Sunday 16 September 2012

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SABAH TERBUNUH





Oleh : LOPUNG

HUJAN lebat yang melanda negeri Sabah terutama di kawasan Kota Kinabalu berserta angin kencang telah menyebabkan satu tragedi maut melibatkan tiga buah kenderaan di KKIP Menggatal.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam ketika semua penyokong Pakatan Rakyat pulang dari menghadiri ceramah Ambang Hari Malaysia di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran.

Menurut orang ramai yang berada di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari Indah Permai menuju ke KKIP yang dinaiki oleh tiga wanita telah hilang kawalan apabila kenderaan yang mereka naiki itu  dilanggar dari belakang.

Kenderaan terbabit telah terbabas ke bahagian kanan jalan lalu merempuh sebuah kenderaan pacuan 4 roda isuzu yang dinaiki oleh 5 orang penyokong Pakatan Rakyat.


 



Sebuah Hilux yang mengekori dari belakang isuzu berkenaan telah melanggar bahagian belakang dan menyebabkan dua wanita dan lima orang penyokong Pakatan Rakyat maut di tempat kejadian. Nama semua mangsa nahas berkenaan belum diketahui.

Seorang daripada tiga mangsa wanita sedang bertarung nyawa dan pihak bomba dan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun, kenderaan yang melanggar kenderaan yang dinaiki tiga wanita terbabit dipercayai melarikan diri selepas kejadian berlaku.

No comments:

Post a Comment