Tuesday 25 September 2012

PERUNTUKAN KHUSUS HAB PERNIAGAAN WANITA




KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berharap peruntukan khusus bagi mewujudkan hab perniagaan kepada golongan wanita dipertimbangkan dalam pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat ini.

Menteri berkenaan Datuk Azizah Mohd Dun berkata peruntukan itu penting bagi membuka peluang yang luas kepada penjaja dan peniaga kecil wanita mengembangkan perniagaan selain mendorong mereka terlibat dalam bidang ekonomi baru.

"Kementerian juga berharap kerajaan mewujudkan tapak khas di Kuala Lumpur untuk mempromosikan produk dari Sabah sekaligus membantu pengusaha di negeri ini memperluaskan pasaran perniagaan mereka," katanya pada sidang media sempena majlis sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Wanita di sini, Isnin.

Azizah berkata antara bidang yang boleh diceburi pada masa kini ialah perkhidmatan dan kesihatan yang mampu menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

"Antara bidang baru lain yang boleh diberi perhatian dalam bidang kesihatan ialah teknik relaksasi iaitu teknik industri yang dilihat semakin tinggi permintaan dan boleh dijadikan alternatif baru bagi membantu wanita bekerja yang memerlukan relaks," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment