Tuesday 25 September 2012

PAS SABAH BIDAS SIKAP HIPOKRIT PEMIMPIN UMNO!





Oleh: HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH

PAS Sabah membidas sikap hipokrit dan talam dua muka para pemimpin UMNO yang terus menerus membelasah Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak, atas isu twitter yang mempersoalkan kenapa umat Islam harus membuang masa dan tenaga diatas filem anti-Islam yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Bagi PAS Sabah, kita menganggap isu yang dibangkitkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham telah selesai dan tidak perlu diungkit lagi setelah beliau dengan nada kesal, memohon maaf keatas umat Islam diatas apa yang telah berlaku.

Para pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Salleh Tun Said yang terus menerus mengkritik Datuk Ngeh walaupun telah menzahirkan rasa kesal beliau di atas tweet tersebut hanya menampakkan perangai  hipokrit serta hobi suka mengampu secara melampau.

Kenapa Salleh tidak membidas Tun Dr. Mahathir yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w apabila Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa Nabi Muhammad menyimpan janggut baginda bukan kerana sunnah tetapi kerana ketika itu tiada pisau Gillette?

Kenapa Salleh membisu dan tulikan telinganya apabila pemimpin tertinggi UMNO secara sinis menyatakan bahawa undang-undang hudud tidak layak dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakatnya terdiri dari berbilang bangsa dan agama?

Pemimpin-pemimpin UMNO seterusnya memperli undang-undang hudud dengan mengatakan bahawa jika hudud dilaksanakan di Malaysia, maka Negara ini akan kehabisan batu dan umat Islam akan kehilangan tangan.

Apakah Salleh tidak faham ajaran Islam kerana seseorang Muslim itu boleh menjadi murtad dan kafir di atas perbuatan serta lisan mereka yang menghina hukum Allah? Kenapa Salleh buat-buat lupa isu pemecatan Allahyarham Datuk Ishak Baharom, Mufti Selangor oleh kerajaan Barisan Nasional?

Bukankah Allahyarham Datuk Ishak telah dipecat dan kemudiannya diaibkan oleh Tun Dr. Mahathir, hanya kerana beliau menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan gadis-gadis Islam dari menyertai peraduan ratu cantik?
Kenapa para pemimpin UMNO menjadi bisu dan kecut perut untuk bertindak ke atas Dr. Chua Soi Lek dan Datuk Donald Lim Siang Chai yang telah menghina Islam dan undang-undang Islam secara berterusan? Kenapa mereka biarkan Datuk Seri Samy Vellu menghina undang-undang Islam kerana Samy Vellu pernah menyatakan bahawa Al-Quran tidak  boleh membina jalanraya?

PAS Sabah mencabar Salleh supaya menyeru para pemimpin UMNO, khususnya Datuk Seri Najib,  untuk segera membentangkan undang-undang anti-murtad di Parlimen bagi melindungi remaja Muslim serta umat Islam seluruhnya dari di murtadkan oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab.

Kalau memang sungguh UMNO serius telah melaksanakan ‘Maqasid Syariyah’ seperti diakui sendiri oleh PM UMNO, di mana salah satu dari matlamatnya ialah menjaga aqidah umat Islam, maka PAS Sabah mencabar UMNO agar segera meluluskan undang-undang anti-murtad di Parlimen yang saya cukup yakin mendapat sokongan dari MP PAS dan MP PR.

Kalau UMNO berdolak-dalih di atas isu ini, maka jelaslah UMNO sebenarnya adalah sebuah parti sekular yang telah membelakangkan Islam.

25 comments:

  1. kebebasan individu tidak patut disekat...PAS sabah seolah-olah cuba menyekat kebebasan rakyat...maka memang wajarlah PAS ditolak oleh rakyat sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tak suka dipaksa jadi sikap PAS ini hanya akan membuatkan rakyat makin jauh hati dengan mereka.

      Delete
    2. Hudud ini banyak perlu dikaji lagi.

      Delete
  2. undang2 hudud memang tidak patut dilaksanakan kerana malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau PAS ingin sangat jalankan hudud, cubalah laksanakan di Kelantan dulu untuk mengetahui kebaikan dan keburukannya.

      Delete
    2. Hudud ini akan mendatangkan banyak impak negatif.

      Delete
  3. Tak payahlah berbidas-bidas. Biarkan rakyat yang buat keputusan nanti.

    ReplyDelete
  4. Tidakkan PAS menyokong dengan apa yang Ngeh katakan dalam Twitternya itu.

    ReplyDelete
  5. cukuplah dengan isu agama yang dimainkan bukan saja di negara ni tapi kini dirasai secara global. jika mahu keharmonian berterusan,hormatilah sesama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, semua harus mengamalkan sikap saling menghormati.

      Delete
  6. PAS better focus on religious matter only.

    ReplyDelete
  7. pas di Sabah tidaklah banyak sumbangan pun.

    ReplyDelete
  8. Isu agama adalah isu amat sensitif.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Lebih baik PAS menumpu perhatian di Kelantan.

      Delete
  10. Hudud ini memanfaatkan siapa sebenarnya?

    ReplyDelete
  11. Hududu harus dikaji secara terperinci sama ada perlu diadakan. Malaysia memang sudah ok di masa kini.

    ReplyDelete
  12. Jika isu agama dipolitikkan, pasti akan mendatangkan kesan yang amat negatif.

    ReplyDelete
  13. What benefit that the people gain to go with Hudud?

    ReplyDelete
  14. " Bagi PAS Sabah, kita menganggap isu yang dibangkitkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham telah selesai dan tidak perlu diungkit lagi setelah beliau dengan nada kesal, memohon maaf keatas umat Islam diatas apa yang telah berlaku."

    jika Ngeh itu adalah pemimpin BN, sudah tentu pemimpin2 PAS akan berdemo secara besar2an.. malah isu itu akan dimainkan2 sepanjang tahun sehingga mereka berjaya merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  15. siapa yang talam dua muka jika bukan pemimpin2 PAS?? kalau pemimpin lawan yang buat dia anjurkan demo, jika pemimpin2 sendiri yang buat, dia halalkan.. malah pemimpin itu dilindungi sepenuh tenaga oleh pemimpin2 pas..

    ReplyDelete
  16. penghinaan sememangnya amalan pemimpin2 Pakatan.. presiden PAS sendiri pernah menghina penduduk asli sarawak, blogger pakatan menghina budaya di sabah.. dan terbaru pemimpin DAP pula cuba menghina penduduk Islam di negara ini.. mana kewarasan akal fikiran pemimpin2 PAS?

    ReplyDelete