Monday 10 September 2012

LELAKI SABAH DILARANG KERJA DI SINGAPURA?




Oleh : NELSON BENJAMIN

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dibenarkan bekerja di Singapura kecuali bagi lelaki yang berasal dari Sabah dan Sarawak apabila had umur kelayakan sedia ada dinaikkan kepada 35 tahun.

Peraturan baru itu diperkenalkan sebagai 'Hukuman Pentadbiran' selepas beberapa siri jenayah dan pergaduhan yang melibatkan masyarakat dari Sabah dan Sarawak di republik itu.

Difahamkan beberapa pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan masyarakt Sabah dan Sarawak di Ang Mo Kio Avenue, Kallang dan juga di Geylang pada tahun-tahun kebelakangan ini menyumbang kepada perlaksanaan peraturan ketat itu.

Pekerja baru berumur bawah 35 tahun dihalang memasuki negara berkenaan manakala kumpulan pekerja dalam lingkungan umar tersebut berhadapan masalah tidak boleh memperbaharui permit kerja selepas tamat tempoh.

Presiden Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (GAIU), Sai Malaka berkata, walaupun peraturan itu tidak dibuat secara rasmi oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura, semua permohonan permit kerja oleh lelaki yang berasal dari Sabah dan Sarawak di bawah umur 35 tahun telah ditolak secara automatik.

"Saya merasakan bahawa langkah ini adalah sangat melampau dan diskriminasi terhadap orang Sabah dan Sarawak," katanya.

Tambah Sai, masyarakat Sarawak dan Sabah merupakan pekerja mahir terutamanya dalam sektor minyak dan gas, fabrikasi dan penyelenggaraan kilang.

Katanya lagi sejak peraturan itu berkuatkuasa, ramai rakyat Sarawak dan Sabah yang tidak dibenarkan bekerja di Singapura memilih untuk bekerja di kilang-kilang di Johor, terutamanya di sekitar Pasir Gudang.

"Nasib baik kerajaan membangunkan hab minyak dan gas di Pengerang dekat sini. Projek itu kini menyediakan kerja yang amat diperlukan bagi pekerja-pekerja yang menganggur," katanya kepada The Star pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Teknologi Negeri, M.Asojan berkata beliau menyedari isu berkenaan yang menggesa agar rakyat Sabah dan Sarawak yang tidak dapat bekerja di Singapura agar mencari pekerjaan dalam pelbagai industri di Johor.

29 comments:

  1. Lebih baik rakyat Sabah dan Sarawak yang telah berada di perantau balik ke Sabah dan Sarawak. Guna pengalaman dan kepakaran untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Negara Jepun cepat maju sebab warga Jepun akan kembali ke Jepun untuk berkidmat memajukan Jepun.

    ReplyDelete
  2. Kita tidak boleh membantah peraturan atau undang2 yang dilaksanakan di Singapura sebab tu di luar M'sia.

    ReplyDelete
  3. Kalau begitu terpulang dengan kerajaan mereka sendiri untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Kalau begitu terpaksalah penduduk SAbah dan Sarawak berkerja di Malaysia saja.

    ReplyDelete
  5. Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili has appealed for Singapore to withdraw or review its decision to ban male natives from Sabah and Sarawak below 35 from working in the island republic. Ongkili, who is also Parti Bersatu Sabah deputy president, said the new ruling imposed as an administrative punishment after alleged series of crime and fights involving natives from the two states was unfair as "it punishes everyone for the fault of a few".

    ReplyDelete
  6. Ongkili believed that the crimes and fights involving natives from Sabah and Sarawak are isolated cases or small in number. There could be factors why the fights involved those from Sabah and Sarawak including being provoked by others.Ongkili also noted that most of the problems faced by Sabah native workers working away from home arise from them undergoing pressure due to being cheated by agents, their undesirable working conditions and being under-paid. Ongkili said it was unfair to label all of them as troublemakers when most of them were good workers and law abiding. As such, he urged the Singapore authorities to drop or review the policy decision.

