Monday 10 September 2012

NOH DAKWA UNISEL RUGI RM54.8 JUTA




             
TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendedahkan laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010. 

Noh berkata laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.  

"Bila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaaan nazak, Menteri Besar begitu sombong dan ego dan sekarang saya ada salinan laporan audit universiti itu. 

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Tanjong Karang, kelmarin.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempertikaikan kredibiliti Abdul Khalid sebagai seorang tokoh korporat sebab gagal mengurus Unisel dengan baik. (Bernama)

No comments:

Post a Comment