Saturday 8 September 2012

MAMPUKAH STAR GANTI PBS?




Saudara Pengarang,

PARTI Bersatu Sabah ditubuhkan pada 5 Mac 1985 oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan, seorang Huguan Siou KDM. Selama sembilan tahun PBS memerintah, Sabah telah dipinggirkan dan diasingkan oleh Kuala Lumpur setelah menikam Kerajaan Persekutuan dari belakang.

Pada perkiraan Datuk Pairin dan pemimpin kanan PBS pada masa itu, dengan berdiri belakang Gagasan Rakyat (Semangat 46) Pimpinan Tengku Razaliegh itu adalah tindakan tepat; tetapi mereka silap membuat perhitungan.

Apabila BN kembali berkuasa dan mengenepikan Gagasan Rakyat itu, maka bermulalah era kegelapan Sabah masa itu kerana sebagai pembangkang,PBS menerima pelbagai tekanan dan kekangan politik.

Datuk Pairin selaku Ketua Menteri Sabah pada waktu itu ditahan di dalam satu sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke pejabatnya di Teluk Likas, di bawah tuduhan rasuah.

Belum pernah terjadi dalam sejarah seorang Ketua Menteri Sabah dilayan sebegitu teruk. Namun pada masa itu, majoriti rakyat bersimpati dengan PBS dan Datuk Pairin.

Walau apa pun terjadi ketika itu, rakyat Sabah berada di belakang PBS. Tetapi itu sejarah 20 tahun lalu. Kini setelah PBS kembali ke pangkuan BN dengan menduduki dua jawatan Timbalan Ketua Menteri; suatu kedudukan yang sangat dicemburui oleh parti komponen BN Sabah.

Tetapi adakah pandangan PBS itu didengar oleh 'Taiko BN' iaitu UMNO, rasa-rasanya tidak kerana rata-ratanya rakyat Sabah merasakan pemimpin PBS sekarang telah berubah.

Sejak berada dalam keluarga BN, kelantangan suara vokal mereka telah menjadi kecil dan lama-kelamaan pudar dari bumi Sabah. Tiada lagi suara-suara menegur  kerajaan demi kebaikan bersama.

Jika sebelum ini pemimpin-pemimpin seperti Datuk Yee Moh Chai, Datuk Maximus dan Datuk Radin Malleh itu sebegitu lantang, tetapi sekarang, suara mereka telah lenyap terus.

Senario ini tidak menghairankan kita kerana mereka kita berada di pihak kerajaan dan adalah tidak mungkin melawan arus. Namun persoalannya, adakah PBS, masih relavan lagi sekarang, jika dibandingkan 20 tahun yang lalu?

Jawapan itu hanya akan terjawab pada PRU 13 nanti kerana survival politik PBS akan ditentukan di PRU 13 ini, sama ada dipadamkan terus dari bumi Sabah yang kini dibanjiri 'PILAKS" atau tetap utuh disayangi rakyat Sabah yang kini menjadi minoriti.

Mungkin agak menghairankan apabila Parti STAR Sabah mendakwa mereka mempunyai 200,000 orang ahli iaitu satu angka yang mengejutkan kerana dalam masa 7 bulan sahaja mereka mampu mendapat ahli seramai itu.

Untuk mengumpul 200,000 ahli, bukannya mudah dan kita percaya sebab utama mereka menyertai STAR kerana tidak puas hati dengan BN, serta mendokong cita-cita dan falsafah STAR dengan Borneo Agenda mereka.

Senario ini sememangnya membimbangkan Pimimpin PBS. Oleh itu, tidak hairan jika kita lihat meriam dan peluru berpandu PBS itu sentiasa dihalakan ke kepala Dr Jeffery kitingan. PBS sangat bimbang dengan faktor Agenda Borneo Dr Jeffery ini telah meracuni sebahagian besar rakyat dan sudah tentunya membahayakan PBS dan Pairin.

Persoalannya, adakah rakyat Sabah sudah menemui pengganti suara-suara lantang PBS? Adakah tanda-tanda STAR  akan muncul sebagai pengganti PBS? Sama-sama lah kita tunggu jawapannya dalam PRU 13 nanti.
Salam Hormat ,

MOHD DANIAL ADULLAH

38 comments:

  1. Kalau cerita mengenai perkara ini rasanya bukan satu perkara yang mudah. Tambahan lagi STAR hanyalah parti baru di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAR masih baru dan tahap pencapaiannya masih sifar

      Delete
    2. Star sendri tak diterima di Sarawak, apa lagi di Sabah.

      Delete
    3. STAR ganti PBS??tidak mungkin lagipun Star juga sebenarnya parti import dan bukan parti tempatan.

      Delete
    4. Star hanyalah satu parti nyamuk di Sarawak sebelum Jeffery memperkenalkannya di Sabah.

      Delete
    5. Lagipun Star dipimpin oleh Raja Katak, sama ada rakyat yakin atau tidak kita tunggulah PRU-13.

      Delete
    6. Ini juga terpulang kepada rakyat yang mengundi.

      Delete
  2. Kalau kita lihat pun PBS dan STAR kedua-dua presiden adalah adik beradik. Jadi mungkin ini sukar sikit untuk ditentukan siapa yang akan menang. Kalau nasihat orang tua-tua dahulu, jangan lawan cakap abang nanti ketulahan. Jadi JK(STAR) jangan lawan cakap Pairin K(PBS) nanti berdosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama Pairin dan Jeffrey bersaing, pasti ia akan memihak kepada Pairin, sukar jeffrey nak kalah Pairin.

