Wednesday 19 September 2012

PBS KIULU BAKAL LETAK CALON BARU?




Oleh : LOPUNG

DESAS-DESUS yang bertiup kencang menuju ke daerah Tuaran, menghala ke Tamparuli dan seterusnya ke arah Kiulu; menyatakan bahawa akan ada pembaharuan dalam pentadbiran Parti Bersatu Sabah di kawasan tersebut.

Perkembangan terbaru ini sudah pasti memeranjatkan semua penyokong PBS di dua bahagian itu dan ada juga yang pasti gembira kerana perubahan ini diharap akan memperbaiki pentadbiran PBS kawasan berkenaan dengan sebaik mungkin.

Dua kawasan DUN ini adalah kubu kuat PBS sejak ditubuhkan dan pastinya kehadiran dua calon baru ini bakal merubah serta memperkuatkan lagi sokongan rakyat terhadap Parti Bersatu Sabah yang kian suram di Kiulu kerana kajian mendapati, majoriti kemenangan PBS pada tahun 2008 telah berkurangan dan adakah ini salah satu punca untuk mencari calon lain?

Kenapakah kepimpinan calon lama tidak berapa menyengat dan tidak lagi mampu berkhidmat untuk rakyat? Atau adakah calon yang lama susah untuk mengawal orang bawahannya sehingga rakyat Kiulu tidak senang dengan PBS kawasan ini? Atau adakah calon yang baru ini adalah calon yang boleh menang?; berjiwa rakyat atau memberi laluan kepada pemimpin yang muda untuk menggerakan PBS Kiulu.

Sememangnya PBS Kiulu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin namun mereka juga tidak lari dari mendapat tohmahan dan kritikan dari rakyat selepas banyak kampung dalam DUN Kiulu; masih tidak mempunyai kemudahan yang cukup.

Sungguhpun demikian; banyak juga kemudahan yang telah dilaksanakan namun apa yang dilihat, setiap kemudahan yang disalurkan perlu mengikut bajet yang telah ditetapkan setiap tahun.

Calon Kiulu yang dimaksudkan ini dikatakan berjiwa rakyat; selalu turun padang untuk membantu rakyat; mampu mengawal orang bawahannya. Mungkin ini adalah faktor beliau bakal dicalonkan di Kiulu.

Seandainya beliau ini dicalonkan di Kiulu, adakah ahli-ahli PBS di Kiulu akan rasa kecewa? Adakah ahli PBS Kiulu rasa tertindas kerana desas-desus mengatakan bahawa calon tersebut adalah ADUN di sebuah kawasan dan ditukarkan ke tempat ini. Apakah perasaan pemimpin PBS yang lain seandainya perkara ini berlaku?

Adakah mereka ini tidak layak untuk dicalonkan? Masih ramai lagi pemimpin yang berkaliber dalam PBS Kiulu, tetapi mengapa calon yang bukan dalam AJK Bahagian yang bakal dicalonkan?

Seandainya desas-desus ini benar-benar terjadi, diharap semua ahli PBS dapat menerimanya dengan seadanya dan terus menyokong Parti Bersatu Sabah kerana perpecahan akan mengakibatkan kerugian besar bagi parti.

9 comments:

  1. Siapa tu ah? Yang T-shirt biru sana tu ka?

    ReplyDelete
  2. Asalkan calon baru tersebut seorang yang winnable. Okay saja.

    ReplyDelete
  3. Calon baru? bagus juga. Ini untuk memberi peluang kepada yang baru lagi kan.

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh carilah calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. calon lama jangan pula ikut jejak Lajim.

    ReplyDelete
  6. bgs jg letak muka baru. mgkin idea pun baru.

    ReplyDelete
  7. masih diperingkat desas desus ba.. belum confirm lagi samada calon itu akan diketengahkan atau tidak..

    ReplyDelete
  8. kalaupun ada calon baru diketengahkan, anggap saja semua ini adalah pembaharuan untuk memastikan PBS kekal relevan..

    ReplyDelete