

"Bagi orang Islam, berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini malah akan terus menggalakkan penerbitannya," katanya.

"Saya menyeru penerbit/pengarah filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari persepktif Islam sekali gus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat."

Dalam kenyataannya dari Seoul, Korea, Zunar berkata, beliau kesal apabila pemerintah Islam tidak mengambil inisiatif menyediakan dana bagi karyawan Islam menghasilkan karya seni mengenai Nabi Muhammad.

Katanya, karya seni tentang ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.

"Filem terakhir, dalam pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976.

"Pemerintah Islam sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan kroni," katanya.

No comments:

Post a Comment