Thursday 20 September 2012

MENGISI JIWA YANG MERDEKA




KOMPUTER...... Azizah menyampaikan sumbangan komputer kepada Asliari untuk kegunaan SMK Beaufort.

BEAUFORT: Rakyat negara ini perlu mempunyai jiwa yang merdeka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan sebaiknya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tanpa jiwa yang merdeka kesedaran untuk mengisi kemerdekaan akan terabai.

“Mengisi kemerdekaan tidak harus dipandang mudah. Untuk mengisi dengan sebaiknya kita perlu mempunyai jiwa yang merdeka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Kemerdekaan, Hari Raya dan hari Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort.

Hadir sama wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, Rashid Ramli, Pengetua SMK Beaufort, Asliari Tamit dan Yang Dipertua PIBG, Yunus Abd Rajah.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias mengajak rakyat untuk sama-sama mempertahankan kemerdekaan bagi memastikan kemakmuran dan pembangunan negara dapat terus dinikmati oleh generasi masa depan.

“Dahulu sebelum merdeka, kita miskin tetapi hari ini, dalam sebuah negara yang merdeka hasil perjuangan pemimpin terdahulu keadaan sudah jauh berubah. Kini kita dapat menyatakan kepada pemimpin dan kerajaan tentang keperluan kita.

"Justeru itu, marilah kita sama-sama memastikan kemerdekaan tidak terganggu samada dari anasir luar atau dalam kerana kini terdapat anasir yang mahu menghancurkan negara,” katanya sambil mengingatkan perjuangan mempertahankan kemerdekaan mesti diteruskan oleh generasi muda.

Beliau turut berharap agar rakyat negara menghargai dan berbangga kerana mempunyai kerajaan dan pemimpin yang baik dan dikenali oleh negara luar.

“Marilah kita berbangga dengan apa yang kita miliki, Negara kita sebuah negara yang dihormati kerana pemimpin kita adalah negarawan yang terkenal,” katanya.

Pada majlis yang diserikan dengan persembahan koir lagu patriotik itu, Azizah menyampaikan sumbangan set komputer kepada Asliari bagi pihak sekolah.

8 comments:

  1. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanamkan cinta akan Negara kita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pula minda yang dijajah sekarang hingga melunturkan semangat cintakan negara.

      Delete
  2. Kita juga perlulah memastikan kemerdekaan tidak terganggu samada dari anasir luar atau dalam yang cuba membuat huru hara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anasir dalaman pun sudah jelas kelihatan ketika ni yang mahu pecahkan perpaduan rakyat.

      Delete
  3. be patriotic, love your own country.

    ReplyDelete
  4. sematkan semangat kemerdekaan dalam jiwa.

    ReplyDelete
  5. kemerdekaan kita harus
    pertahankan.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada azizah.. sambil2 turun padang mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat, sempat juga hulurkan sumbangan..

    ReplyDelete