Sunday 9 September 2012

MUNDU, BUKAN LAGI JADI KEBIMBANGAN




Oleh : NASHIR MANSOR

TAWAU : Lebih sedekad lalu, nelayan di pesisir pantai Timur Sabah sering gusar tidur malam kerana bimbang lanun menyerang kampung mereka tanpa mengira masa.

Kini, kehadiran pelbagai agensi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah terutama di kepulauan berhampiran Tawau, Semporna dan Kunak memberi kesan positif dari segi psikologi, sosial dan ekonomi kepada penduduk kawasan pantai.

Menurut mereka, pembentukan Operasi Padanan dan Pulau Sipadan Resort atau Ops Pasir pada tahun 2000 selepas peristiwa penculikan di Pulau Sipadan pada 23 April 2000 oleh kumpulan Abu Sayyaf, benar-benar melegakan terutama daripada aspek keselamatan harian mereka.

Ops Pasir berkenaan membabitkan 19 pulau dan 21 penempatan anggota tentera di Sektor Utara yang meliputi kawasan perairan Kudat hingga ke perairan Sandakan manakala Sektor Selatan pula dari perairan Sandakan hingga ke Tawau.

"Berdasarkan cerita datuk nenek kami, aspek keselamatan masa dahulu amat menakutkan. Dulu tidak ada pos tentera di pulau-pulau. Ini memberi kebebasan kepada lanun datang ke Semporna.

"Apa yang kami lihat pada hari ini, pulau-pulau Malaysia berhampiran perairan Filipina dan Indonesia di sini telah dikawal dengan wujudnya kem-kem tentera serta pos-pos tentera di pulau-pulau. Syukur Alhamdulillah, tidak ada lagi berita mengenai kita terdedah dengan keganasan," kata Hadma Haji Indanan, 36, dari Pulau Bum Bum.

Hadma yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Look Butun, Pulau Bum Bum, berkata pada masa ini tidak ada lagi perasaan takut atau rasa tidak selesa di kalangan penduduk pulau-pulau di Semporna daripada ancaman keselamatan termasuk lanun.

Katanya berbanding dahulu, penduduk yang kebanyakannya petani dan nelayan sering merasa gusar untuk tidur malam kerana takut dengan gangguan atau serangan lanun atau "mundu" yang datang tidak mengira masa dan hari.

Menurut Hadma, bapa saudaranya sendiri pernah menjadi mangsa serangan lanun suatu ketika dahulu ketika keluar menangkap ikan di laut pada waktu siang. Akibat rompakan itu, kesemua peralatan menangkap ikan mereka termasuk perahu dirampas.

Bagaimanapun, bapa saudaranya bernasib baik kerana tidak diapa-apakan namun dipaksa terjun ke laut dan berenang ke kawasan pantai berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya pada ketika itu ancaman lanun merupakan fenomena biasa namun penduduk Semporna yang menjadikan nelayan sebagai sumber ekonomi utama untuk menyara keluarga tidak mempunyai pilihan selain turun ke laut meskipun mengetahui risiko ancaman lanun itu.

"Kampung Look Butun ini sebenarnya pengeluar rumpai laut dan rumpai laut ini ditanam di laut. Sekiranya penduduk di sini masih takut dengan lanun sudah tentu Sabah hari ini tidak menjadi mengeluarkan rumpai laut utama negara. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini kita masih menanam rumpai laut tanpa gangguan.

Majarahah Selamat, 50, seorang nelayan juga dari Look Butun berkata keadaan keselamatan perairan Semporna dahulu berbanding sekarang memang jauh berbeza kerana pada hari ini sudah menjadi perkara biasa nelayan terserempak dengan pelbagai agensi penguatkuasa maritim seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia ketika mereka turun ke laut.

"Pada masa ini, sudah ramai nelayan pergi menangkap ikan di kawasan laut dalam. Dahulu tidak banyak bot nelayan berani ke kawasan laut dalam sebaliknya cuma tertumpu di kawasan berhampiran pantai kerana takutkan ancaman lanun," kata Majarahah yang turut terlibat dalam industri penanaman rumpai laut.

Menurut Majarahah, beliau sudah terlibat dalam industri penanaman rumpai laut sejak kira-kira 20 tahun lalu dan sehingga ke hari ini dia masih terus mengusahakan punca rezekinya itu untuk menampung keperluan keluarga tanpa rasa takut dengan ancaman lanun.

Haji Atee Sahak,60-an, nelayan dari Beluran dalam kawasan residensi Sandakan yang bergiat menangkap udang sejak tahun 1970-an turut mengakui pemantauan aspek keselamatan di kawasan perairan Sandakan sudah jauh berubah berbanding zaman awal penglibatannya dalam industri perikanan.

Beliau yang mewarisi bot ayahnya berkata kalau dahulu perasaan takut untuk turun ke laut memang ada namun pada hari ini perasaan itu sudah tidak ada lagi kerana pihak berkuasa seperti APMM kerap membuat rondaan di kawasan itu.

