Saturday 22 September 2012

SABAH MULAKAN DASAR TENAGA HIJAU





Oleh : NEWMOND TIBIN

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memulakan dasar agresif mempromosi secara besar-besaran tenaga boleh baharu atau tenaga hijau.

Menteri Pembangunan Perusahaan negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata Sabah, mempunyai banyak hasil daripada sisa kelapa sawit dan kayu serta potensi kukuh untuk penjanaan tenaga dan pengeluaran produk mesra alam, berminat menjalin usaha sama dengan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Kesatuan Eropah (EUMCCI) yang kini melaksanakan projek yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) iaitu Meningkatkan dialog dan kerjasama perniagaan EU-Malaysia dalam sektor perkhidmatan".

"Di Sabah, pengeluaran biojisim menyumbang 34 megawatt (MW) bekalan elektrik, dan dua daripada kilang berasaskan biojisim kami di Sandakan sudah beroperasi sejak 10 tahun lepas.

"Ini bermakna kita agak ke hadapan dalam segi menghasilkan tenaga hijau. Malah, dua kilang itu atau pengendalinya yang sudah menjana elektrik biojisim hari ini, memperoleh teknologi mereka dari Eropah, dan ini sudah bermula agak lama.

"Masalahnya ialah usaha kita tidak mencukupi (untuk mempromosi tenaga hijau melalui penggunaan biojisim) dan ini adalah cabaran terbesar bagi kami," katanya dalam ucapan pada Seminar Biojisim EU-Sabah Penyelesaian Tenaga Diperbaharui untuk Sabah sini pada Jumaat.

Tan berkata walaupun 34 MW tenaga hijau yang dihasilkan di Sabah agak kecil, ia merupakan pengeluaran tenaga hijau terbesar di Malaysia.

"Sabah kini nombor satu dalam bidang ini. Melihat potensi biojisim yang kita miliki, dengan teknologi dari Eropah, kita boleh melihat potensi bahawa Sabah akan menghasilkan jumlah besar tenaga hijau.

"Inilah yang kita perlu tangani, penekanan bukan hanya pada kerajaan Persekutuan, malah kerajaan negeri bagi menjayakannya," katanya.

Beliau berkata Sabah mengamalkan dasar tenaga hijau maju untuk mengurangkan pencemaran.

"Di Sabah, kita mempromosikan Sabah sebagai negeri hijau. Kami tidak mempunyai loji arang batu, cadangan ditolak (cadangan menubuhkan loji arang batu). Kami menggunakan gas asli dan kini menggunakan bahan buangan yang akan ditukar menjadi tenaga.

"Tidak ada negeri lain di Malaysia yang boleh menyayangi kami, hari ini anda boleh melihat kami tidak mempunyai bekalan elektrik yang cukup tetapi kami telah memancang. Beri kami sehingga 2015 apabila kami menyuntik 700 MW tenaga elektrik daripada gas asli," katanya.

Tan berkata Sabah menyediakan bekalan elektrik kepada rakyat pada kadar yang lebih murah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Mengenai seminar Biojisim EU-Sabah, beliau berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kerjasama dengan EU, termasuk dalam pengeluaran tinggi nilai tambah penggunaan biojisim untuk menyediakan penyelesaian tenaga masa depan dan penggunaan hiliran biojisim seperti konsep sisa dan tenaga. (Bernama)

14 comments:

  1. Bagus dengan cara ini rasanya akan dapat menjaga alam sekitar kita dari terus tercemar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan Sabah mmg prihatin akan penjagaan alam sekitar.

      Delete
  2. Laksanakan yang terbaik untuk Sabah. Mengenai tenaga hijau ini memang akan disokong sebaiknya. Berbanding dengan perlaksanan tenaga arang batu yang dirancang sebelum ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga rancangan ini dapat dilaksanakan dengan wajar.

      Delete
  3. Sabah pengeluar utama kelapa sawit di Malaysia dan ini sudah pastinya menjayakan usaha penjanaan tenaga dan pengeluaran produk mesra alam dengan menggunakan sisa kelapa sawit.

    ReplyDelete
  4. Save the earth. It is for the people and future generation.

    ReplyDelete
  5. Kami menggunakan gas asli dan kini menggunakan bahan buangan yang akan ditukar menjadi tenaga.

    Idea ini memang baik agar penggunaan bahan semula.

    ReplyDelete
  6. "Sabah kini nombor satu dalam bidang ini. Melihat potensi biojisim yang kita miliki, dengan teknologi dari Eropah, kita boleh melihat potensi bahawa Sabah akan menghasilkan jumlah besar tenaga hijau.

    Usaha ini harus diteruskan agar Sabah menjadi pusat tenaga hijau yang penting.

    ReplyDelete
  7. Semoga bekalan sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan.

    ReplyDelete
  8. Sabah could potentially become Malaysia’s centre of oil palm biomass development under the National Biomass Strategy.

    The availability of oil palm biomass – empty fruit bunches, palm fronds, trunks, palm kernel shells and mesocarp fibres – from the 1.4 million hectares of oil palm plantation and its relative under development are the foundation for the optimism, said Datuk Dr. Pang Teck Wai (pictured), the Chief Executive Officer of POIC Sabah Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  9. moga alam sekitar kita akan terus terpelihara.

    ReplyDelete
  10. Sabah adalah negeri pertama yang membangunkan industri biomass.. apa yang diperlukan oleh pelabur ialah jaminan bahawa bekalan bahan mentah mencukupi untuk jangka panjang dengan harga kompetitif.

    ReplyDelete
  11. Ketua Menteri Sabah Datu Musa berasa gembira tindakan pantas industri minyak kelapa sawit untuk meneroka bidang biomass dengan bantuan kerajaan yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan mewujudkan tanaman berkelompok di Lahad Datu dan Sandakan.

    ReplyDelete
  12. The State government has welcomed the plan by Tawau Green Energy Sdn. Bhd. to develop Malaysia’s first geothermal power plant project at Apas Kiri, Tawau.

    When completed the project will put Malaysia on the world geothermal power map, noted Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Masidi Manjun. He said the RM480 million project which has been identified by the Minerals and Geoscience Department as a green project will be considered as qualified for carbon credits.

    ReplyDelete