Friday 21 September 2012

PEMANTAUAN SUNGAI KINABATANGAN IKUT PIAWAIAN



RAMAH.....Kurup beramah mesra bersama pengamal media ketika tiba di majlis itu.

By : S.CONNIE PEARL SUIL

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil langkah mempertingkatkan pemantauan rapi dan pencegahan punca pencemaran termasuk 34 kilang di Sungai Kinabatangan.

Timbalan Menterinya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata berdasarkan rekod pemantauan kualiti air sungai oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sungai Kinabatangan masih berada pada tahap sederhana tercemar dan bersih.

Katanya, piawaian itu mengikut Indeks Kualiti Air pada paras antara 73 hingga 90 iaitu berdasarkan kelas II hingga III berdasarkan standard Kualiti Ambien Air Sungai Negara.

“Bagi tempoh Januari 2010 hingga Ogos 2012, lima  tindakan mahkamah diambil ke atas kilang kelapa sawit yang tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Selain itu, enam kompaun, 22 notis arahan dan 27 surat arahan dikeluarkan supaya pihak terbabit meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran di premis masing-masing,” katanya ketika majlis malam mesra media bersama kementerian itu di sini, baru-baru ini.
Terdahulu, Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai terpanjang di Sabah dan berperanan sebagai kawasan tadahan air, kaedah perhubungan, serta kegiatan ekonomi penduduk di kawasan itu didakwa tercemar akibat sisa kilang kelapa sawit.

Kurup berkata, pelbagai usaha sedang dijalankan bersama kerajaan negeri bagi menangani masalah pencemaran sungai di negeri ini termasuk melaksanakan pelan tindakan pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air di sungai terbabit.

“Antara pendekatan yang diambil ialah mewajibkan semua kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan sungai sensitif iaitu Sungai Kinabatangan, Sungai Segaliud dan Sungai Muanad untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah JAS Sabah, Razak Abdul Manap, Pengaarah Jabatan Mineral dan Geosains, Alexander Yan Sze Wah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Ir. Ng Chee Heng dan tetamu kehormat yang lain. (UB)

10 comments:

  1. Baguslah kalau Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang mempertingkatkan lagi usaha menangani masalah tersebut.

    ReplyDelete
  2. Jika perkara ini tidak ditangani maka amat rugilah kita dengan kehilangan sumber sungai yang sangat berharga kepada kita.

    ReplyDelete
  3. kilang yang tidak menepati piawaian dan tidak menguruskan sisa bahan kilang dengan baik boleh digantung lesen malah operasi kilang boleh dihentikan terus.

    ReplyDelete
  4. Para pemilik kilang sepatutnya tidak menjadikan keuntungan sebagai keutamaan dan penjagaan alam sekitar pula diketepikan. Jika alam sekitar musnah, wang sebanyak manapun tidak akan mengembalikannya dalam keadaan yang asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, harta sebenar kita adalah alam sekitar.

      Delete
  5. sungai kinabatangan kena kita jaga dari sebarang pencemaran.

    ReplyDelete
  6. Jika pengusaha industri minyak sawit tidak boleh menangani isu pencemaran air yang hasil dari aktiviti-aktiviti mereka, maka kerajaan untuk berbuat demikian, dengan dasar, undang-undang dan penguatkuasaan.

    ReplyDelete
  7. dibawah kerajaan BN, masalah pencemaran sungai ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan..

    ReplyDelete
  8. terdapat banyak NGO alam sekitar di negeri ini yang tentunya bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan alam sekitar di negeri ini tidak terjejas..

    ReplyDelete
  9. saya harap kerajaan akan setiasa memantau kilang2 di negeri ini agar operasi mereka sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan..

    ReplyDelete