"Syukur Alhamdulillah, setakat ini kami belum pernah menghadapi sebarang gangguan ketika menjalankan aktiviti menangkap udang di kawasan perairan Beluran," katanya.

Bagaimanapun, Atee berharap pihak berkuasa meningkatkan pemantauan terhadap pencerobohan nelayan tempatan dari daerah lain ke perairan Beluran terutama pada waktu malam kerana ia menjejaskan sumber tangkapan dan pendapatan nelayan di kawasannya.

"Saya juga berharap kegiatan mencuri injin bot sangkut milik nelayan di sini dapat dibanteras pihak berkuasa. Dahulu, nelayan di sini hanya membiarkan injin sangkut mereka semalaman di bot ketika balik dari laut namun hari ini injin mesti bawa balik ke rumah bagi mengelak ia dicuri," katanya.

Haji Muhamad Emmu, 51, nelayan dari Lahad Datu yang terlibat dalam industri perikanan hampir 30 tahun lalu di perairan daerah itu berkata dia begitu bebas menjalankan aktiviti hariannya di kawasan perairan Lahad Datu tanpa gangguan sesiapa termasuk daripada penjenayah di laut.

"Saya menjadi nelayan di Lahad Datu sejak tahun 1983. Saya tidak pernah merasa takut untuk turun ke laut mencari rezeki yang halal sebab anggota APMM sentiasa membuat rondaan termasuk pada waktu malam. Saya juga biasa terserempak pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia semasa menangkap ikan. Syukur Alhamdulillah," katanya.

Muhamad mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan suasana aman di laut berkenaan sehingga membolehkan nelayan di kawasan pantai timur Sabah menjalankan aktiviti di laut tanpa gangguan.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish ketika menghadiri majlis berbuka puasa dengan anggota APMM di Sandakan pada Ogos lalu berkata APMM sudah mengenal pasti laluan yang digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki perairan Sabah termasuk di kawasan pantai timur dan agensi itu akan terus melakukan kawalan ketat bagi mengekang kemasukan PATI ke negara ini serta kesalahan maritim lain seperti penyeludupan.

Katanya sehingga Ogos tahun ini, 1,412 tangkapan dibuat di Sabah termasuk di kawasan pantai timur negeri itu merangkumi kesalahan di bawah Akta Imigresen, Kastam, Akta Kawalan Bekalan Barangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Perkapalan Saudagar (MSO) dan perikanan.

"Operasi APMM akan terus dipertingkatkan terutama bagi mengekang penyeludupan barang mentah seperti minyak masak dan gula (bersubsidi) ke negara jiran untuk dijual dengan harga lebih mahal daripada harga subsidi yang diberikan kerajaan," kata Mohd Amdan.

Menurut statistik tangkapan yang dikeluarkan APMM Tawau kepada Bernama, APMM menjalankan 1,683 pemeriksaan di kawasan perairan Tawau dan Semporna antara Januari hingga Ogos tahun ini dan hasilnya sebanyak 28 kes tangkapan dibuat merangkumi kesalahan mengikut Akta Imigresen, Kastam, MSO, KPDNKK dan Perikanan.

Daripada 28 kes yang disiasat, kesalahan Imigresen merekodkan jumlah tertinggi iaitu 12 kes, diikuti kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan Barangan KPDNKK (8), MSO (5), Kastam (2) dan Perikanan (satu).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata langkah kawalan keselamatan di kawasan perairan pantai timur khususnya Semporna hari ini banyak peningkatannya berbanding masa lalu ekoran langkah-langkah positif yang diambil pihak kerajaan.

"Di Semporna ini, balai polis sudah ditingkatkan keupayaannya. Dahulu daif, kini bukan sahaja bangunannya (tersergam indah) malah anggotanya kini bukan sahaja ditempatkan di merata-rata tempat di darat malah di pesisir pantai dan pulau-pulau.

"Masa saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan dahulu, kita bina pangkalan tentera laut (Sri Semporna) yang menelan kos kira-kira RM190 juta di sini. Jadi, kalau ada pihak kata kita tidak jaga (kawasan perairan pantai timur Sabah) itu adalah tidak benar," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna menegaskan penduduk Semporna terutama pemimpin masyarakat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Ketua Kampung perlu turut serta memainkan peranan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan negara.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang melawat Semporna pada Oktober tahun lalu berkata statistik kehadiran pelancong ke Semporna menunjukkan ia meningkat setiap tahun kerana daya tarikan kira-kira 80 buah pulaunya yang terkenal dengan aktiviti selaman.

Katanya tahun 2010 sahaja, lebih 40,000 pelancong melawat Semporna yang kebanyakannya datang untuk aktiviti selaman dan jumlah itu menyumbang kira-kira RM190 juta kepada ekonomi negara. (Bernama)

36 comments:

  1. Keselamatan para nelayan perlu diambil perhatian juga. Bagus kalau kerajaan tahu apa yang patut dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Kampung juga memainkan peranan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan negara.