    ReplyDelete
  7. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga sekaligus menutup peluang orang lain untuk cari rezeki di Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg..sya berasa kecewa,sbb x boleh bkerja di sigapura..kira habis graduate dpt cari kerja di singapura..cun2, graduate sya pada tahun 2012..hancur impian sya selama ini

      Delete
  8. Kerajaan Msia juga harus letakkan syarat yang ketat kepada warga luar yang ingin bekerja di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajann malaysia sangat baik ok dengan orang asing trutma di johor..tmpt kerja saya sendiri

      Delete
  9. Kena beringat bila berada di negara orang perlu jaga tingkah laku.

    ReplyDelete
  10. Sampai bilalah agaknya peraturan ni berkuatkuasa?

    ReplyDelete
  11. hnya kerana segelintir bersikap begitu, peluang semua lelaki Sabah bekerja ke Singapura terjejas.

    ReplyDelete
  12. jagalah tingkah laku apabila ke tempat orang.

    ReplyDelete
  13. jika benar la dakwaan kerajaan singapura ini, kenapa tidak keluarkan statistik jenayah sebagai bukti?

    ReplyDelete
  14. seperkara lagi, bukankah negara singapura juga mempunyai polis, pusat tahanan dan mahkamah?? guna saja la institusi itu untuk membendung jenayah, bukannya menyekat kemasukkan pekerja dari Sabah dan Sarawak..

    ReplyDelete
  15. mungkin kerajaan negeri Sabah dan sarawak juga perlu memutuskan kerjasama ekonomi dengan negara singapura jika mereka enggan menarik balik sekatan itu..

    ReplyDelete
  16. NIElah orang kita...
    dah di bagi pluang baik2,,tapi di sia2 kan...tapi
    kes bangla yg bunuh sana sini...sngapore diam2
    kes terbaru..1 KAUm india buat rusuhan...knpa tk sekat je
    warga india masuk....

    ReplyDelete
  17. Bongok btol bdk2 sabah n sarawak nie...ndak da kerja lain ka maw p btumbuk jak hari2...ak maw keja d singpura pown tjejas d sbb kn kbodohan bdk2 yg xmatang cm gini...bodoh...

    ReplyDelete
  18. Betul tu diorang tu memang bodoh tahap babi . Saya pun pernah kerja di singapore dari tahun 2001-2010 .. mau masuk ke Singapore terpaksa tunggu tahun depan baru boleh masuk pasal baru cukup umur... GERAM BETUL LA!!!!@

    ReplyDelete
  19. selamat petang semua. aku baru sahaja sampai di singapura dan mencari kerja di singapura dengan cara walk in interview. tempoh aku di singapura hanya 30 hari sahaja. dalam masa itu, aku ada mendapat beberapa company yang hendak mengambil aku bekerja dengan mereka.

    pertama, aku sudah dapat kerja dengan company ini, TAPI masalahnya worK PERMIT AKU X LULUS.
    KEDUA, company yang lain tawarkan aku bkerja, Tapi masalah nya wokr permit saya x lulus juga. kedua reasan yang sama seperti 'the application was unable to meet one or more of the criteria for this sector'. kalau kedua kali tidak lulus, masih ada chance lagi untuk saya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes saudara sama spt saye , utk pengetahuan saudra hanya bangsa non bumi spt cine dan india sahaja dibenarkan...saya audah korbankan masa dan wang sya...

      Delete
    2. Kes saudara sama spt saye , utk pengetahuan saudra hanya bangsa non bumi spt cine dan india sahaja dibenarkan...saya audah korbankan masa dan wang sya...

      Delete
  20. adakah sebab orang iban di banned untuk bekerja di singapura??

    ReplyDelete
  21. sy orang sarawak dan orang iban yg bekerja sudah 2 tahun di singapura. Baru-baru ni renew pass tak ada masalah pun, tapi ada dengar sekarang terlalu ramai pekerja malaysia di singapura, mungkin sebab itu permohonan baru susah untuk diluluskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact saya tak?
      Sy nak tahu pasal awak boleh lulus mybe ade some criteria yang diperlukan

      Delete
  22. Mak bapak org smnanjung tp aku lahir sabah sbb bapak aku askar service kt sna..xmaustatin pon kt sne. xdpt nk wat workpass sbb surat branak ,pasport kelahiran sana..apakah???

    ReplyDelete