Thursday 20 September 2012

MICHAEL ASANG PERTAHAN DUN LABUK




TELUPID : Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Selasa mengumumkan Datuk Michael Asang bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ia diumumkan oleh Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan ketika merasmikan mesyuarat agung PBS Bahagian Labuk di sini, pada Selasa.

"Saya menyokong penuh Michael bertanding semula di DUN Labuk bagi meneruskan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat di kawasan itu. Sejak menjadi wakil rakyat, beliau adalah pemimpin baik, rajin turun padang dan prihatin dengan rakyat," katanya.

Michael, 65, telah menjadi wakil rakyat Labuk untuk penggal ketiga sejak Mac 1999. (Bernama)

No comments:

Post a Comment