      Delete
  2. Dulu-dulu orang takut Mundu ini. Cerita ini kerap kedengaran penduduk dipersisiran pantai. Mundu ini Lanun yang mengganggu penduduk dan nelayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegiatan lanun harus ditangani dengan baik. keselamatan penduduk di persisiran pantai harus diutamakan.

      Delete
    2. kini sejak kawalan makin ketat, kebimbangan terhdap Mundu makin berkurangan.

      Delete
    3. Rupanya masih wujud kegiatan pelanunan pada zaman sekarang ni. apapun mujurlah aktiviti penguatkuasaan keselamatan di kawasan pantai dan laut giat dijalankan.

      Delete
    4. Keselamatan di perairan sudah diketatkan, diharapkan masalah Mundu tidak akan mendatangkan kebimbangan kepada para nelayan tempatan.

      Delete
  3. The Tawau Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) is doing the best of their ability to execute the task of defending the security of the maritime area of Tawau. In January this year, they have detained 50 illegal immigrants and seized controlled items in an operation at Pulau Larapan, Semporna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan MMEA Tawau akan teruskan usaha mereka untuk menjaga keselamatan di situ.

      Delete
  4. A Tawau MMEA spokesman said in a statement that all the illegal immigrants were arrested following an inspection on a Kumpit boat believed to be heading to a neighbouring country.


    ReplyDelete
  5. When the inspection was carried out, the boat was believed to be on its way to the Philippines and carried 47 passengers and three crew members who were suspected of not having valid travel documents as well as a Malaysian boat owner who just showed his driving licence as official document.

    ReplyDelete
  6. The inspection revealed that the Kumpit boat was not gazetted as a passenger boat as required under the laws of the Sabah Ports and Harbour Department (JPDS).

    ReplyDelete
  7. Further checking on the boat also led to the discovery of 30 barrels of diesel, each containing 30 litres of the fuel to be smuggled out of the country. The skipper and crew members as well as all the passengers were detained for suspected misuse of the licence, violation of the Immigration Act 1956/63 and the Control of Supplies Act 1961.

    ReplyDelete
  8. Another seperate event on that same month, Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) personnel foiled attempts by 23 Filipinos to enter the country illegally through Semporna waters.

    ReplyDelete
  9. The arrests were made during a patrol that stopped a boat 0.5 nautical miles north east off Semporna.

    ReplyDelete
  10. He said it is believed that the boat from Pulau Setangkai in the Philippines was on the way to Semporna waters when the MMEA vessel spotted them.

    ReplyDelete
  11. Upon inspection, 18 passengers, four crew members and the boat skipper were suspected to have no valid travel documents. All the detainees aged between one and 65 including women were brought to here to be investigated under the Immigration Act 1959/63.

    ReplyDelete
  12. Meanwhile, the Lahad Datu Immigration Enforcement Unit detained 71 foreigners during the Ops 5P at three squatter colonies in the district.

    ReplyDelete
  13. State Immigration Director, Haji Mohammad Mentek said a total of 111 people were screened during the operation at Kampung Pokok Mangga, Kampung Jawa and Kampung Asam.

    ReplyDelete
  14. Following the inspection, 71 people believed to be from the Philippines, 26 males and 28 females as well as 17 children, aged between three and 75 were detained after they were found without valid travel documents.

    ReplyDelete
  15. According to Mohammad, the detainees have been sent to the Temporary Detention Centre in Tawau.

    ReplyDelete
  16. The operation with nine officers led by Immigration Deputy Assistant Director Mohd Ajman Ajmain from the Lahad Datu Immigration Enforcement Unit also involved 43 personnel from the Lahad Datu Civil Defence Department.

    ReplyDelete
  17. Checks showed that both the boats were from Kalimantan, Indonesia. The sawn timber was being unloaded in ungazetted area.

    ReplyDelete
  18. The total value of items seized in the operation, including the two boats, was about RM320,000.

    ReplyDelete
  19. The skippers of the boat and six of their crewmen, all Indonesian nationals, had been detained after failing to show travel documents.

    ReplyDelete
  20. Perairan Sabah harus sentiasa dikawal ketat dan segala kegaitan yang membahayakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kerana adanya usaha daripada pihak polis marin kita.

      Delete
  21. kawalan yang ketat diperairan negara kita dpt menghalang segala ancaman dari luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini menunjukkan pasukan keselamatan negara menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

      Delete
  22. Malaysia Maritime Enforcement Agency (MMEA)director general Datuk Mohd Amdan Kurish said they always monitoring all crime and maritime activities and they will take action if any offences been committed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amdan also commended the public especially fishermen for cooperating with the MMEA to curb sea crimes.

      Delete
  23. masa tu saya masih kecil lagi.. dengar saja nama mundu terus kunci rumah..

    ReplyDelete
  24. syukur la hari ini Sabah semakin selamat terutamanya bagi kawasan2 yang berhampiran laut atau pantai..

    ReplyDelete
  25. Masalah Lanun sudah semakin berkurangan, nelayan pun lebih senang hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. para nelayan dapat mencari rezeki dengan hati yang tenang.

      Delete
  26. baguslah jika masalah lanun bukan lagi menjadi kebimbangan.

    ReplyDelete