Sunday 16 September 2012

MAMPUKAH IBRAHIM GUGAT UMNO DI LABUAN?



HEBAT......Mampukah Ibrahim Menudin (kiri), James Tsai (tengah) dan Datuk Douglas Lind menguburkan UMNO di Labuan? Ibrahim perlu ingat bahawa politik bukanlah politeknik kerana boleh mengajar, sebaliknya akan diajar rakyat jika gagal menonjolkan diri pada PRU akan datang.


Oleh : AWANGKU HALIM PG TENGAH

PENYERTAAN Mantan Bendahari Badan Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin bersama dua orang peguam ternama di Sabah, James Tsai dan Datuk Douglas Lind ke dalam PKR kelmarin bukan sahaja dilihat sebagai gelombang yang mungkin mampu menenggelamkan kesombongan UMNO; malah turut menguburkan PAS di Pulau Bebas Cukai berkenaan.

Pada pilihanraya umum 2008, kerusi Parlimen berkenaan ditandingi PAS, tetapi dengan kemasukan Ibrahim Menudin, PAS pasti akan menggigit jari kerana sudah pastinya kerusi berkenaan akan beralih kepada PKR yang mula mengukuhkan kubunya selepas PRU-12.

Ramai pemerhati politik Sabah berpendapat Ibrahim Menudin sebagai 'Underdog' kerana tidak mempunyai pengaruh di Labuan; malah penyertaan dua peguam berkenaan tidak memberikan sebarang impak atau mampu mengurangkan kekuatan UMNO dan BN yang bersetinggan sementara waktu menyokong 'Ahli Parlimen Bankrap'; namun kekuatan pengundi masih berpaksikan kepada Ketua UMNO Labuan yang digantung jawatannya oleh 'Mahkamah Kangaroo', Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Penyertaan Ibrahim hanya mendapat sindirin sinis kerana kewujudnyanya di Sabah sebagai 'Golongan Elit' atau 'Kera Sumbang' dalam UMNO yang tidak mempunyai 'Akar Umbi'; tidak sehebat Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Okin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing.

Anwar nampaknya terus melakukan kesilapan demi kesilapan kerana setelah Lajim dan Bumburing kini tidak ubah seperti 'Pengacau' dalam Pakatan Rakyat kerana masih 'tinggal di Rumah Hantu' di luar Pakatan Rakyat (tidak menyertai salah satu Gabungan PR); kemasukan Ibrahim menyebabkan pengundi tegar UMNO kembali bersatu di dalam UMNO; apatah lagi kerana hampir pasti BN akan menurunkan kembali Suhaili yang masih mempunyai akar umbi di Labuan, tetapi hanya setelah Tengku Adnan disingkirkan sebagai Setiausaha Agung UMNO dalam waktu terdekat.

Kelmarin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan penyertaan Ibrahim ke dalam PKR tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut kerana perkara itu adalah asam garam dalam politik.

Jelas Shafie yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita, penyertaan Ibrahim ke dalam PKR itu juga merupakan bukti kebebasan amalan demokrasi di negara ini dan turut melihat Ibrahim bukan ancaman kepada BN jika beliau bertanding di Parlimen Labuan dalam pilihan raya akan datang.


Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di  Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri termasuk Kelantan di semenanjung.

Penyelamat BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini. Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi.

Ibrahim yang sebelum ini diwar-warkan sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo; sudah pastinya kehilangan semua jawatannya; sama taraf dengan Pengerusi DAP Labuan, Lau Seng Kiat?

Walaupun Ibrahim juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura, Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007; namun semua ini tidak akan menyumbang kerusi buat Pakatan Rakyat menewaskan UMNO di Labuan kerana 'Pengundi Tegar' masih daripada kalangan warganegara asing yang mendapat kerakyatan segera.

Mengikut rekod, Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979. Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.

Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009.

Namun dalam politik, terutama politik 'Kepulauan' yang tertutup di Labuan, penyertaan Ibrahim hanyalah membuang masa dan tenaga PKR atau PR yang sepatutnya menumpukan perhatian di Semenanjung Malaysia kerana BN masih kuat di Sabah dan Labuan berbanding di Malaya.

20 comments:

  1. Gugat UMNO rasanya tidak juga. Hanya setakat menyertai parti PR tidak akan menggugat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat usaha PR di Sabah dan Sarawak sememangnya cuba untuk menawan kedua negeri ini. Kerana mereka tahu jika Sabah dan Sarawak jatuh ketangan mereka maka kerajaan akan menjadi milik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekuatan yang ada pada PR sekarang masih belum boleh menandingi BN.

      Delete
    2. Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. bukan mudah nak tewas kan Bn di Sabah.

      Delete
  3. Tunggulah PRU nanti. kita akan tahu sejauhmana keupayaan Ibrahim.

    ReplyDelete
  4. PR patut fokus di semenanjung bukan sabah dan sarawak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkemungkinan PRu13 adalah tsunami politik di Sabah>?

      Delete
    2. Mungkin PR akan mencapai kemenangan yang tidak terjangka?

      Delete
  5. ibrahim tidak akan memberikan ancaman kepada BN sabah di labuan...

    ReplyDelete
  6. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    ReplyDelete
  7. Belum cuba tapi sudah tahu. BN Labuan tidak tergugat.

    ReplyDelete
  8. Not sure who the people support in labuan.

    ReplyDelete
  9. BN juga tergugat selepas lompat parti ahli UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami menantikan macam mana BN menentang pembangkang selepas kehilangan ahli yang berbakat dan pengalaman di UMNO.

      Delete
  10. Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

    Who can ensure these? The people mind are hardly to predict. May be majority of them will jump party?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah tidak lagi kubu UMNO sebab rakyat sudah sedar dan bijak menilai.

      Delete
  11. hancurlah rakyat Labuan jika memilih katak untuk mewakili suara mereka di parlimen..

    ReplyDelete
  12. kenapa timbul isu PKR dan PAS di Labuan? kedua2 parti ini mahu meletakkan calon?? apa guna duduk bawah payung yang sama jika tidak ada kesefahaman?

    ReplyDelete