Thursday 13 September 2012

PINDAAN AKTA KETERANGAN LINDUNGI RAKYAT




KUALA LUMPUR : Pindaan Akta Keterangan merupakan undang-undang moden dan berpandangan ke hadapan dengan tujuan melindungi rakyat daripada jenayah berasaskan internet seperti buli siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari Rabu.

"Sebagai kerajaan, ia adalah tanggungjawab kita untuk bertanya: Bagaimana kita memastikan pelaporan atas talian adalah bertanggungjawab? Bagaimana, kita memastikan rakyat tidak menjadi mangsa ugutan dan buli siber? Bagaimanakah kita memastikan kebebasan wujud bersama dengan rasa hormat?

"Oleh itu dengan persoalan ini, kita meminda Akta Keterangan. Mungkin maksud ini tidak diterangkan dengan cukup jelas kepada pengguna laman web di Malaysia.

"Saya percaya ianya satu bentuk perundangan yang moden dan berpandangan jauh," katanya pada majlis Anugerah Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) 2012 di sini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden NPC Mokhtar Hussain.

Pindaan kepada Akta Keterangan 1950 termasuk memperkenalkan Seksyen 114A menjadi kontroversi khusus dalam alam maya apabila ia diwartakan pada 31 Jun lepas.

Seksyen 114A diperdebatkan sebagai berat sebelah kerana ia boleh membawa secara liberal ke mahkamah mereka yang menerbitkan dan meniru atau mengirim kandungan berunsur hasutan dan fitnah dalam internet tanpa mengira sama ada atau tidak bahan itu berasal daripada mereka.

Najib juga berkata jika Malaysia mahu membina negara demokrasi yang benar-benar responsif kepada keperluan semua orang dan bukan hanya untuk sebilangan mereka, maka adalah penting untuk memperkasakan kedua-dua media baharu dan lama, bertanggungjawab melaporkan apa yang mereka lihat.

"Saya selalu perkatakan bahawa saya mahu ruang dalam talian menjadi lebih bertenaga sama seperti saya mahu media tradisional yang bebas, telus dan adil. Pada awal tahun ini, kami memperkenalkan rang undang-undang Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk terus meliberalisasikan media," katanya.

Apa sahaja perantaraan, katanya, kewartawanan yang terbaik adalah berani, ingin tahu dan bertanggungjawab, semangat berani dan terbuka dalam amalan.

"Ia adalah elemen yang tidak dapat digantikan dalam demokrasi moden. Itu adalah bentuk kewartawanan yang kita ingin menggalakkan dan yang mana kita berkumpul di sini malam ini untuk meraikannya," katanya.

Najib menegaskan bahawa salah satu pencapaian terbesar generasi ini di mana maklumat boleh dikongsi bersama secara bebas di seluruh dunia, sama ada dengan kawan-kawan, keluarga mahupun dengan orang yang tidak dikenali.

"Tetapi dalam perubahan landskap ini, ia kedua-dua menyeronokkan dan membebaskan, dengan ia datang dengan persoalan etika baharu. Media tradisional dikawal oleh kod tatalaku secara formal dan tidak formal.

"Saya tahu anda semua secara naluri memahami tanggungjawab untuk melaporkan apa yang anda lihat dengan tepat dan memaklumkan kepada pembaca anda tanpa prejudis.

"Bagaimanapun, penggunaan dalam talian boleh menggunakan 'taktik gerila' untuk fitnah, tidak memberi maklumat sebenar atau menyerang -- ia boleh dilakukan di bawah jubah anonimiti," katanya.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang anugerah dan berkata bahawa setiap orang dalam industri media telah menjadikan media Malaysia seperti apa yang ada hari ini.

"Anda melaporkan kebenaran dengan cermat dengan membawa pandangan dan penchayaan kepada awam - meletakkan Malaysia di landasan ke arah menjadi sebuah negara maju," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment