Wednesday 12 September 2012

RM30,000 SELESAI KES DADAH?




Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

PENGEDAR atau penagih di Lahad Datu tidak perlu risau jika tertangkap kerana khidmat boleh runding yang disediakan; sebagaimana kes Pengerusi Parti Komponen BN yang hanya perlu membayar RM30,000 sebagai upah buang kes dan mengelakkan dirinya didakwa di mahkamah? 

Menurut maklumat yang Paparazzi terima daripada 'Whistle Blower' di dalam IPD Lahad Datu, Pengerusi Parti Komponen berkenaan telah ditangkap ketika khayal setelah menghisap Syabu bersama sejumlah besar Syabu yang kemungkinan untuk kegunaannya atau dipasarkan kepada pelanggannya. Hasil pemeriksaan air kencingnya 'Positif'.

Bagaimanapun, ketika berada di dalam Lokap Balai Polis Lahad Datu, Pengerusi Parti Komponen BN berkenaan telah ditawarkan 'Pakej Pembebasan' setelah membayar sejumlah 'Wang Tebusan'.

Paparazzi agak terkejut jika Ketua Polis Daerah, Superintenden Samsuddin Mat tidak tahu menahu tangkapan berkenaan dan wang tebusan untuk membebaskan Pengerusi Parti Komponen BN 'dikenduri' anggota bawahannya?

Mungkin agak hebat juga kedudukan kewangan Pengerusi Parti Komponen BN di Silam ini kerana isterinya dapat menyediakan RM30,000 sebagaimana yang diminta oleh 'Anti-Narkotik' pada malam itu juga bagi mengelakkan suaminya di hadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu pada keesokan harinya.

Kes ini berlaku tiga bulan yang lalu tetapi Paparazzi memerlukan masa untuk menjalankan siasatan bagi menentukan kes ini bukan fitnah dan mempunyai asas yang kukuh kerana pada mulanya Editorial Sabahkini.net artikel ini sebelum Paparazzi menamakan tersangka (tidak dapat didedahkan di sini).

Oleh itu tidak hairan jika 'Pawa' dan 'Nordin' masih menjadi 'Raja Syabu' di Lahad Datu kerana semuanya boleh dirunding? Sebelum ini seorang Pegawai Kanan Polis dan NGO turut beroperasi di sebuah rumah berdekatan Taman Katak, Lahad Datu.

Parlimen Silam mempunyai Tujuh Pengerusi Parti Komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC, Gerakan, LDP, UPKO dan PBRS; hanya Ketua Polis Daerah yang tahu kebenaran kes ini; tetapi entah mengapa tidak dilaporkan, malah rekod tangkapan turut dipadam?

No comments:

Post a Comment