      Delete
    2. tuah JK hanya bila berada bersama2 dengan abangnya, Pairin.

      Delete
    3. Saya masih lagi sokong Datuk Pairin Kitingan, tindakan Jeffrey Kitingan lompat parti menyebabkan aku rasa kurang yakin.

      Delete
    4. PBS tidak mudah digantikan kerana masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat tempatan.

      Delete
  3. Star baru saja ditubuhkan manakala PBS adalha sebuah parti yang kukuh dan sudah lama berada dalam dunia politik. Persoalannya bukan Star mampu atau tidak tapi adakah JK mampu bertahan dalam Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Star pun dipimpin JK yang dikenali raja katak.

      Delete
    2. kalau Star dapat mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan kemungkinan besar JK akan bertahan tapi kalau sebaliknya, faham2lah pemimpin seperti JK.

      Delete
    3. Star dari awal lagi merancang strategi untuk perlawanan 1 ke 1, tetapi sehingga sekarang strategi tersebut masih belum direalisasikan.

      Delete
  4. Patri Bersatu Sabah (PBS), which was established about 27 years ago, consistent in fighting for the rights and interests of the people of Sabah, said its president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

    ReplyDelete
  5. He said despite many challenges that had to be encountered in national politics during this period, but Seech PBS with perseverance, confidence and strength.

    ReplyDelete
  6. Pairin, who is also the Deputy Chief Minister said that success is the result of the continued support of the people and party leaders at all levels, including members of the supreme council, heads of departments and grassroots leaders.

    ReplyDelete
  7. When reminiscent of the history and intricacies of PBS's struggle, I was really overwhelmed by the support of the people and leaders of the party that has become so strong to fight for the fate together people of Sabah.

    ReplyDelete
  8. Pairin expressed his gratitude for the support of the people support and call for a renewal in their determination to continue serving the people and the state for the good of all.

    ReplyDelete
  9. Pairin hoped that the people, especially young people an insight into the history of the struggle PBS especially the party's involvement in safeguarding the people of Sabah including Kadazandusun community.

    ReplyDelete
  10. PBS is the earliest in the state party of championing issues related to illegal immigration problem (PTI) in Sabah and consistency in raising the issue in each annual general meeting, including proposed the establishment of the Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the inclusion of PTI since the party the established nearly three decades ago.

    ReplyDelete
  11. Struggle for 27 years has finally come to fruition when the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the establishment of RCI and its terms last week, which was well received by the people of Sabah and seen as the best solution to the endless problems.

    ReplyDelete
  12. Previously, Pairin asked law enforcement agencies to improve surveillance to tackle the problem of illegal immigrants in Sabah and completed by 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu PATI harus ditanggani dengan cepat dan berkesan.

      Delete
  13. PBS led by Pairin also play an important role in realizing the establishment of Kadazandusun College (College KDM) in the state as announced by the Prime Minister during his visit to Tambunan, in the interior of Sabah, earlier this year.

    ReplyDelete
  14. Proposed establishment of the college was made by the Society of Welfare and Education Kadazandusun and Murut Sabah (Pekadin).

    ReplyDelete
  15. Parti Bersatu Sabah (PBS) remains relevant to the Chinese community as proven by the increase in new membership received from them.

    Bandar Keningau PBS branch chairman Johny Anthony Kadau said the increase in Chinese support for the party is mainly attributed to its multi-racialism concept, its genuiness and consistency in its causes.

    ReplyDelete
  16. Parti Bersatu Sabah (PBS) vice-president Datuk Herbert Timbun Lagadan said the people of Sabah should be wise in evaluating the history and background of the head of the opposition pact, Datuk Seri Anwar Ibrahim who had made many promises which were never fulfilled. Herbert, who is also the Kadamaian PBS division head, said Anwar had not only failed to fulfill the 100 days to develop Sabah made previously, but also a 'two-faced' leader who was prepared to do anything merely to achieve his agenda to gain power.

    ReplyDelete
  17. jangan perasan la Jeffrey.. cuba la dia lawan pairin dulu baru tahu Star boleh ganti PBS atau tidak..

    ReplyDelete
  18. baik Jeffrey lihat balik PRK Batu Sapi untuk mengukur kekuatan PBS.. calaon PBS hanya seorang suri rumah yang tidak popular mampu menumbangkan 2 gergasi dalam politik, malah salah seorang dari calon pembangkang adalah bekas KM Sabah..

    ReplyDelete
  19. sehingga hari ini sejak Star sabah ditubuhkan, pemimpin2 Star jarang sekali turun padang menyelesaikan atau mendengar masalah rakyat.. pemimpin2 mereka hanya tahu bercakap2 dimedia mengulas isu2 yang boleh dikontroversikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Star merupakan parti yang tidak diterima di Sarawak dan kini cuba nasib di Sabah.

      Delete
  20. PBS merupakan parti yang banyak berjasa dan berpengaruh.

    ReplyDelete
  21. STAR masih baru di Sabah, rakyat masih tidak percaya sangat dengan perjuangannya.

    ReplyDelete
  22. Nama Jeffrey juga kurang baik sebab selalu lompat parti.

    ReplyDelete
  23. Bukannya nak ganti dan dia boleh ganti, semua terpulang kepada rakyat untuk menentukannya.

    ReplyDelete