Thursday 20 September 2012

MAMPUKAH PR TUMPASKAN BN DITENOM?






Oleh : MAIL MATHEW

TENOM: Bahang Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh negara, terutamanya di kawasan Dun Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke tangan mereka selepas PRU-13.

Pembangkang beralasan bahawa rakyat di kawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12 (Tahun 2008).

Antara janji pembangunan yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian Sabah (TPS) Lagud Seberang.

Malahan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan berbagai tuduhan dilemparkan.

Bagaimana pun taktik politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat bertahan lama untuk menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya (sebelum PRU-13) kerajaan BN mampu menunaikan janji-janji tertunggak mereka satu demi satu dalam masa terdekat ini.

Pembinaan pekan kecil Melalap yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung majlis pecah tanah yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada September 29, sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut manakala jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor boleh dimulakan pelaksanaannya pada bila bila masa.

Tamparan demi tamparan terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk SDC yang baru sahaja Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika merasmikan persidangan tahunan PBS Dun Melalap beberapa bulan lalu dekat sini bahawa SDC akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, gagasan pembangkang di kawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13 kerana masing-masing menjadi juara; dijangka menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.

Lebih parah lagi, apabila pergolakan dalaman SAPP di kawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3 pemimpin bahagian dan beberapa lagi pemimpin di peringkat cawangan telah mengumumkan perletakkan jawatan masing-masing pada beberapa hari lalu menjadikan fungsi bahagian itu kini semakin goyah.

Manakala PKR juga mengalami masalah yang sama ibarat “Tarian selalu sumbang” selepas kehadiran kumpulan NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR kerana kehadiran NGO itu difahamkan tidak melalui kepimpinan Cabang PKR Tenom yang dipimpin Datuk Halik Zaman.

Kekukuhan dan kesepakatan BN Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom (merangkumi Dun Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 di bawah teraju Pengerusinya Datuk Rubin Balang.

Tidak dapat disangkal kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru-baru ini.

Senario politik di Tenom yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika ini mungkin berbeza dengan kawasan lain kerana beberapa ramalan yang datangnya dari luar sebelum ini banyak memihak kepada pembangkang.

Namun harapan ramalan itu banyak bergantung kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh pembangkang yang harus memenuhi kriteria yang dikehendaki para pengundi yang mana rata-rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.

Sebaliknya, begitu jugalah keadaannya dengan BN, selain janji -janji pembangunan yang tertunggak perlu ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang banyak berkisar kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian sebagai 'Winnable Candidate' sepertimana yang disyaratkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Konklusinya, rakyat di kawasan ini pada keseluruhannya, masih mempunyai deria yang tinggi untuk menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN memimpin kerajaan sebelum ini.

BN masih diletakkan mereka sebagai pilihan tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN sekadar ibarat 'melepaskan batuk di tangga' terhadap syarat-syarat yang diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula sistem kerajaan sebelum PRU-13.

27 comments:

  1. Dapat itu mungkin ada juga. Tapi bukan semudah yang disangkakan oleh PR. Tapi rasanya masih jauh untuk PR menawan Tenom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with you hafinA A... not easy for PR to win in Tenom... but then again we have to wait for PRU13.

      Delete
    2. bergantung juga dengan undian penduduknya. dalam politik, apa2 saja boleh berlaku.

      Delete
    3. It's hard to know actually. Because votes can be manipulated in so many ways.

      Delete
  2. Jangan biarkan PR menghantui fikiran rakyat dengan tipu muslihat. Kerajaan perlu menepis semua tipu yang direka oleh PR ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mudah percaya dgn tipu helah PR.

      Delete
    2. Pakatan is near in jeopardy. Why? Wait and see.

      Delete
    3. PR semakin matang dan berpeluang cerah memenangi lebih banyak kerusi.

      Delete
  3. Tambahan lagi sekarang ini BN terus kekal mendapat sambutan daripada rakyat. Ini akan menyukarkan lagi PR untuk menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parti di luar kerajaan/BN pun makin banyak. pastinya ini turut memberi kelebihan pada BN bila tidak wujud kerjasama sesama mereka.

      Delete
    2. No chance for PR in Sabah! Though Lajim and Bumburing are there, won't change too much.

      Delete
  4. Semua pihak BN perlulah bersatu jika inginkan kekuatan dan kekukuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn bersatu parti akan kukuh.

      Delete
    2. Selalulah turun padang untuk lihat masalah rakyat dan beri bantuan pada mereka.

      Delete
    3. True.BN spirit should be practiced.

      Delete
    4. Parti komponen harus sebulat suara dan memperjuangkan misi yang sama.

      Delete
  5. BN had undertaken various approaches to make the younger generation understand the real situation in the country so that they would not be easily influenced by the opposition.

    ReplyDelete
    Replies
    1. both sides however have important roles to play. the younger generation is not the same as 20 years ago, they are more mature and exposed to political issues. BN have executed proper ways and steps in explaining the actual situation to the younger generations. PR on the other hand have created a web of confusion which ultimately have gone out of hand.

      Delete
    2. And education is important somehow. Never expose too much in politics or you have to bear the consequences.

      Delete
  6. the web of confusion created by the PR at a glance is somehow fueled by vengeance and personal vendetta. that is not healthy for the minds of the younger generation. its best to avoid these things.

    ReplyDelete
  7. BN masih parti kuat walaupun ada juga beberapa ahli penting keluar parti.

    ReplyDelete
  8. Pembangkang patut kerja sama untuk memperkuangkan misi yang sama. Perpecahan inimemanfaatkan BN.

    ReplyDelete
  9. jangankan Tenom, semua kerusi di sabah belum tentu PR boleh menang..

    ReplyDelete
  10. jika PR kuat, Anwar tidak akan menggunakan khidmat "katak" untuk menarik sokongan di negeri ini..

    ReplyDelete
  11. isu paling kontroversi sekarang yang mungkin boleh menjejaskan sokongan Pakatan Rakyat ialah, penghinaan terhadap budaya kaum KDM dan kegagalan air percuma Pakatan di selangor..

    ReplyDelete