Monday 3 September 2012

PAKATAN TAK PERNAH BANGKITKAN TUKAR BENDERA





PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.

"Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.

''Saya tidak percaya, dengan semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus itu,'' katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam Najib mendakwa Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi di bawah pimpinan BN. (MKINI)

No comments:

Post a Comment