Sunday 23 September 2012

MAYAT DITEMUI DI LADANG SAWIT




KUNAK: Mayat seorang lelaki, berumur lingkungan 50-an, dipercayai dibunuh, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit, berhampiran SMK Kunak, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M.Radzali Mahmud berkata mayat berkenaan ditemui orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 8.00.

"Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat itu. Pihak polis kemudian menemui mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh", katanya di sini, Sabtu.

Menurut M.Radzali polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan dan sepasukan anggota forensik dari Kota Kinabalu telah berada di lokasi hari ini untuk mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya tampil membantu siasatan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment