Saturday 15 September 2012

SABAH ADALAH SEBUAH NEGERI, BUKAN NEGARA!





Oleh : LOPUNG

SEMALAM TV 1 telah menyiarkan secara langsung rancangan Bicara Rakyat selama 1 jam berhubung isu 16 September bertajuk 'Malaysia Melangkah Ke Hadapan' bersama Anggota Panel Dato' Abd Rahman Dahlan, Prof Teo Kok Seong dan Dr Jeniri Amir dan rancangan tersebut mendapat 311 komen daripada rakan FB yang menyatakan pandangan masing-masing.

Ketika ditanya isu Federalisme dalam konteks Sabah, Abd. Rahman menjawab ia adalah Kerajaan Pusat. Ada kerajaan negeri dan ada kerajaan pusat. Dalam minit-minit mesyuarat laporan Cobbold Government Commitee dan Malaysian Solidarity yang beliau baca, pada waktu itu ada menyebut tentang federalisme.

Kata Abd Rahman, kita perlukan kuasa Federal kerana ia adalah pusat kekuatan bagi sesebuah negara. Kita tidak seharusnya melihat Federalisme sebagai menjajah dan seharusnya dilihat sebagai konsep yang menjadikannya suatu kuasa besar.

Pada tahun 1963, kata Abd Rahman, Sabah telah menggunakan tentera dari Semenanjung. Manakala guru-guru, polis dari Semenanjung datang membantu dan perkara ini harus diingat kembali oleh seluruh rakyat Sabah.

Rakan dari Semenanjung ini sanggup masuk kampung keluar kampung dan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu telah bersama-sama dengan pemimpin Sabah membuat sekolah di setiap pelusuk negeri Sabah.

Menjawab kepada pertanyaan telefon daripada Tommy dari Tamparuli berhubung 'Perkara 20' yang tidak dihormati sejak kebelakangan ini dan tidak pernah dimasukkan ke dalam kurikulum pembelajaran di sekolah, Abd Rahman bersetuju dengan kenyataan tersebut dan beliau menyatakan bahawa sejarah harus dibuka untuk dinilai oleh semua.

Abd Rahman menambah kata, Perkara 20 sebenarnya tidak rumit kerana semuanya ada dalam perlembagaan. Perkara yang terkandung dalam Perkara 20 seperti imigresen dan borneonisasi sudah dimasukkan dalam perlembagaan negara.

Umpamanya, kata Abd Rahman, pada masa dahulu, semasa permulaan pembentukan Malaysia, semua pemimpin Semenanjung dan Sabah telah duduk berbincang dan pada perkara 1 yang terkandung dalam perkara 20, memang menyatakan tidak ada agama rasmi di Sabah kerana pada masa itu, pemimpin Sabah tidak mahu adanya agama rasmi di Sabah dan berlakunya pertikaman lidah antara pemimpin Sabah dan Semenanjung.

Bagi meredahkan keadaan, kata Abd Rahman, British telah memutuskan bahawa biarlah negeri Sabah dan kabinet Sabah membincangkan perkara ini selepas 10 tahun kemudian.

Katanya lagi, selepas 10 tahun, satu usul telah dibawa masuk untuk dibincang dalam kabinet sabah dan didebat oleh pemimpin Kristian, Cina dan Islam serta bersetuju untuk menggunakan agama rasmi seperti di Semenanjung iaitu agama Islam.

Merujuk kepada Perkara 2, dalam Perkara 20, kata Abd Rahman iaitu bahasa rasmi Sabah pada ketika itu ialah bahasa Inggeris dan isu ini juga telah diubah selepas 10 tahun.

Tegas Abd Rahman lagi, jika ingin diubah sekali lagi bagi menghormati Perkara 20, pembangkang perlu membawa usul bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sabah.

Dalam satu soalan lain, Abd Rahman menegaskan bahawa kekayaan tidak mungkin menyelesaikan masalah kemiskinan. Sebelum 1963, Sabah mencatat kadar kemiskinan yang tertinggi. Pada tahun 2004 turun sehingga 24 % dan tahun 2009 telah turun 19 % dan pasti akan datang 15 %.

Kata Abd Rahman, agak mustahil sesetengah kerajaan mahu mengurangkan kemiskinan dalam tempoh 49 tahun  merdeka, tetapi Sabah mampu mencapainya dengan jaya.

Beliau menambah, sebelum 1963, banyak ancaman dari komunis, Indonesia, Filipina dan pada waktu itu pemimpin kita mencari kaedah untuk menyelamatkan negeri Sabah  dan formula yang terbaik adalah memilih untuk bersama wilayah-wilayah koloni British dalam membentuk satu negara yang besar bagi mengukuhkan faktor keselamatan.

Manakala Prof Dr Teo pula memberi respon bahawa Perkara 20 adalah perjanjian tidak rasmi. Beberapa perkara juga dimasukkan dalam pembentukan; sebagai contoh hak penduduk asal.

Beliau agak tidak berpuas hati dengan senario mengapa Sabah negeri yang kaya mendapat jolokan negeri termundur. Kerajaan Pusat perlu memikirkan kenapa ketika ini rakyat Sabah miskin tapi negeri kaya.

Dr Teo menambah, pihak British sebenarnya tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Sabah kerana pada ketika itu, penduduk Sabah adalah sedikit, namun dengan tercantumnya 3 wilayah dan membentuk satu wilayah, ia  telah menjadi besar dan barulah British bersetuju. Faktor utama juga adalah faktor ekonomi.

