Wednesday 12 September 2012

NEGARA HILANG RM3.5 BILION AKIBAT AP?




TENDER.....Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan Negara.

Oleh : MD IZWAN

PETALING JAYA : Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan untuk melaksanakan tender terbuka ke atas pengagihan permit import kereta (AP) dengan mendakwa negara hilang RM3.5 bilion akibat amalan agihan tidak telus.

Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan negara, berbanding dengan kaedah ketika ini yang digunakan oleh kerajaan yang menyebabkan negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3b hingga RM3.5b setiap tahun.

Rafizi turut mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika ini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja kepada kepada setiap AP dan baki keuntungan selebihnya dikaut oleh kroni akibat dasar tidak telus ini.

Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.

“Sebelum 2009, pemberian AP hanya diberikan percuma terutamanya kepada kroni. Selepas 2009 ekoran desakan daripada orang awam, setiap AP dikenakan caj tetap RM10,000,” tambah Rafizi lagi.

Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.

“Kenyataan ini adalah yang pertama oleh beliau selepas kita timbulkan isu ini dua bulan lalu dan kami alu-alukannya. Lebih menarik lagi kenyataannya itu memberi impak besar kerana ia merupakan pengesahan kali pertama mengenai nilai sebenar AP di pasaran,” kata Rafizi semasa mengulas kenyataan Mukhriz.

Mukhriz turut menuduh pembangkang hanya pandai membuat cadangan tetapi tidak memikirkan bagaimana hendak menjayakan cadangan tersebut termasuk daripada mana hendak dapatkan punca pendapatan untuk menampung semua itu.

“Seperti kita tahu, kalau guna kaedah itu (tender terbuka), orang yang menawarkan harga tertinggilah yang akan menang. Jadi daripada anggaran kami setiap AP akan berharga RM50,000 hingga RM60,000. Kalau itu dilakukan, bagaimana nak turunkan harga kereta? Itu baru AP, belum kira lagi harga kereta tersebut,” kata Mukhriz yang dipetik daripada Bernama.

Rafizi bertindak membidas kenyataan Mukhriz tersebut kerana seolah-olah bersetuju dengan kebocoran yang berlaku dalam kementeriannya dan mendakwa Mukhriz tidak memahami mekanisme yang boleh digunapakai untuk menurunkan harga kereta.

PKR sebelum ini mengesyorkan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat supaya mekanisme ini akan menyebabkan pengedar-pengedar berkepentingan mengurangkan kadar keuntungan demi mendapatkan pelanggan.

Mekanisme tender terbuka ini menurut PKR lagi akan menyebabkan harga AP meningkat dan harga kereta mula turun.

No comments:

Post a Comment