Saturday 22 September 2012

PRU-13 KALI TERAKHIR BUAT PAIRIN





KOTA KINABALU : Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi pilihan raya terakhir Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertanding sebagai wakil rakyat.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), memberi alasan keputusan dibuat memandangkan tugas sebagai wakil rakyat memenatkan.

"Pada pilihan raya seterusnya (PRU-14), saya tidak akan bertanding lagi. Jadi semua orang seharusnya gembira dengan keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendidikan Lalu Lintas Shell 2012 peringkat negeri di sini, hari ini.

Pairin, 72, yang merupakan Anggota Parlimen kawasan Keningau dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tambunan, berkecimpung secara aktif dalam bidang politik sejak 1975.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mempertahan dua kerusi Parlimen dan DUN tersebut, beliau menjawab secara berseloroh: "Begitulah tu!"

Dalam perkembangan lain, Pairin melahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas penyerahan watikah pelantikan di Putrajaya semalam kepada pengerusi dan anggota Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Suruhanjaya tersebut dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim, dan dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

"Ini jelas menunjukkan Perdana Menteri kita sangat mengambil berat tentang masalah kita dan kita akan mengikuti proses (siasatan) selama enam bulan akan datang ini," kata Pairin. (Bernama)

25 comments:

  1. PBS harus mencari calon bagi menggantikan pairin pada pru14 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat tertanya2 siapa yang layak untuk menggantikan tempat beliau jika benar beliau akan bersara.

      Delete
  2. apa2 pun, selamat maju jaya kepada pairin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best kepada Pairin dalam apapun yang dilakukannya.

      Delete
    2. Semoga perjuangan pairin masih positif.

      Delete
    3. Perjuangan Pairin masih positif.

      Delete
  3. Kalau ini kemahuan Pairin, then kita sokonglah kehendaknya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada Datuk Pairin kerana telah berjaya membantu dan memperjuangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jasa pairin kepada Sabah.

      Delete
    2. Harus juga bersyukur dengan hasil usaha Pairin demi kebajikan rakyat.

      Delete
  5. Penganti sebaiknya harus yang benar-benar berjiwa rakyat seperti Datuk Pairin dan jika boleh lebih dari beliau. Ini bagi kepentingan penduduk Sabah itu sendiri.

    ReplyDelete
  6. Sabah’s longest- serving assemblyman and Deputy Chief Minister, Joseph Pairin Kitingan, will not be defending his parliamentary and state seats in the coming 13th general election.

    ReplyDelete
  7. Patah tumbuh hilang berganti. Pairin sentiasa dalam kenangan walaupun sudah bersara nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada pengganti yang lebih baik.

      Delete
    2. Usaha beliau membangunkan Sabah harus dihargai.

      Delete
  8. jika itu keputusan Pairin, kita kena terimanya.

    ReplyDelete
  9. Pairin banyak jasa untuk rakyat, selepas lompat parti, dah lah tidak menyenangkan hati banyak golongan.

    ReplyDelete
  10. Serba sedikit Pairin akan memberi kesan kepada UMNO di PRU13 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma UMNO tidak mengakui kesan yang Pairin bawa untuk UMNO.

      Delete
  11. Belia muda harus diberi peluang juga.

    ReplyDelete
  12. Pairin harus mencari pengganti yang betul berkeupayaan juga.

    ReplyDelete
  13. Semoga Pairin masih bersama rakyat walaupun sudah bersara.

    ReplyDelete
  14. ada mana2 pemimpin dalam pembangkang yang boleh mengikut jejak langkah pairin? terutamanya yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam politik..

    ReplyDelete
  15. inilah tindakan yang paling bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang mahu negeri ini terus maju dibawah pimpinan generasi2 baru yang berkaliber..

    ReplyDelete
  16. saya harap Anwar juga akan bersara dari politik sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau jika masih gagal merampas kerajaan selepas PRU13 ini..

    ReplyDelete