Thursday 6 September 2012

ROGOL DI HARI MERDEKA




Oleh : ISMAILY BUNGSU

HAMPIR 30 tahun saya bertanggungjawab meluluskan setiap persembahan baik artis dari Semenanjung atau luar negara untuk membuat pertunjukan di Sabah dan itu saya teliti dahulu sebelum persembahan untuk umum.

Saya lebih fokus terhadap artis luar negara seperti Negara China, Hong Kong, Taiwan dan negara-negara barat dan kerana mereka mementaskan persembahan nyanyian secara kontrak selama tiga bulan di hotel-hotel di Sabah.

Biasanya saya akan datang sendiri ke hotel-hotel berkenaan dan mereka kena perlihatkan cara persembahan dan setiap senikata lagu akan saya teliti dan saya menolak nonton terus di kelab-kelab malam, pub atau yang sifatnya gelap, ada arak dan asap rokok.

Saya memang tidak suka asap rokok dan arak kerana baunya satu macam. Lagi pula saya menolak arak dan rokok dan apa lagi bila pihak hotel menyediakan  kamar hotel FREE termasuk makan minum dan itu saya tolak sama sekali dan makanya mereka sukar merasuah saya ketika itu.

Menyentuh soal ini maka sedikit saya kembali menyorot rencana saya 'MABUK DI HARI MERDEKA' minggu lalu dan kali ini saya mahu berbicara sedikit sambungan wanita yang kena heret keluar pub dan kena tendang masuk kereta di kala subuh itu.

Berita terakhir saya terima bahawa memang wanita itu mahu kena rogol di dalam pub itu sendiri di Bundusan dekat pintu dalam suasana gelap, tetapi wanita itu barangkali menolak dan kesan lelaki itu geram dan marah; lalu dia kena tarik heret ke luar pub dan dimasukkan tendang ke dalam kereta dan terus pergi entah ke mana.

Berita yang saya terima dari seorang kawan mengatakan perempuan itu kena rogol oleh beberapa orang lelaki pada malam itu juga; kena heret ke sebuah kamar di sebuah hotel yang berhampiran dan inilah kesannya wanita kita, yang suka sangat datang ke lokasi yang memang tidak baik.

Sebelum itu ada juga kes yang sama seorang wanita yang tidak pernah ke sana kesan dipengaruhi oleh kawan-kawan dan kemudian minumannya kena bubuh pil khayal dan perempuan itu tidak sedar diajak ke hotel dan dirogol oleh sekumpulan lelaki secara gotong royong. Wanita itu ditelanjangkan dan diambil gambar termasuk video semasa dia melayan kesemua lelaki berkenaan. Wanita itu cukup malu dan dan menyesal; tetapi apakan daya kerana segalanya telah terjadi.

Bila saya nasihati ramai wanita kita jangan sesekali dekati lokasi semacam itu atau jangan terpengaruh dengan teman-teman yang 'Gila Babi', maka saya pula ditempelak dan dikatakan  “pergi ke sana tidak semestinya menyundal”.

Saya diam dan malas mahu bercakap. Kalau dia seorang lelaki biasanya saya tidak peduli tetapi lantaran perempuan muda/remaja dan akhirnya dalam hati saya katakan “silakanlah dan lantaklah kamu!”

Saya tidak faham kenapa saja pelajar-pelajar kolej kita suka sangat ke sana dan kajian saya jelas mereka gunakan wang pinjaman belajar untuk enjoy dan kesannya ada yang gagal belajar dan kesian orang tua di kampung mengharapkan anak berjaya, tetapi terkandas pula akhirnya.

Salam kasih sayang abadi

ISMAILY BUNGSU

No comments:

Post a Comment