Tuesday 18 September 2012

ORANG SABAH KUAT SEKS?




Saudara Pengarang,

Merujuk pada bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari  The Malaysian Insider,  jelas sekali menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak.

Memang agak mengejutkan kerana Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

Ini bererti bilangan penduduk Sabah bertambah sebanyak 242 % lebih dari negeri Sarawak. Peratusan pertambahan penduduk sebenarnya jauh lebih tinggi jika diambil kira bahawa pada tahun 1970 penduduk  Sarawak adalah lebih ramai melebihi penduduk Sabah sebanyak lebih 300,000  orang.

Senario menakjubkan ini menunjukkan pertambahan penduduk secara exponential, dengan kata lain kadar pertambahan penduduk Sabah jauh lebih cepat dari Sarawak.

Perbandingan pertambahan penduduk lebih adil dan logik dibuat dengan negeri Sarawak kerana keadaan persekitaran dan kadar kematian yang hampir sama dengan kedua-dua negeri.

Alasan pertambahan penduduk yang mendadak terhadap negeri Sabah disebabkan oleh kemasukan pendatang asing dan penerimaan sebagai warganegara Malaysia dinafikan oleh kebanyakan menteri dan pemimpin kita. Tapi tidak ada seorang menteri pun dapat menerangkan dan menjelaskan fenomena misteri  ini dengan tepat.

Beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada mengatakan bahawa dia akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan songsang kepada warga asing pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Beliau juga menegaskan bahawa ada pihak keluarga pembangkang diberikan taraf  kewarganegaraan Malaysia?

Berhubung isu pertambahan kerakyatan luar biasa ini, rakyat Sabah ingin tahu adakah lonjakan demografi ini disebabkan pemberian warganegara songsang atau pun  memang rakyat Sabah mempunyai keinginan seks yang teramat tinggi dan mampu melahirkan anak yang kerap sepanjang tempoh 20 tahun lalu?

Jika disebabkan pemberian warganegara songsang, bagaimana pula cara untuk mengatasinya sekaligus  membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan dan yang paling penting apa yang harus dilakukan dengan rakyat yang mendapat kewarganegaraan secara songsang ini?

Jika kerajaan masih tidak dapat menjelaskan fenomena misteri ini, sudah pastinya 'Orang Malaya' akan beranggapan bahawa memang benar 'Gangnam Olang Sabah Style' mengakibatkan penambahan penduduk yang pesat.

Salam Hormat,

NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI

19 comments:

  1. Pertambahan penduduk di Sabah memang perlu disiasat dan dikaji.

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah kenapa RCI diperlukan untuk menyiasat mengenai kes ini. Harap Kerajaan akan mempercepatkan perlaksanaan RCI ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI pasti akan ditubuhkan, cuma mungkin mengambil masa untuk memastikan ia berjalan dengan lancar.

      Delete
  3. Selagi tidak ada siasatan dibuat selagi itulah masih menjadi persoalan mengenai peningkatan jumlah penduduk di Sabah yang sangat tinggi dengan negeri lain di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Betul atau tidak mengenai pemberian warganegara songsang dan projek IC di Sabah? Semua itu masih tidak ada jawapan yang tepat. Maka kita harap kerajaan akan memberikan penjelasan yang terperinci mengenai bancian penduduk ini.

    ReplyDelete
  5. Bukan rakyat tempatan ni tapi PATI. sekarang Sabah sudah dibanjiri PATI malah ada sudah kawasan seperti Kinabatangan yang mana penduduk asing lebih ramai dari penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  6. PATI yang menyebabkan bilangan penduduk Sabah meningkat.

    ReplyDelete
  7. RCI perlu bagi atsi isu PATI.

    ReplyDelete
  8. "..memang rakyat Sabah mempunyai keinginan seks yang teramat tinggi dan mampu melahirkan anak yang kerap sepanjang tempoh 20 tahun lalu?" --> sangat x masuk akal

    ReplyDelete
  9. apa yang penting ialah RCI harus ditubuhkan dengan segera

    ReplyDelete
  10. supaya isu seperti projek IC atau kerakyatan songsang dapat disiasat lebih mendalam lagi

    ReplyDelete
  11. sudah sekian lama isu PATI berlarutan hingga kini tanpa penyelesaian...

    ReplyDelete
  12. biarlah kali ini RCI dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan secepat mungkin

    ReplyDelete
  13. Pilak yang kuat seks dan mereka bukan orang Sabah.

    ReplyDelete
  14. Harap segera cari jalan penyelesaian agar hal ini tidak berlarutan.

    ReplyDelete
  15. bancian penduduk tu dia kira sekali dengan PATI.. yang PATI tu pula, walaupun tiada IC dia kira juga sekali.. sebab tu melambung..

    ReplyDelete
  16. yang penting sekarang kerajaan sudah tubuhkan RCI.. masalah pertambahan penduduk secara mendadak ini pasti akan selesai..

    ReplyDelete