Saturday 1 September 2012

MERDEKA, NAJIB TERIMA 3.6 JUTA TWEET




KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa," katanya.

Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam ini.

Beliau berkata pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 Sept ini.

Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter. (Bernama)

No comments:

Post a Comment