Dr.Jeniri Amir pula memberi respon iaitu semasa pembentukan Malaysia, semua ketua pemimpin suku kaum masing-masing telah berbincang dengan Tunku Abdul Rahman, andainya terdapat pembangunan dan dijanjikan untuk berdiri sama tinggi dalam konteks pembangunan dan dikira sebahagian besar janji tersebut telah ditunaikan.

Menjawab soalah Hos bahawa Sabah tidak menyertai Malaysia tetapi sama-sama membentuk Malaysia, Abd Rahman berkata, ia amat penting bagi seluruh rakyat Sabah kerana Malaysia tidak dibentuk sebelum 1963.

Sabah membentuk Malaysia bersama-sama dengan rakan-rakan di Semenanjung dan Sarawak. Terdapat juga ramai yang mengatakan dalam sesuatu kes, seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Perkara ini amat mengelirukan dan ia harus ditukar.

Perkara ini juga menurut Abd Rahman, harus difahami oleh rakan-rakan di Semenanjung. Sekiranya hari merdeka dikatakan 49 tahun, maka 3 juta rakyat Sabah akan senang hati, tetapi 24 juta rakyat Semenanjung pasti tidak senang hati kerana mereka tidak merdeka pada tahun 1957.

Abd Rahman menyifatkan isu perbalahan tarikh kemerdekaan ini seakan-akan menutup satu masalah, tapi pada masa yang sama membuka satu masalah yang lain.

Sehubungan itu, Abd Rahman menyarankan agar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menghapuskan angka kemerdekaan ini agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Kata Abd Rahman, Angka 49 atau 55 ini tidak boleh dipanjangkan kerana kita perlu maju ke hadapan dan jangan sampai memudaratkan perpaduan di Malaysia kerana yang paling penting, melangkah ke hadapan dan tidak perlu berdebat serta merapatkan jurang yang wujud antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kata Abd Rahman lagi, pada tahun 1963, bagi mempertahankan kemerdekaan dan maruah, semua pemimpin bersetuju untuk membina sekolah dan bukan barek tentera.

Mereka yang datang dari Semenanjung untuk berkhidmat dan ini seharusnya dilihat dan diingat kembali. Di dalam semua perjanjian dan dokumentasi yang menjurus kepada pembentukan Malaysia pada tahun 1963; sama ada Suruhanjaya Cobbold, Perjanjian Malaysia; semuanya menunjukkan Malaysia mempunyai 14 bahagian. 11 Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Dalam Artikel 1, Perjanjian Malaysia, kata Abd Rahman, Koloni Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersatu dengan negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu; di mana Sabah dan Sarawak serta Singapura berpandukan kaedah perlembagaan akan disertakan dalam perjanjian ini dan dikenali sebagai negeri-negeri di dalam malaysia.

Manakala di dalam Pengistiharaan Malaysia yang mana dokumen ini dipegang oleh Tun Fuad Stephen di Padang Bandaran Kota Kinabalu pada pagi 16 september 1963, Deklarasi Malaysia (berbentuk skroll besar), yang di dalam perenggan terakhirnya; Tun Fuad menerangkan di hadapan ribuan rakyat Sabah ketika itu bahawa;

"Malaysia merangkmi negeri-negeri di Semenanjung, Singapura, Sabah dan Sarawak akan selama-lamanya akan menjadi negara bebas dan berdaulat selepas dibentuk dengan kebebasan dan keadilan dengan izin Tuhan pencipta seluruh alam."

Kata Abd Rahman lagi, semasa perbahasan Bajet di parlimen ketika itu, tidak seorang pun yang menyatakan bantahan berhubung peruntukan untuk Sabah. Malah tidak ada seorangpun Ahli Parlimen yang menyatakan bahawa peruntukan perlu dibahagikan kepada 4 bahagian.

11 comments:

  1. Kerjasama antara kedua pihak ini penting untuk memastikan negara kita akan terus kekal menjadi kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha mempertahankan keamanan dan kedamaian Negara kita ini daripada musnah. Bukan mudah untuk mengecapi segala ini. Terpaksa mengorbankan nyawa untuk mendapatkannya. Kita lihat sejarah dahulu. Mereka berperang untuk memastikan kepentingan dan kemerdekaan ini dapat dicapai. Jadi kita sebagai generasi seterusnya perlulah mempertahankannya.

    ReplyDelete
  3. Sabah adalah rakan kongsi Malaya.

    ReplyDelete
  4. Sabah harus mendapat hak2 mereka.

    ReplyDelete
  5. Hak & kepentingan orang Sabahan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  6. Perjanjian 20 perkara harus ditunaikan.

    ReplyDelete
  7. Sabah dan Sarawak harus menikmati yang sama seperti Semenanjung untuk pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Perkara 20 la yang menjadi asas kepada Sabah untuk bersetuju dengan pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  9. kalau dulu sebelu masuk Malaysia, boleh la sabah dikatakan sebagai sebuah negara.. sekarang kalau sudah masuk malaysia, takkan mau sebut negara lagi..

    ReplyDelete
  10. pembangkang memang sengaja mahu mengelirukan rakyat berkenaan dengan status Sabah.. bila mereka gagal meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka, ini saja la isu yang boleh dimainkan..

    ReplyDelete