Tuesday 18 September 2012

NAJIB JANJI NEGARA MAJU 2020




BINTULU: Keputusan Sarawak dan Sabah 'MENYERTAI' (11) negeri di Semenanjung, sekali gus membentuk Malaysia menguntungkan rakyat kedua-dua negeri itu dalam menikmati arus pembangunan sehingga hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penduduk di Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu membuat keputusan bersejarah dengan membulat tekad dan menzahir hasrat dengan niat masa depan mereka serta anak terjamin.

“Keputusan dibuat mereka (penduduk) Sarawak dan Sabah menyertai bersama 11 negeri lain tepat kerana mementingkan masa depan. Hari ini (malam kelmarin), genap 49 tahun rakyat kedua-dua negeri membuat keputusan yang amat bersejarah dalam negara kita.

“Dan keputusan dibuat itulah terbentuknya Persekutuan yang diberi nama Malaysia. Saya yakin penduduk mahupun di Bumi Kenyalang ini atau Negeri Di Bawah Bayu tidak membuat kesilapan besar apabila menyertai Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Malaysia Ke-49 di padang lama Lapangan Terbang Bintulu, malam ahad lalu.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Najib berkata, selari dengan tema ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’, Kerajaan Pusat sekarang mempunyai janji seperti pemimpin terdahulu. Beliau berkata, berkata sejak Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama berjaya membuat perubahan secara berterusan tanpa perlu membuat deklarasi baru.

Menurutnya, pemimpin negara generasi di awal peringkat kemerdekaan menepati janji mereka untuk memastikan Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin di peringkat pengisian kemerdekaan yang menepati janji dengan melaksanakan pembangunan di seluruh negara.

“Bagi pemimpin hari ini, janji kita menjelang Fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju,” katanya. (Bernama)

11 comments:

  1. Itulah yang kita harapkan daripada Kerajaan BN untuk memastikan apa yang dirancang 2020 akan tercapai.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Jadi kita perlu menyokong usaha yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap kerajaan sentiasa berterusan melaksanakan tugas membangunkan negara dan membela nasib rakyat

      Delete
  3. Tanggungjawab pemimpin untuk sentiasa memastikan rakyat hidup dalam pembangunan dan kemajuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangunan kena dilakukan, jgn ada yg terpinggir.

      Delete
  4. tinggal 8 tahun lagi untuk merealisasikan impian tersebut.semoga kerajaan mampu melakukannya.

    ReplyDelete
  5. Negara maju maksudnya Sabah pun menikmati kemajuan masa tu dan tiada lagi kawasan2 yang mempunyai jalan raya yang teruk, rakyat yang hidup dalam kemiskinan.

    ReplyDelete
  6. moga wawasan 2020 dpt dicapai.

    ReplyDelete
  7. Tinggal 8 tahun untuk realisasikan matlamat wawasan 2020. Moga berjaya.

    ReplyDelete
  8. dibawah pentadbiran Najib, tidak mustahil negara maju mampu dicapai menjelang 2020..

    ReplyDelete
  9. dan misi itu tidak mustahil akan dicapai jika pembangkang di negara ini tidak melakukan sabotaj terhadap negara sendiri dengan menakut2kan pelabur, mebantah projek2 pembangunan dan menimbulkan kekecohan..

    ReplyDelete