Thursday 20 September 2012

PENDUDUK TUNTUT HAP SENG SELESAI ISU MASJID





TAWAU: Lebih 1,000 penduduk Bandar Sri Indah, kira-kira 17 kilometer dari sini menggesa sebuah syarikat pemaju perumahan supaya segera menyelesaikan isu tapak masjid bagi memudahkan penduduk beragama Islam beribadat.

Seorang wakil penduduk, Irwan Hamsah berkata penduduk kesal kerana sejak mendiami perumahan berkenaan pada 2007, isu tapak pembinaan masjid, belum diselesaikan pihak pemaju.

“Sudah hampir lima tahun, kami duduk di taman perumahan ini, namun hingga hari ini, pihak pemaju masih berdolak-dalik mengenai tapak masjid untuk penduduk Islam di taman ini,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Menurut beliau, empat pertemuan diadakan antara pemaju dan penduduk, namun setiap kali perbincangan, pemaju akan meminta penduduk berjumpa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Bila kami menemui MPT, kami diminta pula menemui pihak pemaju. Kami ini seperti dipermainkan,” katanya.

Menurut Irwan, pihak pemaju pernah memaklumkan, masjid akan dibina di sebuah tapak kawasan industri, apabila siapnya fasa kelapan projek perumahan di situ.

Namun, bagi penduduk tempoh berkenaan terlalu lama dan tapak yang dicadangkan pula tidak sesuai kerana terletak jauh dari kawasan perumahan sedia ada.

“Penduduk Bandar Sri Indah, khususnya fasa 1 dan 3, lebih 90 peratus beragama Islam. Jadi masjid adalah kemudahan asas penduduk untuk menunaikan ibadat termasuk solat Jumaat. Sembahyang hari raya, kami terpaksa buat di gelanggang bola keranjang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mad Islaihi Sabdari, 37, berkata ketika ini penduduk menjadikan rumah milik seorang penduduk di situ sebagai surau sementara bagi menunaikan solat berjemaah.

Katanya isu tapak masjid di taman berkenaan perlu diselesaikan segera kerana penduduk sudah sepakat untuk membina sebuah masjid di atas tanah lapang di Fasa 1, perumahan itu.

Seorang lagi penduduk, Arbin Settah berkata penduduk turut menubuhkan sebuah jawatankuasa pembinaan masjid dan berharap wakil rakyat dan kerajaan negeri dapat campur tangan, menyelesaikan isu berkenaan.

8 comments:

  1. What say you, Hap Seng? Fulfill your promises.

    ReplyDelete
  2. Apa pun perbincangan antara kedua pihak perlu bagi menangani isu ini.

    ReplyDelete
  3. Penuhilah permintaan pembeli rumah tersebut. Ini bagi kebaikkan bersama juga.

    ReplyDelete
  4. jika pemaju ada janjikan pembinaan masjid, mereka harus tunaikan.

    ReplyDelete
  5. binalah masjib bagi memudahkan penduduk beribadah.

    ReplyDelete
  6. pihak2 yang terlibat perlu tetapkan satu masa untuk buat perbincangan bersama bagi capai satu kata putus.

    ReplyDelete
  7. sebelum beli rumah tu takkan tidak ambil tahu pasal masjid?

    ReplyDelete
  8. baik ajak pihak pemaju dan MPT berjumpa sekali..

    ReplyDelete