Monday 3 September 2012

POLIS 'BURU' INDIVIDU MAHU TUKAR BENDERA





POLIS menggesa individu yang terlibat membawa bendera alternatif 'Sang Saka Malaya' dan pihak yang dalam perhimpunan 'Janji Demokrasi' pada malam merdeka tampil membantu siasatan.

Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, Ketua Polis Negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar Perdana Menteri dan isteri turut tampil.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.

Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang.

Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment