Friday 28 September 2012

PRO-ISRAEL, PRO-PEMBANGKANG? EPISOD I




Oleh : NILE BOWIE

KETIKA Malaysia menghampiri PRU13 yang sudah pastinya akan diadakan sebelum akhir Jun 2013, satu suasana politik yang tegang serta perasaan menentu dirasai di seluruh negara.

Kepentingan PRU-13 ini tidak dapat diperkatakan dengan sepenuhnya. Semasa Pilihanraya umum 2008, Barisan Nasional yang memerintah, yang telah memegang kuasa pemerintahan secara berterusan sejak negara itu mencapai kemerdekaan, telah melalui satu pengalaman paling teruk dalam beberapa dekad.

Sementara pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat telah memenangi 82 kerusi parlimen. Buat pertama kali Barisan Nasional yang memerintah telah kehilangan dua pertiga majoritinya, jumlah yang diperlukan untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 

Sementara itu, Amerika Syarikat terus-menerus mempertingkatkan kehadiran ketenteraannya di kawasan Pasifik, selaras dengan peralihan dasar strategiknya untuk menghala ke Asia Timur. Para pemimpin Washington ingin melihat ketua-ketua kerajaan tunduk kepadanya, yang akan bertindak untuk memajukan kepentingan Amerika di kawasan ASEAN.

Keputusan pilihanraya akan datang boleh menimbulkan satu peralihan penting terhadap dasar Negara Malaysia mengenai hubungan luar negara, ekonomi serta hubungan dagang.

Sementara tuduhan rasuah dan salah urus ekonomi menghalang keutuhan kerajaan pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak, organisasi asing yang bergabung dengan pertubuhan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) dan dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat telah menyumbang sokongan ke arah memperkukuhkan pengaruh dan status kumpulan pembangkang di Malaysia, sebagai tambahan kepada kumpulan Bersih yang disifat kontroversial pimpinan Ambiga Sreenevasan. 

Mereka yang tidak bersetuju dengan maklumat ini akan menganggap ini sebagai satu 'propaganda' Barisan Nasional, namun kesahihan tuduhan yang dibuat di sini telah dibuktikan melalui beberapa pendokumentasian dan boleh dilihat sebagai satu usaha kerajaan asing untuk menjejaskan kebebasan proses pilitik Malaysia. 






Pada 27 Jun 2011, pemimpin kumpulan Bersih Ambiga Sreenevasan telah mengakui bahawa pertubuhan yang dipimpinnya mendapat bantuan kewangan daripada dua organisasi persendirian di Amerika:

"Ambiga admitted to Bersih receiving some money from two US organisations — the National Democratic Institute (NDI) and Open Society Institute (OSI) — for other projects, which she stressed were unrelated to the July 9 march. [1]"

Walaupun bantuan tersebut tidak kelihatan sebagai suatu yang mengancam, namun satu penelitian yang lebih kritikal terhadap pertubuhan ini serta kumpulan yang bergabung dengannya diperlukan.

George Soros, seorang dermawan dan pembiaya, rakyat Amerika yang berasal dari Hungary telah menubuhkan Open Society Institute pada 1993, dengan matlamat utamanya ialah “mengukuhkan prinsip dan amalan persatuan terbuka terhadap rejim yang bersikap authoritarian dan terhadap akibat-akibat negatif globalisasi,” dengan satu penekanan terhadap negara-negara yang dalam peralihan dari fahaman komunis selepas kejatuhan Soviet Union. [2]

Walaupun OSI telah menekankan komitmennya kepada 'hak asasi manusia' dan 'transparensi' dengan menaja secara besar-besaran kumpulan seperti Amnesty International dan Human Rights Watch,  Soros telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan dagangan dalaman (dagangan dirancang) pada tahun  2002 berhubung bank Société Générale di Peranchis dan yang pelik ialah rayuanya ditolak oleh "European Court of Human Rights." [3][4][5]

Walaupun Soros dilihat sebagai kritikal terhadap fahaman kapitalis secara umum, namun dia telah banyak mengaut keuntungan melalui urusan dagangan licik dalam banyak kejadian, yang paling nyata berlaku pada tahun 1992 apabila dia meraih keuntungan yang dianggar berjumlah US$1.1 billion dengan menjual wang sterling dalam kadar rendah sedangkan kerajaan British belum bersedia menimbang kadar bunga sebelum menurunkan nilai mata wang pound.

Mantan Setiausaha Negara Amerika (Menteri Luar), Madeline Albright mempengerusi badan National Democratic Institute (NDI), sebuah pertubuhan yang menyediakan pemerhati pemilihan dan mempromosikan pembaharuan kerajaan, yang secara keseluruhan dilihat sebagai satu usaha untuk memupuk satu sistem politik luar negara yang selaras dengan kepentingan Amerika dengan membantu pelbagai kumpulan masyarakat awam dalam membuat tekanan berpengaruh terhadap kerajaan asing.

Presiden NDI, Kenneth Wollack bertindak sebagai Pengarah Legislatif kepada badan American Israel Public Affairs Committee, yang dianggap sebagai satu pertubuhan pelobi Israel yang terkemuka, satu pertubuhan yang mempengaruhi penggubalan undang-undang di Amerika yang menekankan dasar agresif dan pandangan di pihak Israel. [6]

National Democratic Institute merupakan salah satu daripada empat buah pertubuhan yang dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED), selain daripada pertubuhan International Republican Institute (IRI), Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise (CIPE) dan pertubuhan American Center for International Labor Solidarity.

Pada tahun 1991, Alan Weinstein, salah seorang pengasas pertubuhan National Endowment for Democracy telah dipetik secara umum sebagai berkata;

Kebanyakan daripada apa yang telah kita (NED) buat telah dilaksanakan 25 tahun dahulu secara rahsia oleh CIA.” [7]

Pertubuhan National Endowment for Democracy menerima pembiayaan sepenuhnya melalui satu peruntukan tahunan dari Kongres Amerika Syarikat di bawah bajet agensi bantuan pembangunan USAID, sebuah cabang di bawah  Jabatan Negara Amerika Syarikat. [8]





Walaupun NED menerima biaya umum dari pembayar cukai AS, namun aktiviti empat badan institut di bawah kawalannya tidak dilaporkan kepada Kongres dan membuat pergerakan kewangan serta penerimanya yang akhir sukar dikenalpasti.

Walaupun pertubuhan itu mengutamakan aktiviti 'mempromosikan demokrasi' dan 'memperkukuhkan masyarakat umum' di seluruh dunia, namun sejarah telah membuktikan bahawa aktiviti berkiasan ini telah digunakan di pelbagai negara untuk membiayai secara rahsia pelbagai kuasa politik yang menentang kerajan mereka dan yang sehaluan dengan kepentingan Amerika.

Seorang ahli sejarah bangsa Amerika dan bekas kakitangan Jabatan Negara Amerika Syaikat bernama William Blum telah menulis sebagai berikut:

"Kenyataan Prinsip dan Matlamat NED yang diterima pada 1984 menekankan bahawa “Peruntukan Endowment bolehlah digunakan untuk membiayai kempen calon-calon yang bertanding dalam pemilihan jawatan umum."

Tetapi cara-cara bagi memintas semangat arahan ini tidak sukar untuk dilakukan; sama seperti pilihanraya Amerika, ada 'wang kasar' dan ada 'wang lembut'. Sebagaimana diterangkan dalam bab 'Elections' dan 'Interventions', NED Berjaya memanipulasikan pilihanraya di Nicaragua pada tahun 1990 dan Mongolia pada tahun 1996; telah membantu merampas kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi di Bulgaria pada tahun 1990 dan di Albania pada tahun 1991 dan 1992; dan telah bekerja mengalahkan calon bagi Perdana Mentee di Slovakia pada tahun 2002 yang tidak diingini oleh Washington.

Dari  1999 hingga 2004, NED telah membiayai kumpulan pembangkang kepada Presiden Hugo Chavez di Venezuela untuk menentang pemerintahannya dan menyokong satu referandum to untuk menumbang beliau. [9]"

........Bersambung Ke Episod II

(Nile Bowie is a Kuala Lumpur-based American writer and photographer for the Centre for Research on Globalization in Montreal, Canada. He explores issues of terrorism, economics and geopolitics.)

 Nota Kaki
[1] Bersih repudiates foreign Christian funding claim, The Malaysian Insider, July 27, 2011
[2] A Global Alliance for Open Society, Soros Foundation Network, 2001
[3] Report and financial statements for the year ended 31 March 2010, Amnesty International, March 31, 2010 (Page 10)
[4] Partners, Human Rights Watch, 2012
[5] Soros Loses Case Against French Insider-Trading Conviction, Bloomberg, October 6, 2011
[6] Kenneth Wollack, National Democratic Institute, 2011
[7] Democracy promotion: America’s new regime change formula, Russia Today, November 23, 2010
[8] History, National Endowment for Democracy, 2011
[9] Trojan Horse: The National Endowment for Democracy, The International Endowment for Democracy, 2003

No comments:

Post a Comment